Dan Kami Terus Berbaring Di Atas Tanah Rakyat Malaysia Kongsi Saat Cemas Ketika Kejadian
CHRISTCHURCH – NEW ZEALAND. Seorang lagi mang sa warga Malaysia, Noor Hamzah, 54, yang terselamat berkongsi pengalaman bagaimana dia melarikan diri bagi menyelamatkan diri.
Memetik laporan The New Zealand Herald, Noor Hamzah berkata, ketika temba kan bermula, dia bersama beberapa orang jemaah lain berlari keluar daripada masjid dan bersembunyi di belakang kereta di tempat parkir.
Katanya, tembakan itu berlaku selama kira-kira 15 minit dan selepas pelaku meninggalkan lokasi, polis bersenjata tiba serta menyerbu bangunan itu.
“Saya lihat ma yat terbaring di pintu depan dan saya lihat di tingkap masjid terdapat timbunan may at.
“Kami berbaring di atas tanah. Terdapat dua lelaki cedera di kawasan saya. Selepas datangnya paramedik, kami dipimpin oleh pihak polis ke jalan di hadapan masjid,”
kongsi Noor Hamzah di laman sosial Facebook, miliknya.
Noor Hamzah datang ke New Zealand pada 1980-an sebelum menetap di sana pada 1998 mengakui terkejut dengan kejadian pembu nuhan beramai-ramai itu.
Mohd Noor bersama baju yang masih mempunyai kesan da rah
“Ini adalah malapetaka untuk New Zealand dan ini hari yang gelap. Saya tidak dapat membayangkan perkara seperti ini berlaku.
“Saya masih terkejut dan harap cukup kuat untuk mengharunginya,” katanya.
BERITA TERDAHULU
ANTARA RAKYAT MALAYSIA YANG TERCEDE RA DALAM KEJADIAN
PETALING JAYA, 15 MAC : Empat orang rakyat Malaysia menjadi mangsa serangan ke atas masjid di Christchurch, New Zealand hari ini, kata sumber.
Sumber di Wisma Putra berkata 4 orang itu adalah Tarmizi Shuid, Rahimi Ahmad, Mohd Nazril Omar dan Haziq Tarmizi.
FMT diberitahu Tarmizi, Rahimi dan Nazri tercedera dan berada di hospital manakala status Haziq, 17, belum diketahui.
Kali terakhir Haziq kelihatan adalah di masjid.
Media hari ini melaporkan, berlaku kejadian tembakan di 2 masjid di Christchurch sekitar jam 1.40 tengah hari tadi (waktu tempatan) mengorbankan sekurang-kurangnya 49 orang setakat ini, manakala seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dalam kejadian itu.
Susulan insiden itu, Polis New Zealand menahan 4 suspek iaitu 3 lelaki dan seorang wanita.
The post “Dan Kami Terus Berbaring Di Atas Tanah” – Rakyat Malaysia Kongsi Saat Cemas Ketika Kejadian appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/dan-kami-terus-berbaring-di-atas-tanah-rakyat-malaysia-kongsi-saat-cemas-ketika-kejadian/