Damailah Di Sana Ustaz Mustaffa


‘Damailah di sana Ustaz Mustaffa…’. ALLAHYARHAM kelihatan termenung ketika meninjau sekolah tahfiz diasaskannya, petang semalam,” kata Najmuddin Rabbani, 29, mengenai bapanya, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mustaffa Daharun, 60, yang meninggal dunia, hari ini.
Beliau berkata, arwah bapanya sempat melawat Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum (SRIIDU) Jempol termasuk projek pembinaan bangunan baharu sekolah itu yang terletak berhampiran rumah mereka pada 6 petang semalam.
“Selepas itu, arwah duduk di kerusi berhampiran pintu masuk pejabat sambil termenung.
“Saya tidak menyangka itu kali terakhir arwah melihat kawasan sekolah ditubuhkannya empat tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Jempol di Jempol.
Mustaffa meninggal dunia akibat masalah paru-paru ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jempol pada 8.12 pagi hari ini.
Terdahulu, Allahyarham mengadu sesak nafas selepas solat Subuh di rumahnya sebelum dihantar ke hospital berkenaan.
Kira-kira 1,000 orang termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad hadir memberi penghormatan terakhir ketika pengebumian jenazahnya di Tanah Perkuburan Islam Padang Lalang, Jempol.
Menceritakan mengenai peribadi bapanya, Najmuddin berkata, Allahyarham adalah seorang yang tegas, namun penyayang terutama dengan sembilan anaknya.
“Beliau mengajar kami mengaji al-Quran membolehkan kami khatam pada usia antara enam hingga tujuh tahun.
“Walaupun tegas, beliau selalu bergurau dan suka melayan kerenah anak,” katanya.
Allahyarham meninggalkan isteri, Bibah Tumin, 60 dan sembilan anak berusia 17 hingga 30 tahun selain enam cucu.
Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Darul Ulum, Mohd Fairuz Mohd Isa, berkata arwah antara yang mencadangkan supaya SRIIDU dibuka di Jempol.
“Kali terakhir kami bertemu ketika saya menghantar Allahyarham dan keluarganya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengerjakan umrah pada 5 Disember lalu,” katanya.
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sudah tiada
PESURUHJAYA PAS Negeri Sembilan, Mustaffa Daharun, 60, meninggal dunia akibat mengalami sesak nafas di Hospital Jempol, hari ini.
Anak keduanya, Najmuddin Rabbani, 29, ketika dihubungi NSTP, berkata bapanya disahkan meninggal dunia jam 8.12 pagi.
Katanya, bapanya mengadu sesak nafas selepas menunaikan solat Subuh di rumah mereka di Kuala Jempol, Jempol sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Pemeriksaan mendapati paru-paru bapa berair sebelum keadaan kesihatannya semakin buruk dan disahkan meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya, arwah bapanya pernah menjalani pembedahan jantung sebelum ini.
Katanya, jenazah dibawa pulang ke rumah mereka untuk dimandi dan dikafankan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lalang, Kampung Kuala Jempol.
Difahamkan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin parti dijangka akan menghadiri pengebumian Allahyarham yang akan dibuat selepas solat Zohor.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS negeri, Mohd Nasaruddin Baharuddin, menyifatkan pemergian arwah sebagai kehilangan besar.
“Arwah seorang individu yang berdedikasi, pemimpin yang baik dan begitu menyayangi Islam dan pelajar tahfiz,” katanya.
Sumber/Foto: Harian Metro
The post ‘Damailah di sana Ustaz Mustaffa…’ appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/damailah-di-sana-ustaz-mustaffa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Kazim Azhar Idrus Dan Samsul Debat Antara 10 Penceramah Dilarang Keluar Di Tv Dan Radio

Ustaz Kazim Azhar Idrus Dan Samsul Debat Antara 10 Penceramah Dilarang Keluar Di Tv Dan Radio

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 714 hits
Ustaz Kazim Azhar Idrus Dan Samsul Debat Antara 10 Penceramah Dilarang Keluar Di TV Dan Radio Pencetus Ummah Syed baru baru ini memuat naik satu gambar senarai yang menunjukkan beberapa nama agamawan yang tidak digalakkan untuk muncul di te...
Jangan Pandang Remeh Orang Lain Ustaz Khalid Basalamah

Jangan Pandang Remeh Orang Lain Ustaz Khalid Basalamah

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 464 hits
Jangan Pandang Remeh Orang Lain Ustaz Khalid Basalamah Ada beberapa wasiat yang disampaikan oleh Nabi shallallahu alaihi wa sallam pada Abu Jurayy Jabir bin Sulaim Wasiat yang pertama kita ulas adalah jangan sampai menghina dan meremehkan o...
Ustaz Radzi Meningg4l Dunia

Ustaz Radzi Meningg4l Dunia

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 426 hits
Ustaz Radzi meningg4l dunia Bekas penyanyi kumpulan rock Melissa Ustaz Radzi meninggal dunia ketika menjayakan persembahan di Panggung Anniversari Kuala Lumpur jam 10 30 malam tadi Ketika itu Ustaz Radzi atau nama sebenarnya Mohd Radzi Abdu...
Hukum Sambut Tahun Baru Ustaz Azhar Idrus

Hukum Sambut Tahun Baru Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 615 hits
Kita sudah pasti akan menanti detik tahun baru setiap tahun adakah kita tahu apa hukum sambut tahun baru ini Sama ada haram atau harus jom dengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus semoga manfaat kepada kita semua Insha Allah
Rezeki Buat Keluarga Makin Sempit Ustaz Ebit Lew Jelaskan Sebabnya Tolong Ambil Peduli

Rezeki Buat Keluarga Makin Sempit Ustaz Ebit Lew Jelaskan Sebabnya Tolong Ambil Peduli

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 628 hits
Rezeki Buat Keluarga Makin Sempit Ustaz Ebit Lew Jelaskan Sebabnya Tolong Ambil Peduli Ketua keluarga iaitu seorang suami tanggungjawabnya bukan kepada isteri dan anak anak tetapi ibu bapanya Jika suami merasakan rezeki makin menyempit iait...
Maaf Bukan Ustaz

Maaf Bukan Ustaz

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 513 hits
Maaf Bukan Ustaz Asalamualaikum Salam Sejahtera Cerita majlis perkahwinan anak buah sebenarnya belum selesai Ada lagi nak dikongsi bersama anda dengan ikhlas InshaAllah akan sambung cerita nanti suatu masa yang sesuai Kali ini Etuza hendak ...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Muat Turun Template Buku Program Hari Guru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang