Dana Mencurah Tapi Fam Mengecewakan


 

Di sebalik kedudukan sebagai sebuah persatuan sukan kebangsaan (national sports association atau NSA) paling bertuah dilimpahi dana kerajaan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tertonjol sebagai memberikan pulangan pelaburan yang tidak pun setimpal sejauh ini.
Berselindung di sebalik tiadanya Indeks Prestasi Utama (KPI) yang jelas lagi mencabar pada masa lalu, rentetan kegagalan pasukan utama dan pelapis kebangsaan seolah-olah disapu ke bawah hamparan. Tapi mungkin tidak lagi selepas ini.
Tiba masanya FAM perlu bersikap lebih terbuka terhadap justifikasi wang pembayar cukai yang diterimanya sambil badan induk itu dituntut agar menetapkan sasaran dalam setiap kejohanan yang disertai Harimau Malaya dan pasukan pelapis kebangsaan mengikut KPI sepatutnya.
Harus tidak juga keterlaluan untuk KPI diwujudkan bagi barisan eksekutifnya kerana habuan besar yang diperolehi — seperti amalan di syarikat-syarikat swasta — sepatutnya diikat dengan sasaran tertentu yang perlu dicapai baik secara individu mahupun berkumpulan.
Cara itu akan mengerah lebih pertanggungjawaban dalam kalangan pemegang jawatan utamanya daripada menjaga hati ahli badan gabungan yang akan mengundi mereka kekal dalam pemilihan kongres FAM setiap tiga tahun sekali.
Sebagai persatuan yang menaungi sukan nombor satu diminati rakyat, tentulah FAM dilihat istimewa berbanding sukan lain di sebalik NSA berkenaan melahirkan lebih ramai juara dunia dan sering mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Jika boleh dipinjam sistem handicap dalam golf di mana pemain paling kurang daripada segi keupayaan dan kemahiran mendapat ‘bantuan’ tertentu bagi mengimbangi jurangnya dengan pemain lain, FAM juga tergolong sedemikian rupa dengan hanya gah daripada segi ikutan ramai dan publisiti tapi hujung-hujungnya kekal di takuk lama.
Dalam pada itu, ia tidak menghindarkan badan induk bola sepak itu daripada dilihat sebagai paling mewah daripada segi aliran tunai sekalipun kejayaan pasukan kebangsaannya adalah tandus dan jauh di antara satu sama lain.
Hingga ke hari ini pun, bola sepak Malaysia masih berkisar kepada penanda aras zaman dinosaur — dua kali layak ke Sukan Olimpik di Munich pada 1972 dan Moscow pada 1980 yang bagaimanapun diboikot. Pingat tertinggi yang dicapai pula adalah gangsa dalam Sukan Asia Tehran 1974 — malangnya tidak diangkat dan dijulang setinggi kejayaan dua kali ke Olimpik itu.
Sepanjang lima tahun kebelakangan sejak 2020, FAM menerima suntikan dana kira-kira RM47.5 juta — satu jumlah cukup besar dibandingkan dengan persatuan sukan lain.
Dari mana datangnya dana berkenaan? RM10 juta daripada kerajaan seperti diumumkan Perdana Menteri ke-9 Ismail Sabri Yaakob pada 2022, RM17.5 juta daripada geran tahunan Fifa dari 2016-2022 berjumlah RM35 juta dengan purata RM5.83 juta setahun, RM5 juta daripada kerajaan selepas kejohanan Piala Asia 2023, dan terbaru RM15 juta lagi seperti diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim 3 Sept lalu.
Bandingkan dana berkenaan dengan pencapaian skuad kebangsaan sepanjang lima tahun lalu. Malaysia gagal memenangi pingat dalam tiga Sukan SEA berturut-turut — temasya Filipina 2019, Vietnam 2021, dan Kemboja 2023, dengan kali terakhir pingat emas diraih di temasya Indonesia 2011.
Dalam Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pula, satu-satunya kejuaraan yang dimenangi ialah pada 2010. Ini membuat kedua-dua kejayaan peringkat serantau itu — berlangsung dua tahun sekali secara berselang di antara dua kejohanan utama itu — terasa seperti sudah zaman-berzaman lamanya.
Sedikit sagu hati ialah kejayaan Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 secara merit, dengan tempoh lebih sedikit daripada empat dekad itu harus menyedarkan betapa lamanya kita sudah tertinggal di belakang.
Hairannya ramai pula yang terus dikhayalkan oleh kejayaan silam hingga menutup ruang kepada sebarang kritikan sama ada terhadap Harimau Malaya mahupun FAM. Perbuatan demikian mudah mereka sama ertikan dengan bersikap tidak patriotik atau mahu membunuh perkembangan bola sepak negara.
Tentunya ini berlawanan dengan aspirasi bahawa bola sepak Malaysia bukan hanya milik seorang atau dua ‘minda bola sepak terbaik’ di dalam negara, sebaliknya kegagalannya turut dideritai oleh setiap peminat yang berbaris panjang untuk masuk ke stadium bagi memberi sokongan bersemangat setiap kali Harimau Malaya turun beraksi di laman sendiri.
Kerana itu, tuntutan perdana menteri supaya FAM menyediakan pelan perancangan dan KPI bagi memastikan peningkatan lanjut Harimau Malaya — terbaru sudah mendaki ke tangga ke-132 dalam ranking dunia — adalah sesuatu yang dialu-alukan sebagai balasan kepada komitmen kerajaan memperuntukkan RM15 juta untuk meningkatkan kualiti pasukan kebangsaan.
Dengan peruntukan itu — RM10 juta dari kerajaan manakala RM5 juta lagi komitmen pihak swasta — Anwar mahu menunjukkan kepada pengurusan tertinggi FAM yang ditemuinya pagi semalam bahawa perlunya lebih kesungguhan andai Harimau Malaya mahu dipastikan berada di landasan betul.
Jauh daripada bersifat ia satu ganjaran — kalau ganjaran untuk kejayaan apa? — ia lebih kepada satu rangsangan tanpa FAM boleh mengambil mudah atau bermewah-mewah kerana ia akan dipantau oleh Kementerian Kewangan serta Kementerian Belia dan Sukan.
FAM tidak harus berlengah membentangkan pelan perancangannya dan menetapkan KPI buat skuad kebangsaan dalam tiga kejohanan terdekat — Kejohanan AFF yang meletakkan Harimau Malaya dalam Kumpulan A bersama Thailand, Singapura, Kemboja dan Brunei dari 9 Dis 2024-5 Jan 2025, pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 Mac depan, dan Sukan SEA 2025 Thailand.
Tidak cukup hanya FAM sangat berbesar hati dengan kesungguhan dan komitmen perdana menteri dalam memberikan peruntukan itu, sebaliknya prestasi pasukan kebangsaan juga hendaklah setimpal dengan dana yang diterima.
Ia juga akan membantu jika barisan kepemimpinan FAM — presiden dan setiausaha agung tidak terkecuali — dapat turut berkongsi KPI ke atas mereka sendiri. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/09/dana-mencurah-tapi-fam-mengecewakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Kembali Langsing Selepas Bersalin Dengan Kaedah Santai Tapi Berkesan Meh Baca Ni

