Dana Yayasan Akalbudi Diguna Bayar Gaji Pemain Bola


MENANTU kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, bahawa dana Yayasan Akalbudi berjumlah RM1.3 juta digunakan untuk membayar gaji pemain Persatuan Bola Sepak PDRM yang tertunggak selama empat bulan.

Loading… Saksi pendakwaan ke-14 itu yang juga bekas pengurus pasukan PDRM Datuk Zul Hisham Zainal berkata, beliau menerima cek Affin Bank Berhad bernombor 526570 daripada pekerja Yayasan Akalbudi pada 19 November 2015.
“Saya mula terbabit secara tidak langsung dengan Persatuan Bola Sepak PDRM pada sekitar 2014 dan hanya bertindak di belakang tabir atas dasar minat.
“Pada kebiasaannya, Asisten Superintendan Nizam Mohd Noor akan memohon bantuan daripada saya mengenai penajaan kewangan luar dari bajet yang telah dibentangkan atau yang dipohon,” katanya ketika membacakan penyataan saksi dalam perbicaraan kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi yang dihadapi Ahmad Zahid di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Zul Hisham yang juga Pengarah Urusan di Syarikat Titanium Technology Sdn Bhd berkata, terdahulu, Nizam menghubunginya meminta bantuan kewangan untuk membayar gaji pemain Persatuan Bola Sepak PDRM yang tertunggak.
“Dalam perbualan itu, Nizam menyatakan bahawa jumlah RM 1.3 juta adalah untuk bayaran gaji pemain dan urusan pentadbiran persatuan.
“Bagaimanapun, saya tidak ingat sama ada terdapat surat atau kertas kerja yang dihantar untuk tujuan permohonan ini,” katanya.
Ahmad Zahid yang ketika itu memegang jawatan Menteri Dalam Negeri kemudian dimaklumkan berkaitan permohonan Persatuan Bola Sepak PDRM itu.
Menurut saksi sama, beliau kemudian menerima satu sampul surat yang mengandungi cek berjumlah RM1.3 juta daripada pekerja Yayasan Akalbudi dan menghubungi Nizam bagi menyerahkan cek di lokasi yang tidak diingati.
Dalam prosiding itu, Zul Hisham turut memaklumkan mahkamah sepanjang menjadi menantu kepada Ahmad Zahid, beliau tidak pernah mengetahui bahawa bapa mentuanya itu mempunyai Yayasan Akalbudi ataupun mana-mana yayasan.
“Saya baru sahaja mengetahui bahawa salah seorang pengarah yang berada di dalam Yayasan Akalbudi adalah bapa mentua saya iaitu Ahmad Zahid,” katanya.
Sementara itu, saksi pendakwaan ke-20, Nizam yang juga Penolong Setiausaha Persatuan Bola Sepak PDRM berkata, dana atau penajaan bagi menguruskan pasukan diperoleh daripada pelbagai sumber.
“Pada 2014, Persatuan Bola Sepak PDRM berada di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri yang diketuai Ahmad Zahid dan penajaan diuruskan Zul Hisham memudahkan cara antara persatuan dan Ahmad Zahid.
“Kebiasaannya pihak persatuan akan menerima dana atau tajaan sumbangan berbentuk cek dan Zul Hisham akan memaklumkan kepada pihak persatuan bahawa cek sedia atas nama Persatuan Bola Sepak PDRM,” katanya.
Pada 19 Oktober dan 14 Disember 2018, serta 20 Februari tahun ini Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur terhadap 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Bagi pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid, 66, didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak PDRM.
Perbicaraan bersambung esok. – Harian Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/12/dana-yayasan-akalbudi-diguna-bayar-gaji-pemain-bola/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemain Bola Tampar Susukan Anak Ketika Rehat Separuh Masa Pertama

Pemain Bola Tampar Susukan Anak Ketika Rehat Separuh Masa Pertama

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 1277 hits
Foto seorang pemain bola tampar sedang menyusu anaknya ketika berehat pada separuh masa pertama yang tular di laman sosial mendapat pelbagai reaksi dari netizen Lalventluangi pemain bola tampar dari pasukan pasukan Tuikum di Mizoram India b...
Pemain Bola Sepak Wanita As M Sia Pun Nak Ikut Begitu

Pemain Bola Sepak Wanita As M Sia Pun Nak Ikut Begitu

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 441 hits
SUKANPEMAIN tengah yang memenangi Piala Dunia Julie Ertz dinamakan Pemain Bola Sepak Terbaik Wanita tahunan Amerika Syarikat Julie yang turut memenangi anugerah sama pada 2017 menjadi tonggak utama kepada kejayaan Piala Dunia negaranya dan ...
Tak Bayar Pajak Dana Desa 15 Rekening Desa Di Garut Diblokir

Tak Bayar Pajak Dana Desa 15 Rekening Desa Di Garut Diblokir

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 143 hits
Tak Bayar Pajak Dana Desa 15 Rekening Desa di Garut Diblokir Pemerintah Kabupaten Garut melalui Dinas Pemberdayaan Masyarakat dan Pemerintahan Desa disebut Rudy sudah melakukan berbagai upaya agar rekening rekening desa itu tidak diblokir
Lima Pemain Bola Sepak Berbakat Tapi 039 Tidak Menjadi 039 Di Luar Negara

Lima Pemain Bola Sepak Berbakat Tapi 039 Tidak Menjadi 039 Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 366 hits
Akmal Rizal Rakhli menarik minat Bayern Munich dan mengajaknya menjalani latihan bersama mereka pada September 1997 Foto ihsan Facebook HbZcErIa GrApHiCKUALA LUMPUR 28 Nov Malaysia tidak pernah ketandusan bakat dalam bola sepak bahkan sebah...
Dana Tabung Harapan Malaysia Rm205 Juta Telah Digunakan Untuk Bayar Hutang 1mdb

Dana Tabung Harapan Malaysia Rm205 Juta Telah Digunakan Untuk Bayar Hutang 1mdb

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 303 hits
Dana Tabung Harapan Malaysia sebanyak RM205 juta telah digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang 1Malaysia Development Bhd kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Guan Eng berkata kerajaan pada 28 November telah menggunakan keseluruhan dana THM...
Susukan Anak Waktu Rehat Separuh Masa Pemain Bola Tampar Wanita Buktikan Tugas Tak Halang Tanggungjawab Seorang Ibu

Susukan Anak Waktu Rehat Separuh Masa Pemain Bola Tampar Wanita Buktikan Tugas Tak Halang Tanggungjawab Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 377 hits
Peranan seorang ibu dan juga tugas sebagai seorang atlet ternyata bukan satu perkara yang mudah Meskipun sedang bertarung dalam sebuah perlawanan bola tampar untuk pasukan seorang ibu tetap menjalankan tanggungjawab terhadap anak yang masih...
Woi 2 Bulan Tak Bayar Gaji Dahla Gaji Kena Potong Rm100 Tanpa Sebab

Woi 2 Bulan Tak Bayar Gaji Dahla Gaji Kena Potong Rm100 Tanpa Sebab

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 337 hits
Perkhidmatan bas Cityliner di Kelantan lumpuh hari ini apabila lebih 100 pemandunya mogok selepas didakwa tidak menerima gaji sejak 2 bulan lalu Mogok itu dilaporkan menjejaskan operasi antara 60 hingga 70 bas hari ini selepas pemandunya ti...
Aji Santoso Sifatkan Bambang Pamungkas Teladan Terbaik Buat Pemain Bola Sepak Indonesia

Aji Santoso Sifatkan Bambang Pamungkas Teladan Terbaik Buat Pemain Bola Sepak Indonesia

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 286 hits
Jurulatih Persebaya Surabaya Aji Santoso menyifatkan sikap positif yang dipamerkan Bambang Pamungkas menjadikannya sebagai teladan terbaik buat semua pemain bola sepak di Indonesia Seperti dilaporkan pagi tadi pemain yang lebih dikenali den...
Tak Jadi Bulanan Gaji Pengangguran Sekali Bayar Rp 500 Ribu

Tak Jadi Bulanan Gaji Pengangguran Sekali Bayar Rp 500 Ribu

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 154 hits
Pemerintah melalui Kementerian Ketenagakerjaan akan memberikan insentif gaji kepada peserta program Kartu Pra Kerja Insentif itu diberikan setelah peserta selesai mengikuti pelatihan Hal itu diungkapkan Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziah u...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation