Dap Hanya Pura Pura Lawan Rasuah Penyamun Kata Hadi Awang


agendaily.com13/12/2022
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.
DAP akhirnya membuka topeng sendiri sekali gus mendedahkan wajah sebenar terhadap Islam apabila tokoh pujaan mereka Lim Kit Siang membuat kenyataan menyatakan kemarahan parti itu, susulan kejayaan besar PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata susulan itu muncul gerakan menghalang pembentukan kerajaan Perikatan Nasional yang turut disertai PAS, termasuk menggunakan ‘tangan-tangan ghaib’.

Sehubungan itu beliau mengalu-alukan kenyataan pemimpin DAP yang mendedahkan wajahnya yang sebenar terhadap Islam, apabila mereka membuat kenyataan kemarahan terhadap kejayaan PAS yang diberikan nama ‘gelombang hijau’ dalam PRU-15 baru-baru ini.

“Sehinggakan, berlakunya gerakan bagi menghalang penubuhan kerajaan oleh Perikatan Nasional (PN) yang disertai oleh PAS dengan cara yang terang lagi bersuluh, walaupun melalui tangan-tangan ghaib yang tersembunyi.

“Mereka mengoyakkan topeng yang melindungi wajahnya yang sebenar, supaya lebih meyakinkan kita kepada perjuangan Islam dan mengenali siapakah kawan dan lawan.

“Ditelanjangkan dirinya sendiri, betapa slogan menentang rasuah, perompak, lanun dan segala salah laku hanya penuh kepura-puraan sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini (13 Disember 2022) sebagai mengulas kenyataan Kit Siang baru-baru ini.

Kit Siang pada 9 Disember lalu berkata kerajaan harus melaksanakan dasar-dasar reformasi dan program pembinaan semula negara bagi memastikan Malaysia tidak menjadi negara Islam sepenuhnya dalam dua kali lagi pilihan raya, yang dianggarkannya pada 2032, iaitu 10 tahun dari sekarang.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional berkata DAP tanpa rasa malu mengajak pihak yang dikutuk sebelum ini bergabung dan membentuk kerajaan.

Beliau membidas pihak yang turut bersama DAP sambil menyatakan situasi yang berlaku sekarang membenarkan hadis Rasulullah SAW diriwayatkan Bukhari dan Muslim iaitu bahawa akan muncul dalam kalangan umat Islam pada akhir zaman yang:

“Sesungguhnya, di belakang golongan ini akan muncul keturunan atau kumpulan daripada kalangan (yang mengaku Islam) yang membaca al-Quran sekadar di kerongkongannya sahaja. Dalam keadaan mereka meninggalkan Islam, laksana anak panah keluar menuju sasarannya. Mereka akan menentang orang Islam dan membiarkan kaum penyembah berhala (Musyrikin) yang menjadi musuh Islam. Sekiranya aku berkesempatan (dipanjangkan umur) menemui mereka, nescaya aku menentangnya laksana menentang kaum ‘Ad (yang dilaknat Allah).”

Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan kumpulan terbabit membentuk gabungan yang bersedia mencari kemenangan dengan wajah yang berubah-ubah, melalui sokongan pihak Islam yang bebal dan pihak yang nyata bermusuh terhadap Islam.

“Dalam PRU-15 yang lalu, jumlah kerusi yang dimenangi di kawasan majoriti bukan Islam atau Islam menjadi undi penentu yang menyokong calon-calon mereka, di sebalik perpecahan dan kejahilan umat Islam terhadap politik.

“Perjuangan mereka melalui ideologi pragmatik yang disembunyikan dan berpura-pura dengan wajah yang dapat menarik kalangan yang beragama sehingga boleh ditipu atau disebabkan oleh jahil agama atau tidak beragama,” katanya memetik ayat 46 dan 47 surah Ibrahim.

“Selain itu, Allah SWT juga mendedahkan kumpulan yang bersekongkol dengan musuh Islam demi mencapai tujuannya sekadar kemenangan dunia sahaja sebagaimana dijelaskan dalam ayat 138 dan 139 surah Al-Nisa.”

Abdul Hadi berkata slogan reformasi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dilakukan secara tidak demokratik oleh kumpulan yang dinamakan Bersih dengan tujuan yang kotor.

“PAS mengundurkan diri daripada kumpulan itu, setelah mengkaji sedalam-dalamnya kerana tiada faedah bertempur dengan anggota polis melalui perancangan yang jahat bermotifkan politik kotor yang diatur oleh pihak asing yang datang menjajah lagi secara baharu,” katanya.

Artikel penuh

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/dap-hanya-pura-pura-lawan-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Stoops To New Low Attacks Dap With Mccarthyism

Hadi Stoops To New Low Attacks Dap With Mccarthyism

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 319 hits
PAS chief Abdul Hadi Awang is stooping to McCarthyism in his attacks on the DAP According to the Marang MP DAP is intrinsically evil Anything it does is wrong and whatever it doesn t do is also suspect Simply by existing DAP is a problem in...
Uih Ada Ramai Syaitan Bisu Di Sisi Dap Hj Hadi Kata

Uih Ada Ramai Syaitan Bisu Di Sisi Dap Hj Hadi Kata

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 256 hits
KUALA LUMPUR Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa ada parti berdiam diri tanpa mengubah dasar partinya untuk bersekongkol dengan DAP yang jelas mempunyai ideologi dan pendekatan anti Islam Katanya parti itu bertindak demikian demi...
Dap Disanjung Ramai Sebab Berdiam Diri Tetapi Tak Pernah Ubah Dasar Ideologi Yang Dipegangnya Hadi Awang

Dap Disanjung Ramai Sebab Berdiam Diri Tetapi Tak Pernah Ubah Dasar Ideologi Yang Dipegangnya Hadi Awang

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 330 hits
Umum tahu Parti Islam Se Malaysia melakukan serangan agresif terhadap DAP sejak gagal menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 Presidennya Abdul Hadi Awang dan beberapa lagi pemimpin Pas yang lain mengeluarkan kenyataan sedemikia...
Tak Masuk Akal Syarikat Judi Salur Dana Kepada Pn Kata Hadi

Tak Masuk Akal Syarikat Judi Salur Dana Kepada Pn Kata Hadi

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 130 hits
Abdul Hadi Awang berkata hanya akal yang berpusing sahaja boleh menerima tuduhan mengatakan tauke dan syarikat judi menyumbang kepada PN PETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang menepis tuduhan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Isnin la...
Zahid Mengaku No Anwar No Dap Hanya Strategi Untuk Tipu Pengundi

Zahid Mengaku No Anwar No Dap Hanya Strategi Untuk Tipu Pengundi

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 362 hits
All warfare is based on deception Hence when we are able to attack we must seem unable when using our forces we must appear inactive when we are near we must make the enemy believe we are far away when far away we must make him believe we a...
Undi Percaya Pm10 Hanya Gimik Kata Ketua Pembangkang

Undi Percaya Pm10 Hanya Gimik Kata Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 136 hits
bharian com myOleh Disember 19 2022 4 00pmKetua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin berbahas pada Mesyuarat Pertama Penggal Parlimen ke 15 di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur Foto NSTP Mohamad Shahril Badri Sa...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri