Dap Tolong Muda Digelar Hipokrit Tiada Prinsip




Presiden Muda, Syed Saddiq Abdul Rahman dianggap telah melampaui batas apabila menggelar DAP sebagai ‘lapdog’ atau anjing ribaan, hipokrit, gila kuasa dan tiada prinsip dalam kenyataannya di media sosial.
Bagi Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Howard Lee Chuan How, tindakan Syed Saddiq itu diibarat tidak mengenang budi memandangkan pada tahun lalu DAP telah membantu parti berkenaan dengan mengorbankan kerusi DUNnya memberi laluan calon Muda bertanding.
“Syed Saddiq secara spesifik telah menyerang Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dengan panggilan ‘puppet’ (boneka) yang kononnya telah menyucikan seseorang yang korup; semata-mata kerana jawatan berstatus Menteri.
“(Perlu diingatkan) DAP sebagai parti yang berprinsip dan rakan setia yang telah menyokong dan membantu Syed Saddiq dan partinya di puncak gunung mahupun jauh ke dalam lurah, parti ini telah dan masih memberi khidmat guaman dan solidariti tanpa belah bahagi kepada dia sewaktu dia sendiri dituduh dengan kes pecah amanah.
“Seharusnya Syed Saddiq lebih wajar bermuhasabah diri dan renung-renunglah ke cermin sekali sekala,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Howard Lee, Ahli Parlimen Muar itu perlu menumpukan kes mahkamah beliau sendiri sebelum bersikap kurang ajar kepada mana-mana parti dan mencari publisiti murahan melalui komentarnya.
Katanya, apakah yang ahli parti Muda fikir sekiranya selepas ini Syed Saddiq pula dilepas tanpa bebas (DNAA) dalam kes beliau yang sedang dibicarakan.
“Sekiranya kes pecah amanah dia sendiri juga turut diberi DNAA? Adakah parti dia sendiri juga akan tergolong ‘lapdog’, hipokrit, gila kuasa dan tiada prinsip kerana mempunyai seorang presiden sebegitu rupa?
“Sebagai pimpinan politik, Presiden parti sekutu di dalam Kerajaan Perpaduan, gelagat melatah seperti ini tidak membawa apa-apa nilai tambah kepada Parti Muda.
“Politik gelar-menggelar ini terang-terangan suatu politik nafas lama (yang beliau sendiri kritik), jauh menyimpang daripada nilai-nilai politik baharu yang diperjuangkan Muda,” katanya.
Tegas Bendahari DAP Perak, DAP melalui Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook telah memberikan kenyataan yang jelas berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepas tanpa membebaskan 47 kes yang melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di mana parti itu menghormati proses dan keputusan mahkamah tetapi pada masa sama demi prinsip keadilan dan akauntabiliti, menuntut penjelasan terbuka oleh Peguam Negara.
“DAP juga menegaskan akan sentiasa menjunjung prinsip pengasingan kuasa di antara cabang kehakiman, eksekutif dan legislatif serta memastikan tidak ada campur tangan eksekutif dalam sebarang kes mahkamah.
“Kenyataan dan pendirian DAP sentiasa memberi penegasan bahawa parti ini bukanlah ‘lapdog’, hipokrit, gila kuasa dan tiada prinsip seperti yang didakwa oleh Syed Saddiq dan Muda.
“Teguran oleh Nga Kor Ming juga bukanlah satu ‘penyucian orang korup’. Nga sebaliknya meminta Syed Saddiq untuk lebih profesional dan berbincang dengan pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan, bukannya membuat kenyataan melulu dan mengugut untuk menarik sokongan,” katanya.
Malah kata Howard yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor itu, ahli parti Muda sendiri merasakan tindakan Syed Saddiq tersebut di luar tabiat. Ramai yang tidak sebulu dan ada ahli parti Muda yang menuntut beliau memadamkan kenyataan tersebut dan meminta maaf.
“Kendatipun begitu, gendang perang nampaknya sudah dipalu. Keceluparan dan penghinaan yang dilontarkan ibarat sudah membakar semua jambatan yang ada. Syed Saddiq dan parti Muda kini ibarat api dalam sekam, gunting dalam lipatan dan parasit dalam Kerajaan Perpaduan.
“Mungkin sudah tiba masanya Syed Saddiq dan parti Muda membuat ketetapan yang tegas dan tidak lagi bermain tarik tali. Gagahkan diri; umum sahaja menarik diri dari kem Kerajaan Perpaduan supaya boleh dipindahkan satu kerusi dalam Dewan Rakyat ke belah Pembangkang
“Saya yakin dengan penarikan sokongan dan hilangnya Muda dari dalam Kerajaan Perpaduan, kita akan lebih mudah fokus. Tugasan kita dalam membina negara dan menjaga kebajikan rakyat akan lebih senang kerana tidak ada lagi keperluan untuk melayan kerenah ‘kebudak-budakan’ sesetengah individu dan parti,” katanya lagi.
The post DAP tolong Muda, digelar hipokrit, tiada prinsip first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36695?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dap-tolong-muda-digelar-hipokrit-tiada-prinsip

