Dapat Lebih 6k Perkongsian Resipi Mee Celup Ben Safwan Cukup Power Kaw


Bagi peminat mee celup Thai pasti tekak tu dah teringin untuk menikmatinya. Namun sekarang tak boleh nak keluar macam sebelum ini. Jadi apa kata cuba buat sendiri ikut resipi Ben Safwan.
Inilah resepi mee celup Ben Safwan antara paling lengkap. Sila ikut tips penyediaan bahan yang sama supaya akak dapat rasa kenikmatan mee celup di level sebenar. Jangan rushing. Ambil masa sediakan bahan rencah dulu.
Dah siap bahan rencah baru buat mee celup meggi celup nasi air ni. Kalau nak buat separuh bahan je, tak sedap bagi tekak Ben dan Ben rela tak buat selagi tak siap semua. Tolong beritahu terima kasih sebab penat Ben menaip Panjang ni.heee

10 bahan rencah yang bawa rasa mee celup ke peringkat lain
1) Resepi Minyak Cili Serai Halia Bawang putih
4 batang serai
Potong pendek, masuk food chopper dan ketepikan
2 labu bawang putih
Kupas,masuk food chopper dan ketepikan
5 cm halia muda
Kupas,masuk food chopper dan ketepikan
½ genggam cili padi
½ genggam cili besar
Potong, masuk food chopper dan ketepikan
Guna 2 cawan minyak masak. Goreng satu persatu bahan di atas ikut urutan. Api sederhana kecil ja .Angkat bila garing. Simpan semua bahan termasuk minyak ke dalam bekas kaca.Minyak tu tunggu suam .Masukkan 4 sudu teh serbuk cili untuk lebih sedap.

2) Resepi Air lada
Cincang lada thai setengah genggam guna food chooper tanpa air. Masukkan setengah cawan jus limau thai dalam botol dan 4-5 sudu makan cuka, Biarkan 1 malam di luar dan seminggu dalam peti baru sedap makan.

3) Resepi Lada Solok Jeruk
Potong lah lada solok ikut nak guna banyak mana. Ben guna 1.2-1.5 lada solok. Senang buat banyak sekaligus.
Lps tu rendam dengan air dan masukkan kapur 1/2 sudu makan.
Rendam 1 jam. Tujuan supaya cili tak lembik nanti kekal rangup dijeruk. Faham kan ?
Lps tu tos bersih buang rasa kapur tu. Ketepikan.
Didihkan air dalam periuk. Dah mendidih,tutup api.
Masukkan lada dan kacau sebati 30 saat. Ingat 30 saat je. Lps tu cpt2 buang air dia dan alirkan air paip.
Masukkan dalam bekas bersih.
Panaskan 4,5 cawan air dengan 2 cawan cuka ,5-6 sudu makan gula serta 2 sudu teh garam . Lebih/kurangkan bergantung kuantiti dan rasa.
Tak perlu tnggu mendidih. Dah nampak hancur gula garam tutup api. Biarkn sejuk.
Dah sejuk tuang dalam bekas lada tadi dan biarkan semalaman.
Dah boleh makan dah lada jeruk
Guna lada solok kalau nak bertambah sedap
4) Kacang tanah
Beli di kedai kacang tanah kisar yang tak berapa halus
5) Serbuk cili thai
Beli di sopi guna keyword ni. Pilih yang halus lagi sedap

6) Serbuk lada putih
Beli di mana-mana ikut akak
7) Ikan bilis rangup
Masukkan 1 genggam ikan bilis dalam air fryer, renjis minyak sikit dan bakar suhu 200 selama 12-13 minit. Confirm garing sedap. Takde Af, goreng manual
8) Bawang goreng asli
Ben beli yang 15 inggit sebotol. Yang homemade. Sedappp sangat. Yang tak de tepung berkilo melekat pada bawang
9) Garam
10) Gula Halus

Bahan Resepi Kuah Mee Celup
• 4-5 liter air
• Ayam/perut muda/perut tebal/tulang rusuk/daging
• 1 serai diketuk
• 3 ulas bawang putih ketuk
• 2 batang akar ketumbar ketuk
• 1 cm halia ketuk
• 2 cm lengkuas ketuk
• 1 kayu manis
• 1 sup bunjut
• 1 cengkih
• 2 sudu makan kicap pekat Jalen
Masukkan dalam periuk,ketuk semua yang mana perlu lepas tu masukkan dalam periuk.Renehkan 50-60 minit supaya turun air daging,air ayam tu bagi sedap.Tak perlu perasakan dengan garam gula. Itu di proses nak makan dah.

