Dangkal Pm Mahu Rombak Kurikulum


DR RIDUAN MOHAMAD NOR

Foto hiasan.
DIA tetap seperti karang di lautan, keras dan tidak bersahabat apabila melontarkan isu-isu berkaitan Islam. Terkini, PM berusia 93 tahun ini menyorot isu kurikulum arus pendidikan perdana kononnya berteras pendidikan Islam.Pandangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kurikulum sekolah kebangsaan akan diubahsuai bagi memberi lebih masa kepada mata pelajaran yang "berguna" dan tidak bertumpu kepada pembelajaran agama semata-mata mengundang persepsi awal yang tidak baik kepada masyarakat khususnya kepada umat Islam. Gambaran beliau bahawa kurikulum baru yang akan dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020 atau 2021 nanti menjadikan rakyat Malaysia dapat maju dalam setiap bidang. Iaitu dengan belajar agama tetapi bukan pada setiap waktu dalam sehari persekolahan, tetapi mungkin satu atau dua waktu. Kenyataan PM itu berbaur dangkal dan boleh menghakis kejahilan serius pelajar dalam subjek agama Islam. Jika benar apa yang dikatanya itu dan akan dilaksanakan, umat Islam boleh membayangkan sistem pelajaran dualisme dengan subjek agama Islam semakin terpinggir dan terpuruk dari pengetahuan pelajar. Mata pelajaran agama Islam bukan lagi keutamaan dan menjadi penting, tetapi sebaliknya adalah subjek relatif sampingan kepada pelajar. Apakah beliau berfikir dengan pengetahuan mendalam terhadap agama, akan menyebabkan umat Islam semakin ketinggalan dan tidak berdaya maju? Apakah subjek agama itu hanya untuk membaca doa semata-mata seperti tanggapan beliau? Di mana ukuran penilaian yang beliau kuat dan kaitkan dengan menyatakan hanya belajar bahasa Inggeris, Sains dan subjek lain menjadikan masyarakat maju dan bukan subjek agama Islam? Mungkin Tun tidak sedar bahawa ramai umat Islam yang maju jauh ke depan dengan berbekalkan ilmu agama. Tidak kurang cendikiawan, profesor, penyelidik, saintis, doktor pakar, profesional yang menguasai bidang masing-masing dan mempunyai rekod tahfiz al-Quran, mahir Bahasa Arab dan cemerlang dalam bidang agama. Umat Islam merasa sedih dengan kenyataan PM seperti itu. Dalam usianya yang semakin lanjut dan mendapat kesempatan menjadi pemimpin nombor satu negara sekali lagi beliau tidak terfikir untuk menjadikan agama Islam sebagai subjek teras kepada pelajar dengan usaha agar pelajar semakin faham dan beramal dengan agama. Apakah Tun tidak melihat dengan sistem sekolah kebangsaan seperti sekarang, betapa ramai pelajar yang tidak tahu membaca al-Quran, tidak tahu mengerjakan solat, jahil soal hukum fardhu ain dan melakukan pelbagai kemungkaran kerana alasan jahil atau tidak tahu hukum agama. Sepatutnya sebelum beliau memberi pandangan sebegitu dan merancang menukar kurikulum, beliau rujuk para ulamak terlebih dahulu. PM mesti mendapatkan nasihat dari mereka yang ahlinya dan mengkaji kesan terhadap masyarakat jika satu-satu kurikulum persekolahan dirombak. Apa natijah kepada orang Melayu, umat Islam dan masyarakat di bandar dan luar bandar dengan langkah yang diambil tersebut. Umat Islam mengharapkan sebagai PM, beliau berusaha memperkasa agama Islam dengan menjadikannya subjek wajib lulus sepertimana Bahasa Malaysia. Malah, PM perlu jadikan kayu ukur mana-mana pelajar untuk masuk ke IPTA perlu lulus cemerlang dalam subjek agama. Selain itu, pelajar yang memiliki sijil sekolah agama seperti STAM, pondok dan lain-lain memiliki kelebihan berbanding pelajar yang tidak memiliki sijil itu. Umat Islam mesti menilai akan kegagalan negara berdasarkan acuan Islam dan kerancuan berfikir seorang sosok utama peneraju negara ini. PH jauh daripada roh penghayatan Islam dan kerosakan dalam pendidikan negara akan memberikan impak puluhan tahun selepas itu . Rakyat Malaysia mungkin terpaksa menanti peluang mendapat PM lain yang berfikrah Islam dan meletakkan nuansa perjuangan Islam di tempat tertinggi lima tahun akan datang, usai PRU ke-15 kelak. Ayuh tingkatkan usaha mengarusperdanakan pendidikan Islam di seluruh segmen masyarakat dalam negara ini. – HARAKAHDAILY  *Penulis adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Pengerusi LESTARI.  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/dangkal-pm-mahu-rombak-kurikulum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rombak Kurikulum Bukan Agama Saja Tumpu Pada Yang Berguna

