Dap Letak Harapan Tinggi Pada Kpn Baharu



Pada 8 Mei 2019oleh Gambar oleh BernamaAhli Parlimen DAP menyambut baik pelantikan Datuk Seri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu.
Mereka mengenang beliau sebagai pegawai tertinggi polis yang lantang mencabar rejim Barisan Nasional terdahulu berhubung skandal 1MDB.
Kenyataan pertama Abdul Hamid yang menyokong penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) – yang mendapat tentangan KPN sebelum ini – turut mendapat pujian pemimpin DAP.
Antara yang menyambut baik kenyataan itu adalah Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.
Menurutnya, tidak ada apa yang perlu ditakutkan anggota polis terhadap penubuhan IPCMC jika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.
“Saya cadangkan supaya tuan melaporkan pegawai polis atasan yang berkeras menentang cadangan penubuhan IPCMC dan pelantikan tuan selaku Ketua Polis Negara yang baharu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya satu siasatan menyeluruh dapat dijalankan bagi melihat sama ada gaya hidup dan aset mereka berpadanan dengan pendapatan peribadi dan isi rumah mereka,” katanya dalam kenyataan.
Salah satu kes yang perlu diberi perhatian, katanya, adalah berhubung wang sebanyak A$320,000 di dalam akaun peribadi bekas Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Wan Ahmad Najmuddin Mohd yang pernah didedahkan sebelum ini.
Turut berkongsi harapan yang sama adalah Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto.
Beliau mahu melihat agar kes kehilangan Amri Che Mat, Joshua Hilmi serta isterinya Ruth, dan Raymond Koh yang dikatakan melibatkan Cawangan Khas (SB) turut disiasat.
“PDRM di bawah pimpinan Ketua Polis Negara yang baharu harus memisahkan dirinya daripada stigma bahawa polis kononnya adalah alat kepada kuasa eksekutif dan dipergunakan dan disalahguna oleh tangan-tangan ghaib demi agenda dendam politik seperti dilihat di bawah pentadbiran Barisan Nasional,” ujarnya. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/dap-letak-harapan-tinggi-pada-kpn-baharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mazlan Mansor Dilantik Sebagai Timbalan Kpn Baharu

Mazlan Mansor Dilantik Sebagai Timbalan Kpn Baharu

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 488 hits
foto sumber internetPUTRAJAYA 13 Mei Datuk Mazlan Mansor dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berkuatkuasa 9 Mei umum Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini Mazlan yang sebelum ini Pengarah Jabatan Siasat...
Keresahan Rakyat Kerana Harapan Tinggi Anwar

Keresahan Rakyat Kerana Harapan Tinggi Anwar

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 363 hits
foto sumber internet Presiden PKR Anwar Ibrahim bersetuju dengan pandangan bahawa wujud keresahan dalam kalangan rakyat terhadap pentadbiran PH seperti yang ditunjukkan dalam kajian Merdeka Center baru baru ini Menurut anggota parlimen Port...
Abdul Hamid Bador Kpn Baharu

Abdul Hamid Bador Kpn Baharu

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 416 hits
PUTRAJAYA Nama yang dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk jawatan Ketua Polis Negara telah mendapat perkenan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ya saya fikir dia akan jadi IGP Saya fikir Y...
Dap S Conference Discusses The Party S Disappointment With Pakatan Harapan

Dap S Conference Discusses The Party S Disappointment With Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 402 hits
By Yiswaree Palansamy and R Loheswar Malay Mail Online DAP held its national conference yesterday for the first time in history as a ruling party but there was a surprising lack of excitement According to party members who spoke to Malay Ma...
Gara Gara Terlalu Tinggi Ada Tiga Waktu Iftar Berbeza Di Burj Khalifa

Gara Gara Terlalu Tinggi Ada Tiga Waktu Iftar Berbeza Di Burj Khalifa

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 242 hits
Tahukah kamu bahawa waktu berbuka mereka ternyata lebih lambat daripada manusia sekalian alam yang tinggal di bangunan bangunan lebih rendah mahupun di taman perumahan awam seperti kita Seperti yang dilaporkan portal berita albawaba com sek...
Anak Berpotensi Bijak Mempunyai Iq Tinggi Jika Papa Rajin Layan Anak Sejak Kecil

Anak Berpotensi Bijak Mempunyai Iq Tinggi Jika Papa Rajin Layan Anak Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 314 hits
Semua ibu bapa pasti mengimpikan anak anak membesar dengan bijak Tapi tahukah di sebalik nak lahirkan seorang anak yang bijak hubungan ayah dengan anak sangat penting untuk membentuk IQ yang tinggi Selain ibu yang menjadi insan pertama dala...
Bitcoin Telah Mencapai Paras Tinggi As 8 000 14 Mei 2019

Bitcoin Telah Mencapai Paras Tinggi As 8 000 14 Mei 2019

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 425 hits
Dagangan BITCOIN memantul ke arah kawasan AS 7 500 di tengah tengah momentum kenaikan harga impulsif seperti yang dijangkakan Oleh itu BTC mencapai tahap harga tinggi seterusnya iaitu AS 8 000 dalam perdagangan semalaman dalam masa yang sin...
Ph Kabur Celaru Buka Semula Rasuah Profil Tinggi Terowong Kes Sabah Ir Khairil Nizam

Ph Kabur Celaru Buka Semula Rasuah Profil Tinggi Terowong Kes Sabah Ir Khairil Nizam

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 387 hits
Setahun Kerajaan PH Hentikan Blaming Culture POLISI dan dasar Kerajaan PH bukan sahaja kabur dan celaru malah secara terang telah mengganggu gugat ketenteraman awam yang menjadi faktor utama ketidakstabilan negara Bahkan juang dan janji PH ...
Template Blogger Responsive Seo Friendly

Rain Lily Scarlet O Hara

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Menu Kering Kering Je Hari Ni

Cara Buat Link Whatsapp

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Chatgpt Untuk Pelajar Guna Cara Betul

Bila Tak Dapat Dia Tantrum Elak Anak Ketagih Gajet Naz Rahman Ganti Dengan Lego Jadi Lebih Fokus Kreatif

6 Sekeluarga Tenggelam Dalam Sungai Anak Sulung Tak Ikut Kini Sebatang Kara

15 Adab Kita Yang Anak Akan Cepat Tiru

Bateri Cas Semula Energizer Lcd Charger Jimat Tahan Lama Ada Free Storage Box

Absolute Thai The Mall Mid Valley Southkey Jb