Cara buat bubur nasi :
1 cawan beras
6-7 cawan air
Masak atas api dapur gas, biarkan dan kacau sesekali hingga nasi sudah bertukar jadi bubur. Bila tengok kanji dah mula keluar, bersedia untuk tentukan tahap mana akak suka bubur tu. Jangan terlalu hancur. Tak sodap
Meggi, mee,mihun celur je macam biasa
Sayur :
Gunakan kangkong,taugeh,daun ketumbar dan asam limau nipis. Bukan limau kasturi
Kangkung dan taugeh tu rendam je dalam air panas. Tak perlu rebus.
Cara Gabung :
Letak mee,meggi,mihun,nasi air dalam mangkuk. Letak isi ayam,perut muda,daging or apa-apa lauk akak suka. Tambah pula sayur semua.Letak kuah secukupnya.
Baru letak 1 ½ sudu the gula halus, ½ garam, dan semua bahan rencah sikit-skit.
Perah asam limau dan gaul semua. Cuba rasa. Yang mana tak cukup lagi, tambahhhhhh
Semua ni atas skill pembuat/pengadun mee celup.
Masa menulis ni pun Ben boleh bayang satu-satu dan menitik air liur. Jadi silakan buat dan jangan lupa ucapkan terima kasih dan follow Ben Safwan jika nak resepi kampung yang ummmphhhhh.
#bensafwanresepi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Dapat Lebih 6k Perkongsian, Resipi Mee Celup Ben Safwan Cukup Power & Kaw! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dapat-lebih-6k-perkongsian-resipi-mee-celup-ben-safwan-cukup-power-kaw/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Corney Dog A W Padu Inti Lebih Sos Pun Power Confirm Anak Berebut

Resipi Corney Dog A W Padu Inti Lebih Sos Pun Power Confirm Anak Berebut

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 267 hits
Anak anak kita yang sedang membesar sememangnya cukup suka mencuba pelbagai jenis menu Asal ibu masakkan menu baru dan kreatif anak teruja nak cuba Salah satu resipi yang mama wajib cuba pastinya Corney Dog Ala A W yang dikongsikan oleh yan...
Resipi Rendang Daging Power Juadah Untuk Hari Raya Memang Superb Sedap

Resipi Rendang Daging Power Juadah Untuk Hari Raya Memang Superb Sedap

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 320 hits
Rendang antara juadah yang popular pada hari raya Memandangkan raya haji tak lama lagi jom kita cuba resipi rendang daging power ni Selamat mencuba Rendang Daging Power Bahan bahan 1 sudu besar biji ketumbar 1 sudu besar jintan manis 1 sudu...
Resipi Laksa Sardin Tin Punya Sedap Kalah Laksa Kopitiam Power Sungguh

Resipi Laksa Sardin Tin Punya Sedap Kalah Laksa Kopitiam Power Sungguh

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 319 hits
Sesekali datang idea mencuba idea baru nak juga merasa keenakkan rasa laksa dari kopitiam Hujung minggu ini apa kata mama bereksperimen dengan anak anak dengan laksa sardin tin pula Confirm lagi sedap dari kopitiam Resipi ringkas tapi padu ...
14k Perkongsian Resipi Ayam Menangis Meraung Memang Rugi Tak Cuba Mudah Sangat

14k Perkongsian Resipi Ayam Menangis Meraung Memang Rugi Tak Cuba Mudah Sangat

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 273 hits
Kalau sebelum ni kita selalu dengar resipi daging harimau menangis tapi kali ini apakata anda cuba buat resipi ayam menangis pula Kalau susah nak dapatkan daging jangan risau guna ayam pun tetap boleh nikmati hidangan popular ini Selamat me...
Ibu Ini Kongsi Resipi Antibiotik Anak Jadi Lebih Berselera Bertenaga Ketika Sakit

Ibu Ini Kongsi Resipi Antibiotik Anak Jadi Lebih Berselera Bertenaga Ketika Sakit

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 379 hits
Kalau anak sakit mesti si kecil tak selera makan kan Apa kata mama papa cuba 4 resipi antibiotik menu ini buat anak berselera dan bertenaga Resipi ini disediakan dan dikongsikan oleh Puan Shazney Rahman untuk anaknya Faleq ANTIBIOTIC MENU T...
Lebih 18k Share Ini Cara Buat Sotong Celup Tepung Ranggup Luar Lembut Dalamnya

Lebih 18k Share Ini Cara Buat Sotong Celup Tepung Ranggup Luar Lembut Dalamnya

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 289 hits
Sotong goreng tepung memang sedap tetapi ramai yang hampa kerana hasilnya tidak menjadi Biasanya tengok orang buat semua elok je dengan tepung yang ranggup dan melekat Namun apabila buat sendiri di rumah hasilnya tak sama seperti yang dihar...
Hampir 10k Perkongsian Resipi Cekodok Pisang Ranggup Di Luar Lembut Di Dalam

Hampir 10k Perkongsian Resipi Cekodok Pisang Ranggup Di Luar Lembut Di Dalam

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 271 hits
Cekodok pisang sememangnya kudapan yang digemari ramai kerana rasanya yang manis buah dan mudah disediakan Anak anak pun sangat menggemarinya Bagaimana nak hasilkan cekodok yang ranggup di luar dan lembut di dalam Jom ikuti perkongsian ini ...
Resipi Kebab Daging 5 Minit Ringkas Tapi Cukup Rasa Sedap Sangat

Resipi Kebab Daging 5 Minit Ringkas Tapi Cukup Rasa Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 233 hits
Dah bosan dengan burger apa kata kita cuba resipi kebab pula untuk anak anak di rumah Sesekali sediakan menu berbeza memang boleh tarik perhatian anak anak Resipi kebab perkongsian ini memang simple dan ekspress tapi cukup sedap Jom cuba Ke...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri