Arab Saudi Tukar Menteri Luar Rombak Kabinet Besar Besaran
Arab Saudi hari ini, melakukan rombakan Kabinet besar-besaran, dalam apa yang dilihat oleh pengkritik sebagai tindakan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, memperkukuhkan laluannya untuk menduduki takhta.
Dalam pengumuman diraja yang dikeluarkan, Ibrahim Al-Assaf dilantik ke jawatan Menteri Luar menggantikan Adel Al-Jubeir yang ditukarkan sebagai Menteri Negara bagi Hubungan Luar.
Abdullah bin Bandar bin Abdulaziz dilantik sebagai Menteri Pengawal Kebangsaan, manakala Mohammed bin Saleh Al-Ghofeily menjadi penasihat Pengawal Kebangsaan.
Individu lain yang dilantik ialah:
Khaled Al-Harbi – mengetuai Keselamatan Awam, menggantikan Saud bin Abdul Aziz Hilal;
Musaed Al Aiban – Penasihat Keselamatan Arab Saudi;
Putera Abdul Aziz bin Turki Al-Faisal – Pengerusi Pihak Berkuasa Sukan, menggantikan Turki Al Asheikh, yang dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kawalan Hiburan;
Ahmad Al-Khateeb – Presiden Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan;
Menteri Perdagangan dan Pelaburan, Dr Majed Al-Qassabi bertanggungjawab terhadap Suruhanjaya Persidangan dan Pertunjukan;
Turki Al-Shabana – Menteri Media;
Hamad Al-Sheikh – Menteri Pendidikan;
Ahmed bin Mohammad Al-Issa, yang digugurkan daripada Kementerian Pendidikan dilantik sebagai penasihat Mahkamah Diraja, serta Suruhanjaya Penilaian Pendidikan Awam;
Awad bin Saleh Al Awad, yang digugurkan daripada jawatan Menteri Media, dilantik sebagai penasihat Mahkamah Diraja;
Iman Al-Mutairi dilantik sebagai pembantu Menteri Perdagangan;
Putera Turki bin Talal menggantikan Putera Faisal bin Khaled sebagai gabenor wilayah Asir;
Mansour bin Mohammad bin Saad Al Saud dilantik sebagai gabenor Hafr Al-Batin;
Putera Badr bin Sultan bin Abdulaziz Al Saud dilantik sebagai Timbalan Gabenor Wilayah Makkah; dan
Putera Turki bin Saud bin Mohammed dilantik sebagai penasihat Mahkamah Diraja.
Dalam pada itu, Putera Badr bin Sultan melepaskan jawatan sebagai gabenor wilayah Al-Jouf dan diganti oleh Putera Faisal bin Nawaf.
Duta Arab Saudi ke Britain, Putera Mohammed bin Nawaf bin Abdulaziz pula digugurkan. Tempat beliau belum diganti. – Agensi
The post Arab Saudi tukar Menteri Luar, rombak Kabinet besar-besaran appeared first on Islam Itu Indah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.islamituindah.my/arab-saudi-rombak-kabinet-besar-besaran/