Dap Beri Peluang Orang Muda Tonjol Bakat


 




Pada 18 September 2020

oleh PENTADBIR


Oleh Noor Suhana Ishak

(Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Kampung Tunku SS1 dan mantan Naib Ketua Puteri Umno Bahagian)

Saya merujuk kepada kenyaatan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam kenyataan beliau yang disiarkan di The Malaysian Insight berbahasa Inggeris pada 18 September 2020 yang berbunyi “Don’t let DAP dupe you Ku Li tells Malay youth”.

Pertama sekali dengan rasa penuh hormat dan rendah diri saya terhadap veteran politik seperti ayahanda Ku Li, saya memohon maaf jika apa yang saya luahkan ini menyinggung perasaan beliau.

Saya adalah seorang wanita muda Melayu yang merupakan ahli DAP yang kini memangku jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Cawangan DAP Kampung Tunku SS1.

Saya menyertai DAP pada tahun lalu. Sebelum saya menyertai DAP, saya adalah ahli Umno di bawah sayap Puteri Umno dan jawatan saya sebelum saya keluar parti tahun lepas adalah Naib Ketua Pergerakan Puteri Bahagian di sebuah bahagian di Wilayah Persekutuan.

Sejujurnya pengalaman saya di dalam DAP dan Umno amat berbeza sekali.

Di dalam DAP, saya diberikan peluang untuk berkembang maju dan diberikan galakan untuk mengembangkan bakat dan kebolehan saya tanpa ada apa-apa sekatan.

Di dalam DAP saya mula belajar tentang perkara yang saya tidak pernah belajar di dalam Umno terutamanya berkaitan dengan pendidikan politik negara ini juga Perlembagaan Persekutuan.

Di dalam DAP juga pandangan saya diambil kira oleh pimpinan tertinggi.

Saya telah beberapa kali menerima undangan dari Veteran DAP, Lim Kit Siang dan juga beberapa pemimpin parti yang lain untuk berkongsi pendapat mengenai hala tuju parti dan juga landskap politik masa kini.

Sejujurnya ini semua adalah pengalaman baru buat saya walaupun saya sudah lama berkecimpung dalam bidang politik melalui Puteri Umno.

Di dalam Umno khususnya Puteri Umno, pandangan saya sebagai seorang akar umbi tidak dipeduli, saya hanya diberikan perhatian selepas saya mula menjawat jawatan namun pandangan saya dan rakan-rakan yang lain kurang diambil peduli oleh peringkat pimpinan atas baik di Puteri Umno mahupun di peringkat Umno Malaysia.

Berapa ramai ahli Puteri Umno di peringkat cawangan yang diberikan peluang berdialog secara dekat dengan pemimpin parti?

Berapa ramai ahli akar umbi yang tahu mengenai Perlembagaan Persekutuan dengan lebih mendalam selain daripada retorik mengenai hak Melayu, Raja-raja Melayu dan agama Islam yang dimainkan oleh Umno?

Jujur saya akui Umno adalah parti yang penuh dengan protokol dan tidak mesra anak muda.

Lain pula di DAP, di mana anak muda diberikan peluang, mungkin tidak ramai sebagai ahli Jawatankausa Tertinggi Pusat (CEC) tetapi ramai sebagai wakil-wakil rakyat dan calon pilihan raya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, kesemua calon pilihan raya DAP yang muda telah memenangi kerusi mereka dengan majoriti yang besar. Calon-calon muda ini adalah berusia antara 25 hingga ke 35 tahun.

Ini berbeza dengan takrif calon muda yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional.

DAP adalah satu parti pelbagai kaum. Ia mungkin didominasi oleh kaum Cina pada masa dahulu namun tidak pada masa kini.

Dan saya menjangkakan lebih ramai anak muda Melayu akan menyertai DAP kerana mereka menolak parti politik yang menpunyai asas dan retorik bangsa dan perkauman.

Saya juga ingin mengingatkan ayahanda Ku Li bahawasanya pada 16 September 2020 yang lalu, iaitu beberapa hari yang lalu, kita telah menyambut Hari Malaysia ke-57.

Hari Malaysia adalah bagi memperingati peristiwa gabungan Tanah Melayu, Sabah yang dikenali dengan nama Borneo Utara pada waktu itu, Sarawak dan Singapura (yang kemudiannya keluar dari gagasan ini) untuk membentuk sebuah negara yang merdeka yang dipanggil Malaysia.

