Dancing Shoes Antara Tiga Import Yang Telah Tiba Untuk Sertai Tfc
Kuala Terengganu: Bukan lagi dalam radar, sebaliknya pemain kelahiran Namibia, Petrus Shitembi hanya menunggu masa untuk menjadi ahli keluarga baharu skuad Terengganu FC (TFC) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Kelibat bekas arkitek skuad Sabah itu sudah 'mendarat' di Kuala Lumpur dan perkembangan terbaharu itu sudah pastinya dinantikan peminat setia skuad Penyu itu.
Menurut sumber, pemain berusia 28 tahun itu yang masih lagi beraksi bersama pasukan negaranya sudah tiba di ibu kota kelmarin adalah antara tiga orang yang dikatakan telah tiba untuk sertai TFC dan baki dua lagi pemain import akan menyusul dalam masa terdekat."
"Pemain itu (Shitembi) sudah tiba di Kuala Lumpur, tapi dia perlu menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari sebagaimana prosedur biasa yang ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan wabak pandemik Covid-19.
"Jika semuanya selesai dan tidak ada sebarang masalah, pemain itu akan dibawa ke Terengganu untuk menjalani sesi latihan sebagai persediaan menjelang Liga M dan Piala AFC musim depan," kata sumber.
Pemain berketinggian 1.79 meter itu bakal mengisi jentera tengah menyerang yang sebelum ini menjadi milik bekas kapten berdarah campuran Malaysia-England, Lee Tuck yang tidak disambung kontrak selepas tiga musim bersama skuad Penyu itu.
Sebelum menyarung jersi skuad Tambadau musim ini, pemain yang sudah membuat 60 penampilan bersama pasukan negaranya dengan meledak empat jaringan menyarung kelab Lusaka Dynamos dalam Liga Zambia pada 2019.
Kehadiran Shitembi bakal memperkasakan lagi jentera tengah skuad kendalian Nafuzi Zain dan pembantunya, Tengku Hazman Raja Hassan yang sebelum ini sudah mengikat pemain kebangsaan, Nik Akif Syahiran Nik Mat selain perancang sedia ada yang dikekalkan iaitu Faiz Nasir, Nasir Basharudin, Azalinullah Alias dan Sharin Sapien.
Selain Tuck, TFC juga tidak menyambung kontrak empat lagi awang importnya iaitu pemain tengah, Muhammad Faris Ramli (Singapura), pertahanan, Babacar Diallo (Senegal), penyerang, Dominique Da Sylva (Mauritania) dan pemain tengah kelahiran Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov.
TFC yang menghuni di tangga ketiga Liga Super musim ini menjadi wakil Malaysia bersama Kedah beraksi dalam Piala AFC musim depan buat kali kedua selepas kali pertama pada 2012 sesudah berjaya muncul juara Piala FA pada 2011. - Harian Metro (Malik Muhamad)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.terengganusebelas.com/2020/12/dancing-shoes-antara-tiga-import-yang.html