Nak Kembali Langsing Selepas Bersalin Dengan Kaedah Santai Tapi Berkesan Meh Baca Ni

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 220 hits
Selamat datang ke dunia ibu Memiliki bayi adalah pengalaman yang luar biasa tapi ramai ibu baru juga ingin kembali ke bentuk badan mereka selepas bersalin Jangan risau proses ini bukanlah sesuatu yang perlu dibuat dengan tekanan Dengan bebe...
Ini Calon Pn Prk Mahkota Tapi Bn Ingkar Janji Spr

Ini Calon Pn Prk Mahkota Tapi Bn Ingkar Janji Spr

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 238 hits
Yong Mew Chai ketika ditemui pada hari penamaan calon PRK Mahkota di Kluang Johor pada hari ini 14 September 2024 1 Coach Haizan mesra dengan bukan MelayuKLUANG Calon PERIKATAN NASIONAL bagi Pilihan Raya Kecil DUN Mahkota Mohamad Haizan Jaa...
Suami Baik Tapi Isteri Suka Private Party Rakan Hijab Stylist Pula Beri Kenyataan Dakwa Fattah Jadi Kambing Hitam

Suami Baik Tapi Isteri Suka Private Party Rakan Hijab Stylist Pula Beri Kenyataan Dakwa Fattah Jadi Kambing Hitam

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 394 hits
Kecoh di media sosial apabila bekas stailis hijab kepada seorang selebriti popular Fazura kini merancang untuk mengambil tindakan undang undang terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya Menurut sumber stailis yang dikenali sebagai S...
Imej Murah Kongsi Tips Buat Kim Taehee Bahagia Tapi Kenapa Rain Dikecam Netizen

Imej Murah Kongsi Tips Buat Kim Taehee Bahagia Tapi Kenapa Rain Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 214 hits
Kadang kala ada sahaja yang tak kena dengan netizen Korea Artikel Berkaitan Dalam episod terbaru saluran YouTube milik Rain penyanyi itu telah berkongsi rahsia membahagiakan isteri Kim Tae hee Menggembirakan isteri bukanlah sesuatu yang suk...
Mengaku Rakyat Malaysia Tapi Musuh Dalam Selimut

Mengaku Rakyat Malaysia Tapi Musuh Dalam Selimut

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 213 hits
harakahdaily netSeptember 16 2024Afnan mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia ke 61 pada hari ini 16 September 2024 kepada seluruh rakyat Malaysia KUALA LUMPUR Sepanjang tempoh 61 tahun negara berdepan dengan beberapa isu negara yang s...
Faiz Fadzil Isu Judi Jadi Alat Politik Tapi Jenayah Berleluasa Di Negeri Pas

Faiz Fadzil Isu Judi Jadi Alat Politik Tapi Jenayah Berleluasa Di Negeri Pas

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 187 hits
Malaysiakini nbsp PAS tidak berpijak pada realiti apabila mencabar kerajaan pusat untuk mengharamkan pusat perjudian sedangkan berdiam diri ketika berada dalam kerajaan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara Muhammad Faiz Fadzil berkata malah...
Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Macam Mana Orang Malaysia Boleh Buat Rm10k Sebulan Guna Hanya Satu Pautan

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

11 Tahun Tergendala Pm Anwar Mahu Pembinaan Sekolah Sukan Perlis Disegerakan

Muhyiddin Yassin Risau Kerjasama Bn Amp Ph Makin Diterima Rakyat Asyraf Wajdi