Dap Makin Melampau Pemuda Umno
Muhammad Azizul Osman                                                                                                                                                                                              

Ketua  Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berucap pada  Ceramah Umum sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Jalan  Bangi Lama, Sungai Purun, Semenyih. foto SYAFIQ AMBAK 
KUALA LUMPUR – Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Mengkibol, Chew Chong Sin mengenai pembunuhan beramai-ramai di dua  masjid di Christchurch, New Zealand seharusnya menjadi pengajaran kepada  Malaysia mengenai perlunya mengekang gejala ekstremisme diluar sebagai  kenyataan melampau ahli DAP itu.
 Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki,  beberapa pemimpin DAP kini semakin kurang ajar dan membuat kenyataan  yang melampau.
 “Selepas Lim Gun Eng dan Nga Kor Ming membuat kenyataan rasis dan  chauvinis, kali ini giliran Chew Chong Sin pula mengeluarkan kenyataan  biadab dengan mengaitkan insiden pembunuhan beramai-ramai umat Islam di  dua masjid di Christchurch New Zealand dengan permuafakatan UMNO-Pas,”  katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 Asyraf membuat kenyataan itu membidas kenyataan Chong Sin yang tidak  sensitif dengan perasaan umat Islam di negara ini yang bersedih dengan  apa yang terjadi di New Zealand.
 Beliau berkata, adakah selama 61 tahun UMNO mentadbir Malaysia, kaum  dan agama lain dizalimi dan ditindas mahupun dinafikan hak mereka.
 “Nampaknya semakin hari semakin terserlah nilai pelampauan dan  perkauman yang hakikatnya menjadi orientasi perjuangan DAP selama ini.
 “Seharusnya rakyat berbilang agama dan bangsa wajar menolak parti  rasis dan chauvinis DAP yang boleh menjadi punca persengketaan dan  perselisihan agama dan kaum di negara ini,” katanya lagi.
 Chong Sin dalam kenyataan hari ini menyatakan kebimbangan mengenai  kerjasama UMNO dan Pas yang didakwa menimbulkan naratif berkisar  mengenai isu kaum dan agama.
 “Persepakatan UMNO dan Pas serta minat mereka terhadap kaum dan agama adalah tidak bertanggungjawab sama sekali.
 “Ia tidak memberi manfaat dalam pembinaan Malaysia baru yang boleh  diambil kesempatan oleh kumpulan pengganas asing,” katanya dalam satu  kenyataan.
 Kenyataan itu jelas menimbulkan kemarahan orang ramai. -MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/dap-makin-melampau-pemuda-umno.html