Dapat Makan Durian Yang Sedap Adalah Satu Nikmat Di Kala Pkp 3 0
assalamualaikum & salam sejahtera 😊
last few days heboh kisah pekebun durian, YB Ronnie, pegawai polis mahkamah, pokok durian kena tebang, penerokaan secara haram lebih 20 tahun. semoga siapa yang benar mendapat keadilan dan yg salah dihukum setimpal. biar mahkamah yang menentukannya. wait and see..
hu hu hu hu semua kerana durian. raja segala buah. musimnya plak sedang elok rancak sekarang ni. baik durian berjenama pelbagai nombor dan durian kampung, sedang molek berbuah. merata Malaysia, sana-sini berbau durian
saya 3 minggu lepas dah merasa dah durian DIOI. sekilo RM32, saya beli 2 biji. RM150 jumlah dibayar. beli di pasar Alor Gajah. durian datang dari Tangkak rupanya. ingatkan dari kebun durian di Simpang Ampat tu.
alhamdulillah, cantik isinya. puas kami berempat makan, kenyang! satu nikmat yang tidak dapat kami dustakan ketika PKP 3.0 ni. Izzat lom pandai makan durian. seulas saya berikan, 15 minit tak habis-habis 😂
rezeki Allah 😍
di gerai memang suruh penjual buka setiap ruas durian tu
memang sejenis saya yg akan suruh penjual buka setiap biji durian yang saya beli. nak tgk sempurna atau tidak. jgn nanti balik rumah, gigit jari! maklumlah, harga mahal tang kulitnya. tapi yg kita nak makan adalah isi dalam. kena la tgk isi dalamnya dulu sebelum harga di bayar
beli juga 3 biji durian kampung (dapat free sebiji lagi alhamdulillah). sekilo RM13. cantik-cantik dan sedap juga isinya. disimpan utk buat bubur kacang hijau durian dan cekodok durian
cekodok durian ye. bukan cekodok pisang
lembut. isi durian masih boleh dilihat
resepi cekodok durian ni sama seperti resepi cekodok pisang. hanya tukarkan pisang kepada durian. banyak mana durian, kena seimbang dgn banyaknya tepung. saya guna lebih kurang 15 ulas durian kampung
ok la. sesekali makan cekodok kayangan 😄😆
throwback musim durian tahun lepas (2020).kalau diingat, tahun lepas musim durian jatuh pada hari raya aidilfitri. setelah berbulan kita semua dok rumah (PKP 1.0), akhirnya kita dapat juga berhari raya dengan keluarga walaupun da masuk minggu-minggu akhir Syawal
saya dan adik-beradik berkumpullah di Bangi. happy happy. abang saya yang balik dari utara bawa lebih dari 10 biji durian pelbagai gred, pelbagai nama. dia beli di Bentong. ada musang king, ada musang queen, udang merah... rezeki kami dapat merasa durian-durian kayangan. abang ipar di Bangi pun bawa balik durian kampung dari dusunnya. pun sedap 👍. lumayan
tapi tu semua kenangan aidilfitri tahun lepas. dapat berkumpul 3-4 malam adik-beradik. bbq. durian. ketupat rendang. rindu
mangga yang sudak dikopek utk minum petang
limau. pisang
durian ni bermusim. mahal plak tu. so, saya tak la brape rajin dan minat nak membeli byk kali. 1-2 kali merasa, sudah. jika ada yg memberi, alhamdulillah... kebetulan anak-anak pun tidaklah meminta-minta, ada, ada la. bukan jenis pemakan durian tegar.
harga durian ikut syariah tak?kebetulan semalam saya ada membaca satu posting di facebook tentang ni. durian ni dijual berdasarkan berat kulit dan isi. kulit tu lebih berat dari isi semua orang tahu dah kan. tang itu yang menjadi persoalan hebat. banyak cadangan agar durian dijual ikut berat isinya tanpa kulit. oleh itu, public figure yg menulis posting tu telah pun bersama rakan-rakannya merancang utk projek tanam durian atau pajak tanah durian. agar mereka dapat pencetus kepada penjualan durian yang lebih adil kepada pembeli. pada beliau, menjual tetap ada untung. namun, biarlah ia jelas dari segi halal haramnya
saya tak boleh ingat siapa public figure tu. kerana posting tu dikongsi oleh sahabat yang lain. tak teringat utk save dan share di sini. saya sokong dgn apa yang beliau nak buat. agar ia boleh dilaksanakan dan diikuti oleh peniaga Muslim yang lain. in shaa Allah...
hmmmm sejauh mana penjual durian nak bersetuju? sejauh mana isu kononnya tidak berapa ikut syariah ni bakal dibahaskan oleh para ilmuan. saya sgt berminat nak tahu. sebab, bila menyebabkan ijab dan qabul dalam jual beli, ia amat penting di antara si penjual dan si pembeli. semua tau kan sebab akibat dari penjualan yang tidak berdasarkan akad yang sah. kesan akibatnya adalah pada barang yang menjadi subject matter tu
bagi saya, akad dalam berjual beli amat penting. byk jenis akad dalam muamalah Islam. ni kalau nak dibincangkan, sehari semalam tak habis. isu yang menyeronokkan. saya tak nak komen further tentang isu harga durian ikut syariah atau tidak. perbahasan demi perbahasan mesti dibuat. namun, adakah ia akan diikut? penjual rugi. pembeli untung? win-win situation?
saya tidak layak utk komen further. kurang ilmu 😌. isu ni semestinya layak dijadikan tajuk research utk calon phD kan. agar kita sebagai org Islam jelas dan terang tentang hukum-hakam
😃 petang nanti nak ajak mr.asben mencari durian lagi. dpt 2-3 biji durian kayangan dan beberapa biji durian kampung, jadik la. nak lajak ke Simpang Ampat, Melaka sana. dedekat dengan Freeport A'Famosa Outlet tu, kebun durian kelilingnya. kiri kanan jalan semua durian
in shaa Allah 👌
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2021/07/dapat-makan-durian-yang-sedap-adalah-nikmat.html