Rombak Kurikulum Bukan Agama Saja Tumpu Pada Yang Berguna

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 221 hits
PM Kurikulum sekolah akan dirombak tumpuan bukan pada agama saja Kurikulum sekolah kebangsaan akan diubahsuai bagi memberi lebih masa kepada mata pelajaran yang berguna dan tidak bertumpu kepada pembelajaran agama semata mata kata Perdana M...
Rombak Kurikulum Pas Cadang Konsep Integrasi Ilmu

Rombak Kurikulum Pas Cadang Konsep Integrasi Ilmu

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 263 hits
MALAYSIAKINI PAS mencadangkan agar konsep integrasi ilmu diperkenalkan dalam kurikulum sekolah selepas ia dirombak nanti Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata kurikulum sedia ada sudah baik tetapi perlu diperkemaskan dengan kesepadua...
Kurikulum Kopi Dan Kakao Tingkatkan Kompetensi

Kurikulum Kopi Dan Kakao Tingkatkan Kompetensi

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 214 hits
Perjanjian kerjasama ini merupakan tindak lanjut MoU sebelumnya antara Kepala Badan SDM Pertanian dan PISAgro yang disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Kadin
Muhidin Dipecat Karena Dukung Jokowi Dpp Pan Rombak Pengurus Dpw Kalsel

Muhidin Dipecat Karena Dukung Jokowi Dpp Pan Rombak Pengurus Dpw Kalsel

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 233 hits
Dewan Pimpinan Pusat Partai Amanat Nasional resmi memberhentikan Ketua DPW PAN Kalimantan Selatan Muhidin Pemecatan dilakukan karena Muhidin mendeklarasikan dukungan kepada pasangan capres cawapres nomor urut 01 Joko Widodo dan Ma ruf Amin
Semak Semula Kurikulum Sekolah Belajar Agama Islam Mungkin Cukup Sekali Seminggu Dr Mahathir

Semak Semula Kurikulum Sekolah Belajar Agama Islam Mungkin Cukup Sekali Seminggu Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 380 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengingatkan rakyat mengenai kepentingan menguasai Bahasa Inggeris bagi menimba ilmu pengetahuan Saya ingin mengingatkan setiap orang Bahasa Inggeris bukan hanya untuk orang En...
Rupslb Mnc Putuskan Rombak Jajaran Komisaris

Rupslb Mnc Putuskan Rombak Jajaran Komisaris

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 166 hits
Keputusan yang pertama adalah mengangkat Syafril Nasution sebagai Komisaris menggantikan Adam Chesnoff Selanjutnya adalah mengangkat Muhammad Alfan Baharudin menggantikan Sutanto Keputusan ini berlaku efektif sejak ditutupnya RUPSLB pada ha...
Pm Kurikulum Sekolah Akan Dirombak Tumpuan Bukan Pada Agama Saja

Pm Kurikulum Sekolah Akan Dirombak Tumpuan Bukan Pada Agama Saja

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 286 hits
Diterbitkan 22 Dis 2018 12 54 tengah malamKurikulum sekolah kebangsaan akan diubahsuai bagi memberi lebih masa kepada mata pelajaran yang berguna dan tidak bertumpu kepada pembelajaran agama semata mata kata Perdana Menteri Dr Mahathir Moha...
Tidak Wajar Kerajaan Rombak Subjek Agama Di Sekolah Kebangsaan Kata Puteri Umno

Tidak Wajar Kerajaan Rombak Subjek Agama Di Sekolah Kebangsaan Kata Puteri Umno

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 298 hits
Cadangan atau keputusan kerajaan membabitkan rombakan kurikulum berkaitan subjek Agama amat tidak wajar kata Ketua Pergerakan Puteri Umno Zahida Zarik Khan Beliau berkata dalam kehidupan manusiawi perlu ada keseimbangan antara duniawi dan u...
Arab Saudi Tukar Menteri Luar Rombak Kabinet Besar Besaran

Arab Saudi Tukar Menteri Luar Rombak Kabinet Besar Besaran

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 368 hits
Arab Saudi hari ini melakukan rombakan Kabinet besar besaran dalam apa yang dilihat oleh pengkritik sebagai tindakan Putera Mahkota Mohammed bin Salman memperkukuhkan laluannya untuk menduduki takhta Dalam pengumuman diraja yang dikeluarkan...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy