Dan Kenapa Anda Tak Patut Biarkan Anak Kecil Ke Tandas Awam Sendirian Ini Nasihat Penceramah


Semalam portal Awani melaporkan satu kejadian cabul yang berlaku di tandas awam.

Mangsa cabul adalah seorang kanak-kanak lelaki yang hanya berusia 8 tahun sahaja.

Dan suspek pula merupakan warganegara Bangladesh!

Mengejutkan sekali berita itu. Nampaknya persekitaran kita tidak lagi selamat sampai ke tahap kanak-kanak yang pergi ke tandas juga boleh berdepan dengan musibah. 

Justeru itu, social influencer yang seringkali dipanggil untuk memberikan motivasi kepada budak-budak sekolah, Mohd Fairuz berkongsikan beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh ibu bapa bagi mengelakkan kejadian sama berulang kepada anak masing-masing.

Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
 
Oleh sebab hari ini viral kes seorang lelaki Bangladesh melakukan oral seks terhadap kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun di dalam tandas sebuah pasaraya di Perak, maka menjadi tanggungjawab aku untuk berkongsi hal ini.
 


1. Tolong sangat-sangat agar jangan biarkan anak seorang diri dalam tandas, terutama di tempat awam seperti mall. Temani anak. Tunggu didepan pintu toilet.

2. Teringat aku satu kisah yang tular tahun lepas. Anak tak tahan sangat nak buang air kecil, tapi si emak dan bapak ralit dengan handphone, tak henti-henti berwassap dan main games. Akhirnya, anak beliau pergi seorang diri. Mujurlah ada seorang rakyat budiman yang sudi jenguk-jengukkan si kecil agar selamat. Kalau nak harapkan mak bapak tak guna tu, tak jadi apalah. Menangis nanti pun bila anak dah diculik.

3. 2 tahun lepas pun pernah tular satu dua orang lelaki Bangladesh menangkap gambar kanak-kanak, juga di dalam mall, bahagian permainan. Si bapa berasa curiga dan bertindak menyelidiki apa yang ada dalam folder gambar. Alangkah terkejutnya beliau, berpuluh gambar anaknya ditangkap. Bukan anaknya sahaja, bahkan gambar kanak-kanak yang lain. Terus sahaja beliau ugut nak report polis.

4. Tidak dinafikan, pedofilia wujud di mana-mana. Baik warganegara Malaysia, mahupun warga asing. Jangan dilupa, Malaysia ni nombor 1 di Asia Tenggara mengakses video lucah kanak-kanak.

5. Bagi warga asing, mungkin mereka ada yang betul-betul rindukan anak di negara asal. Namun, itu bukan alasan untuk mereka curi-curi tangkap gambar anak kita.

6. Ulang ilmu ini pada anak-anak, biar ia tertanam kemas dalam fikiran mereka : jangan bagi sesiapa sentuh, pegang atau raba private part (mulut, dada, kemaluan, punggung, paha), apatah lagi kulum kemaluan (kes di Perak). Jika ia berlaku, ajar mereka untuk jerit kuat-kuat, lari dan terus mengadu. Dalam masa yang sama, mereka juga tidak boleh memegang, menyentuh atau meraba private part adik beradik, sepupu atau kawan, walau bergurau.

7. Mujur kes di Ipoh berlaku antara seorang kanak-kanak dan individu yang tak dikenali. Jadi, terus sahaja kanak-kanak ini tahu ia perbuatan yang tak betul, salah. Lalu, terus sahaja beliau mengadu kepada ibunya.

8. Cuma, yang saya takutkan kalau kes sebegini berlaku di rumah pengasuh, di sekolah, dalam rumah, di kampung dan di lain-lain tempat. Maksud saya, anak-anak yang menjadi mangsa tak sedar yang mereka telah dicabul dek sex grooming yang dilakukan pemangsa kepada dirinya. Si pelaku pula boleh jadi anak pengasuh, bapa kepada pengasuh, suami kepada pengasuh, bapa kandung, abang kandung, atuk, atuk tiri, cikgu, ustaz, mudir, pak guard, penjaga kantin, pemandu bas dan lain-lain individu yang ada akses dengan anak kita secara kerap.

9. Bahasa mudahnya adalah, pemangsa telah membina hubungan emosi dengan mangsa hingga membuatkan mereka percaya pencabulan itu benda main-main, menyeronokkan, jangan diberitahu sesiapa dan rahsia bersama. Ada juga yang diugut.

10. Please sedar hal ini mak ayah. Kita tak mahu anak kita menjadi mangsa sejak dari kecil.

Semoga Allah bantu kita bersama. Sebarkan tulisan ini. Tag pasangan anda untuk baca bersama. - 1 Mei 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/05/dan-kenapa-anda-tak-patut-biarkan-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Tarawih Sendirian Di Rumah Yang Ringkas Dan Mudah Untuk Ibu Ada Anak Kecil

Solat Tarawih Sendirian Di Rumah Yang Ringkas Dan Mudah Untuk Ibu Ada Anak Kecil

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 793 hits
Mak mak yang ada anak kecil atau yang tak berapa sihat dan tak dapat nak ke surau atau masjid bolehlah ikut cara solat tarawih yang mudah ni Tak semestinya ibu yang ada anak kecil tak boleh melakukan ibadah sunat ini sendirian di rumah Beri...
Selongkarlah Macam Mana Pun Lipatan Baju Tetap Kemas Mama Ada Anak Kecil Tak Perlu Pening Lagi

Selongkarlah Macam Mana Pun Lipatan Baju Tetap Kemas Mama Ada Anak Kecil Tak Perlu Pening Lagi

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 578 hits
Bila anak anak mula merangkak dan berjalan habislah satu rumah dikemasnya Kadang kadang penat si ibu nak melarang dan menyusun balik barang barang tersebut terutama sekali baju yang baru sahaja dilipat Puan melalui akaun facebooknya telah b...
Anak Kecil Berusia 3 Tahun Menjaga Adiknya Yang Masih Kecil Selama Berhari Hari Setelah Ibu Bapanya Mati Bunuh Diri

Anak Kecil Berusia 3 Tahun Menjaga Adiknya Yang Masih Kecil Selama Berhari Hari Setelah Ibu Bapanya Mati Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 481 hits
Pihak berkuasa memuji aksi hero anak kecil yang menyelamatkan nyawa adiknya yang masih bayi setelah ibu bapanya mati akibat pembunuhan dan bunuh diri pada awal bulan yang lalu David Kooros Parsa 46 dan Mihoko Koike 38 ditemui mati ditembak ...
Bawa Anak Kecil Solat Terawih Satu Didikan Yang Bagus Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Cara Bawa Anak Kecil Ke Masjid

Bawa Anak Kecil Solat Terawih Satu Didikan Yang Bagus Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Cara Bawa Anak Kecil Ke Masjid

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 685 hits
Angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar melalui instagramnya telah berkongsi tip membawa anak kecil solat terawih Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini pasti ibu bapa tidak ingin melepaskan peluang menunaikan solat terawih di masjid Baca Be...
Nampak Macam Kecil Lagi Anak 15 Bulan Sebenarnya Sudah Faham Untuk Behave

Nampak Macam Kecil Lagi Anak 15 Bulan Sebenarnya Sudah Faham Untuk Behave

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 405 hits
Jangan sangka anak yang masih kecil tidak faham apa yang anda katakan padanya Si kecil lebih mudah dididik sekiranya dilakukan sejak awal lagi BOLEH DIMULAKAN DARI USIA 6 BULAN Disiplinkan anak pada usia bayi adakah terlalu awal Jawapannya ...
Jangan Fikir Kotor Bila Anak Main Pasir Pantai Cara Ini Bagus Merangsang Sensori Si Kecil

Jangan Fikir Kotor Bila Anak Main Pasir Pantai Cara Ini Bagus Merangsang Sensori Si Kecil

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 536 hits
Perasan tak bila bawa ke pantai anak terus terkam nak main pasir Hinggakan sampai satu tahap ibu bapa bagi amaran jangan kotorkan tangan dan kaki Sebenarnya fitrah anak suka main pasir ini sangat bagus Ia boleh merangsang sensori pada diri ...
Maafkan Umi Tak Dapat Buat Terbaik Ustazah Norhafizah Kongsi Doa Diamalkan Masa Anak Kecil

Maafkan Umi Tak Dapat Buat Terbaik Ustazah Norhafizah Kongsi Doa Diamalkan Masa Anak Kecil

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 695 hits
Setiap ibu mesti mahu yang terbaik untuk anak anak Tapi tiada apa yang sempurna di dunia ini adakalanya tidak dapat menyediakan seperti yang dirancang ibu rasa akan kecewa Datuk Dr Norhafizah Musa berkongsi kerinduannya semasa anak anaknya ...
Salam Ramadan 2019 Dan Ketahui Cara Bertawarikh Buat Ibu Dengan Anak Kecil

Salam Ramadan 2019 Dan Ketahui Cara Bertawarikh Buat Ibu Dengan Anak Kecil

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 732 hits
Alhamdulillah syukur dan terima kasih Allah kerana kita masih bernafas untuk meneruskan ibadah puasa sekali lagi dan Ramadan 1440H yang ditunggu akhirnya tiba juga Semoga Ramadan tahun ini memberi kerahmatan pada kita dan meningkatkan Taqwa...
Demi Anak Hanif Hamzah Tidak Akan Keluarkan Kenyataan Sendirian Berikutan Isu Rumah Tangganya

Demi Anak Hanif Hamzah Tidak Akan Keluarkan Kenyataan Sendirian Berikutan Isu Rumah Tangganya

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 814 hits
Please follow and like us 0 Penyampai radio ERA Hanif Hamzah menyatakan tidak akan mengeluarkan kenyataan sendirian mengenai statusnya bersama isteri Wan Nor Katherina Namun begitu Hanif akui ahli keluarga dan rakan terdekat sudah mendapat ...
Pm Orders Nacsa National Security Council To Work With Mahb

The Damage Is Done Relocation Of 131 Year Old Hindu Temple Fuels Accusations Of Bullying Special Privileges

Finding The Right Divorce Attorney Near You

Ovios Redefines Outdoor Luxury Stylish Affordable And Innovatively Designed Furniture

Better To Close Macc Than Probe Based On Public Opinion Azam Tells Critics

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Raya Dulu Raya Sekarang

No 3 Month Celebration For Governor S Birthday Says Sabah Dcm

The Crucial Role Of An Immigration Lawyer In Achieving Your Immigration Goals


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Benarkah Surah Al Waqiah Membuka Pintu Rezeki

Lawatan Presiden Cina Kominis

Tapak Arkeologi Bukit Bunuh

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Business With Limited Resources

Cinta Untuk Sekali Lagi Raya