Dap Perlu Hati Hati Buat Pendirian Libat Isu Kaum Melayu



(Malaysia Gazette) – Gerakan Reformis Malaysia (GRM) yang terdiri daripada gabungan 10 Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini meminta DAP supaya lebih berhati-hati mengemukakan pendirian mereka berkaitan isu melibatkan orang Melayu.
Penyelarasnya, Mustaffa Kamil Ayub berkata, ia penting supaya sebarang pendapat atau pendirian mereka tidak menyebabkan kaum Melayu yang merupakan majoriti di negara ini merasa terancam kedudukannya.
Namun ditanya sama ada DAP menjadi masalah yang menggugat PKR dan agendanya, beliau berkata, ia sekadar soal persepsi semata-mata.
“Itu sekadar soal persepsi sahaja yang berlegar dalam kalangan rakyat. Jika ada penjelasan betul yang bukan lagi bersandarkan emosi semata-mata, persepsi berkenaan kita boleh ketepikan dengan baik.
“Rakan-rakan bukan Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) khususnya kita harapkan lebih berhati-hati dalam menjaga sensitiviti semua kaum khususnya Melayu.
“Yang Melayu jaga bukan Melayu dan juga sebaliknya dan kalau berlaku persepsi salah antara mereka ia tidak sihat untuk negara majmuk kita yang mana banyak salah faham dalamkalangan orang Melayu terutama terhadap DAP dan itulah kita kena jelaskan kepada mereka.
“Kita juga menyeru rakan-rakan kita dalam DAP supaya berhati-hati dalam kenyataan dan pendekatan mereka supaya Melayu tidak rasa terancam dengan kedudukan mereka di negara ini,” ujarnya dalam sidang media hari ini.
Mereka berkumpul untuk menyatakan pendirian menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9 seperti yang ditetapkan Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 6 Julai lalu.
Justeru Mustaffa Kamil berkata, semua pihak perlu saling mengambil berat secara bersama dengan adanya pendekatan reformasi perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR dan bakal Perdana Menteri Kesembilan yang dipersetujui dan didokong GRM.
“Saya yakin dengan pendekatan Anwar yang inklusif mencakupi semua kaum di Malaysia dan iktiraf bangsa Melayu sebagai bangsa teras membabitkan lebih 60 peratus Islam sebagai agama persekutuan yang hidup aman damai sekian lama.
“Jadi saya harap tidak terungkit sentimen agama dan kaum tetapi kita hormati sesama kita dan iktiraf orang Melayu dan Islam agama rasmi.
“Jangan biarkan Malaysia dan keharmonian kita diganggu mana-mana kelompok parti poltik tertentu untuk keuntungan tertentu sekelompok mereka,” tegasnya.
Kembali diasak apakah Mahathir atau DAP harus dipersalahkan punca PKR bermasalah, Mustafa Kamil menjelaskan, pihaknya memang kesal dengan bebarapa keadaan yang berlaku dan bukan kedudukan mereka untuk menghentam atau menyalahkan sesiapa atas apa yang terjadi.
Menurutnya GRM memainkan peranan dan pendirian sebagai NGO namun kesal dengan apa yang berlaku sehingga kerajaan PH tumbang Februari lalu.
“Imej juga tercalar ekoran tindakan beberapa pemimpin tertentu sehingga kerajaan berusia 22 bulan sudah tiada. Kami yakin ia menjadi pengajaran untuk perjuangan reformasi ini terus dikukuhkan bersama sokongan rakyat yang bijak menilai sikap dan khianatan pemimpin,” tegasnya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/07/11/dap-perlu-hati-hati-buat-pendirian-libat-isu-kaum-melayu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Melayu Didakwa Sebar Ketegangan Kaum