Saya mohon agar tidak lagi digunakan terma Tanah Melayu itu bagi membakar sentimen antara kita dan menghormati pembentukan negara kita yang tercinta ini.

Akhir kata saya mohon kepada ayahanda Ku Li dan pemimpin parti Umno yang lain, hentilah membakar sentimen perkauman demi mendapat sokongan.

Anak muda kini sudah lebih terbuka mindanya. Sebagai satu parti yang mewakili Melayu yang sudah lama bertapak di negara ini, Umno seharusnya lebih baik dan “classy” dalam perkara-perkara sebegini.

Walaupun mungkin tidak mendapat sokongan, namun mungkin Umno masih dihormati jika tidak bermain sentimen perkauman. 

 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/dap-beri-peluang-orang-muda-tonjol-bakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Taja Amanah Kini Dap Taja Muda Pula

Selepas Taja Amanah Kini Dap Taja Muda Pula

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 360 hits
DAP perlu sokongan Melayu dan kerjayaan imej DAP agak baik bila mereka bersama PAS Tapi apabila sesetengah pimpinan PAS tak boleh diperkudakan maka DAP taja satu parti AMANAH untuk ambil alih pimpinan PAS yang kalah dalam pemilihan AMANAH t...
Hasni Seru Golongan Muda Asah Bakat Potensi Diri

Hasni Seru Golongan Muda Asah Bakat Potensi Diri

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 352 hits
JOHOR BAHRU 8 September Golongan muda khususnya mahasiswa perlu mengasah kebolehan bakat dan potensi diri bagi turut serta dalam memacu pembangunan negeri ini setanding dengan negara jiran Singapura Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad ber...
Baratur Panjang Demi Kerja Netizen Sebak Lihat Usaha Anak Muda Datang Interview

Baratur Panjang Demi Kerja Netizen Sebak Lihat Usaha Anak Muda Datang Interview

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 271 hits
Sejak semalam satu video berkenaan orang ramai beratur panjang di hadapan IKM Manjung telah menjadi bualan warganet Mana tidaknya mereka semua yang berbaju formal telah beratur dibawah terik matahari bagi menghadiri temuduga untuk jawatan d...
Piala Thomas Peluang Malaysia Tetap Terbuka

Piala Thomas Peluang Malaysia Tetap Terbuka

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 361 hits
KUALA LUMPUR 3 Sept Skuad negara tidak harus mengambil mudah kemampuan pasukan lawan pada pusingan akhir Piala Thomas di Aarhus Denmark dari 3 hingga 11 Okt ini susulan penarikan diri Taiwan akibat peraturan kuarantin wajib selepas pulang d...
Peluang Kerja Di Mekah

Peluang Kerja Di Mekah

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 473 hits
Kuala Lumpur Bukan mudah bergelar pemandu tren monorel Tambahan pula perkhidmatan pengangkutan awam itu masih menggunakan 100 peratus khidmat pemandu dari segi kawalan Berkongsi pengalaman seorang pemandu tren monorel Ramli Masdar berkata d...
Bts Video Peluang Kedua Mk Dipuji Humble Jokey And Harley Queen Malaysia

Bts Video Peluang Kedua Mk Dipuji Humble Jokey And Harley Queen Malaysia

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 700 hits
Nampaknya tidak jemu netizen melihat video muzik rasmi berjudul Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali bersama gandingan rap dari MK yang merupakan ahli kumpulan K Clique dimana sehingga kini dilihat jumlah tontonan di Youtube sudahpun mencap...
Pemerintah Buka Peluang Angkat Guru Honorer Jadi Pns Di 2021

Pemerintah Buka Peluang Angkat Guru Honorer Jadi Pns Di 2021

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 277 hits
Pemerintah melalui Kementerian Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi membeberkan adanya peluang bagi tenaga honorer untuk diangkat menjadi Pegawai Negeri Sipil pada 2021
Generasi Muda Diingatkan Bentengi Diri Dari Infiltrasi Kelompok Pro Intoleransi

Generasi Muda Diingatkan Bentengi Diri Dari Infiltrasi Kelompok Pro Intoleransi

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 205 hits
Dunia kampus harus terus mewaspadai adanya potensi paham intoleransi dan radikalisme menyusup dan menginfiltrasi mahasiswa
Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Melamun Mana Lagi

Bn Menang Besar

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Rm20 Million Spent On Kl Tower Repairs Upgrades

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Aktiviti Rumah Terbuka Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia Ppim 25 04 2025