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Isteri Sarat Hamil Sanggup Tolong Suami Pasangan Muda Berniaga Dari Pagi Sampai Tengah Malam Undang Sebak

Hiburan Isteri Sarat Hamil Sanggup Tolong Suami Pasangan Muda Berniaga Dari Pagi Sampai Tengah Malam Undang Sebak

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 268 hits
Perkongsian seorang pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Bosmel oleh pengikutnya tular dan mengundang sebak ramai warganet Video itu memaparkan pasangan suami isteri bekerja keras berniaga roti canai pada waktu malam dan wanita tersebut...
Talk With Coalition Govt Leadership First Dap Leader Tells Muda

Talk With Coalition Govt Leadership First Dap Leader Tells Muda

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 305 hits
Muda should discuss with the leadership of the coalition government before making any decision on its support for the latter said DAP vice chairperson Nga Kor Ming He was commenting on Muda president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman s threat t...
Malaysian Malaysia Tak Langgar Prinsip Perlembagaan Kata Pemimpin Dap

Malaysian Malaysia Tak Langgar Prinsip Perlembagaan Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 167 hits
Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Sheikh Omar Ali berkata isu membabitkan slogan Malaysian Malaysia lebih berbentuk serangan politik untuk beri imej dan gambaran buruk terhadap DAP dan juga PH dan kerajaan perpaduan PETALING JAYA Seorang pemimpin...
Muda No Longer Part Of Ph Bloc In Johor

Muda No Longer Part Of Ph Bloc In Johor

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 198 hits
Muda deputy president Amira Aisya Abd Aziz is the Johor state assembly member for Puteri Wangsa PETALING JAYA Assembly member Amira Aisya Aziz of Muda is no longer part of the Pakatan Harapan bloc in the Johor state assembly according to th...
Ustaz Azhar Idrus Icon Pendakwah Anak Muda Biodata Lengkap Uai

Ustaz Azhar Idrus Icon Pendakwah Anak Muda Biodata Lengkap Uai

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 345 hits
Siapa tidak kenal penceramah agama atau pendakwah ikon anak muda yang sangat terkenal dan dikenali di Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus Saya antara peminat ustaz Azhar Idrus dan suka bagaimana beliau menyampaikan ceramah nasihat pendapat dan...
Hiburan Tetap Muda Throwback Gambar 28 Tahun Lalu Bersama Suami Wajah Sofia Jane Langsung Tak Berubah

Hiburan Tetap Muda Throwback Gambar 28 Tahun Lalu Bersama Suami Wajah Sofia Jane Langsung Tak Berubah

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 274 hits
Difahamkan perkahwinan pelakon veteran jelita iaitu Sofia Jane bersama suami tercinta Datuk Meor Zain Azman sudah memasuki usia 28 tahun Perkongsiaan tersebut dilakukan melalui platform Twitter sebagai tanda terima kasih buat suami yang sen...
Keluar Dari Muda Atau Pulangkan Semula Puteri Wangsa Kepada Amanah

Keluar Dari Muda Atau Pulangkan Semula Puteri Wangsa Kepada Amanah

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 170 hits
HarapanDaily comAMANAH Johor memberi dua pilihan kepada wakil rakyat tunggal Muda dalam Dewan Undangan Negeri Johor Amira Aisya Abd Aziz yang mewakili Puteri Wangsa Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Johor Aminolhuda Hassan berkata Amira pe...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025