Lelaki Melayu Didakwa Sebar Ketegangan Kaum

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 266 hits
Seorang lelaki berusia 34 tahun didakwa di mahkamah pada hari Khamis kerana mencetuskan ketegangan antara kaum dalam talian dengan nama samaran Sharon Liew Zainal Abidin Shaiful Bahari dikenakan empat pertuduhan semuanya berkaitan dengan me...
Exco Dap Acah Melayu Zairil Khir Johari Mangsa Seterusnya Smash Bossku

Exco Dap Acah Melayu Zairil Khir Johari Mangsa Seterusnya Smash Bossku

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 439 hits
Kita Akui Kebodohan Keklentongan pada DAP ini satu Anugerah Bodoh Tak Boleh Diajar Pandai Tak Boleh Diikut Inilah cara orang PH menipu tak kira yang tua tua atau yang muda EXCO kerajaan DAP Pulau Pinang kata tiada satu sen pernah dibayar un...
Ada Yang Goyang Dengan Melayu Dap

Ada Yang Goyang Dengan Melayu Dap

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 326 hits
Pada 10 Julai 2020Oleh Ghafar NSSejak kebelakangan ini cybertroopers dan mereka yang tidak suka DAP sering meninggalkan komen berbunyi DAP jual muka Melayu atau DAP guna Melayu Dua jenis komen yang berbunyi iri kerana makin ramai wajah pimp...
Ini Melayu Sayang Dap Pada Level Tertinggi Hahaha

Ini Melayu Sayang Dap Pada Level Tertinggi Hahaha

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 467 hits
Sayangnya pada DAP ibarat parti DAP lah yang kehulur kehilir meminta tanah melayu merdeka daripada penjejahan Bak kata pepatah dapat madu setitik terus lupakan lebah Dia punya puji DAP dah level tertinggi ni Nga kor ming pun dah like tu Har...
Dap Cipta Ayam Sabung Melayu Lawan Melayu Islam Sendiri

Dap Cipta Ayam Sabung Melayu Lawan Melayu Islam Sendiri

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 446 hits
Fadzlan Yahya Sang Pemidato DAPMAKA berkatalah Roketkini Com Fadzlan Yahya Sang Pemidato DAP pada 30 Jun 2020 Antara tokoh DAP yang dikenali sebagai seorang pemidato yang hebat pada zamannya ialah Allahyarham Fadzlan Yahya Beliau merupakan ...
Apa Pendirian Pas Dalam Isu Ini

Apa Pendirian Pas Dalam Isu Ini

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 180 hits
JAMZURI ARDANIPendirian rasmi Kerajaan Malaysia adalah mengiktiraf dan menyokong Two State Solution dalam isu Palestin Tiga tahun lepas PAS kata parti itu tidak akan sekali kali iktiraf Two State Solution Sekarang PAS berada dalam kerajaan ...
Isu Evangelisme Pemimpin Dap Akan Jadi Lauk

Isu Evangelisme Pemimpin Dap Akan Jadi Lauk

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 489 hits
BEBERAPA orang rakan menyebut bahawa daripada 10 orang pemimpin DAP yang saya saman kes terhadap Abdul Aziz Isa yang merupakan Pegawai Khas Chong Chieng Jen merangkap Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak dan Ketua DAP Kitang merupakan kes yan...
Dap Dan Amanah Tidak Puas Hati Anwar Berjumpa Dengan Hamzah

Dap Dan Amanah Tidak Puas Hati Anwar Berjumpa Dengan Hamzah

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 832 hits
Cubaan buat perjanjian tanpa Tun M Warisan tidak berprinsip Pakatan Harapan Plus menyifatkan sebarang cubaan membuat perjanjian dengan konspirator utama Langkah Sheraton Datuk Seri Hamzah Zainuddin dengan mengesampingkan Tun Dr Mahathir Moh...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Daqmie Korbankanlah Chord

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025

Ameera Khan Saya Bukan Melayu Tapi Masih Nikmati Keistimewaan Melayu

Empty Page Lupakanku Chord