Dalam Tak Sedar Kita Letak Bahan Perasan Ini Dalam Makanan Bayi Bahaya Untuk Kesihatan Anak


Bila anak dah masuk usia 6 bulan, mama lah orang yang paling teruju kerana si kecil mama sudah mula makan. Namun dalam keterujaan mama, jangan lupa ada beberapa perkara yang perlu dielakkan ketika memberi si kecil makan.
Ini antara senarai bahan perasan yang WAJIB dihindar dalam makanan bayi kerana deria rasa mereka sangat kuat:
Gula Garam Bahan perasa tiruan & bahan pengawet MSG
Garam
Keperluan garam untuk bayi kurang dari satu gram sehari. Dalam susu ibu atau formula sendiri sudah terkandung 0.4 gram sodium yang cukup untuk si kecil.
Selama enam bulan, bayi hanya terima satu rasa iaitu susu ibu. Disebabkan itu, menu sesedap mana pun akan menjadi ‘rasa’ baru baginya.
Jika terlalu banyak garam dalam tubuh bayi, ia akan menyebabkan ginjal jadi berat, sekaligus risiko hipertensi dan penyakit ginjal ketika dewasa.

Gula
Gula buatan yang melalui proses kimia seperti gula pasir atau gula-gula. Antara kesan pengambilan gula terhadap bayi bayi jadi cerewet bila memilih makanan atau erti kata lain, menjadi picky eater. Risiko penyakit darah tinggi, diabetes, penyakit jantung, obesiti, karies gigi pada masa akan datang.
Bahan perasa tiruan & bahan pengawet MSG
Pengunaan bahan perasa tiruan dan bahan pengawet MSG dikaitkan dengan risiko alahan, tingkah laku hiperaktif, serta yang paling membimbangkan: kanser.
Solusi Makanan Bayi Selamat
Namun tak semua ibu mempunyai masa untuk menyediakan sendiri makanan bayi. Menyahut cadangan ibu bapa dan mencari solusi kepada isu itu, OH MY BABYFOOD menjual pelbagai makanan bayi di bawah jenama bumiputera dan halal untuk makanan sedia makan (ready-to-eat) bagi memudahkan para ibu yang majoritinya bekerja serta sering mengembara.

Menawarkan lebih dari 1000 pilihan makanan bayi dari pelbagai jenama bumiputera dan import di bawah satu bumbung, Kedai bayi OH MY BABY mula beroperasi pada tahun 2015. Mula memfokuskan kepada ‘niche’ makanan bayi dan seterusnya bertukar kepada OH MY BABYFOOD sejak tahun 2019 setelah menerima keluhan ibu bapa yang sukar untuk mendapatkan makanan bayi dan tidak ada banyak pilihan di pasaran ketika itu.
Makanan bayi yang dijual memfokuskan untuk bayi yang baru mula makan bermula usia 6 bulan hingga kanak-kanak. Semuanya tanpa gula, tanpa garam & tanpa pengawet berbahaya sekaligus menyahut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kesihatan si manja dalam menempuh zaman endemik.

Dengan servis yang diberi jadi tidak hairanlah kenapa OH MY BABYFOOD di anugerahkan dengan anugerah Syurga Makanan Bayi Pilihan Pa&Ma bagi Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma 2022.

Antara makanan sejuk beku bayi seperti kuih muih tradisional terdiri daripada kuih keria keledek, karipap daging serta makanan jejari. Menu makanan barat pula antaranya seperti pancake, waffles, bebola daging dan banyak lagi.
Bubur dengan menu lauk yang sedap serta pelbagai semudah panaskan sahaja dan bancuh dengan air panas. Bubur bayi ‘koyak dan terus makan’ mengguna teknologi RETORT yang sangat mudah untuk dibawa mengembara. Mee, ramen, pasta, bihun juga dijual sebagai solusi untuk bayi yang mula bosan dengan nasi.

Bahan penambah rasa yang selamat untuk bayi turut dijual antaranya kicap, sos tomato, sos pasta, Serbuk perasa tanpa bahan pengawet MSG semudah tabur-tabur sahaja. Lauk-pauk dewasa versi sihat dan tidak pedas khas untuk bayi seperti masak lemak, asam pedas, kurma, kari, singgang dan banyak lagi.
Selain itu, kudapan untuk bayi juga ada dijual antaranya ais krim, pelbagai jenis kek, biskut, dan keropok sihat bayi yang selamat untuk perut bayi. Pelbagai lagi makanan bayi yang boleh melatih bayi untuk makan sendiri serta menikmati perjalanan pemakanan mereka.
OH MY BABYFOOD cuba mengambil risiko ketika itu untuk 100% memfokuskan kepada makanan bayi dan kanak-kanak memandangkan tiada lagi kedai seperti ini pada ketika itu. Dengan menjual pelbagai jenis makanan dan seiring industri makanan bayi yang semakin berkembang menjadikan kami pusat sehenti makanan bayi yang membuatkan para ibu rambang mata!

Gelaran “SYURGA MAKANAN BAYI ANDA” diberi oleh para ibu yang sangat teruja dengan kewujudan kedai makanan bayi yang pertama ini. Oh My Babyfood ditubuhkan untuk membantu ibu menyediakan makanan bayi yang lengkap nutrisi dan gizi seimbang kepada bayi, kanak-kanak dengan mudah serta cepat.
Selain itu, ia juga dapat menyelesaikan masalah anak yang ‘boring eater’ atau ‘picky eater’ dengan menawarkan variasi makanan sedap serta sihat.

Oh My Babyfood turut mempunyai pakar nutrisi (nutritionist) yang menjadi rujukan buat para ibu yang datang membeli. Oh My Babyfood juga dalam proses untuk mengambil lebih ramai pakar nutrisi bagi membantu para ibu membuat pilihan makanan terbaik buat si manja.
Oh My Babyfood berusaha untuk menjadi pusat sehenti makanan bayi yang lengkap dengan variasi makanan sihat & kelengkapan makanan bayi di seluruh Malaysia dengan konsultansi percuma pakar nutrisi (nutritionist/dietition) Oh My Babyfood bagi membantu isu pemakanan bayi & kanak-kanak
Untuk maklumat lanjut boleh terus ke website www.ohmybabyfoods.com atau sosial media: Facebook: Oh My Baby Foods Shah Alam, Instagram: ohmybaby_malaysia atau Whatsapp: 019 314 1379

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

The post Dalam Tak Sedar Kita Letak Bahan Perasan Ini Dalam Makanan Bayi, Bahaya Untuk Kesihatan Anak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dalam-tak-sedar-kita-letak-bahan-perasan-ini-dalam-makanan-bayi-bahaya-untuk-kesihatan-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Cheese Cake Versi Bayi Guna 3 Bahan 3 Langkah Mudah Sahaja

Resepi Cheese Cake Versi Bayi Guna 3 Bahan 3 Langkah Mudah Sahaja

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 299 hits
Bayi pun boleh makan kek tau Tapi kek bayi mestilah kek yang mesra bayi bebas garam dan gula Resepi cheese cake bayi sangat mudah disediakan hanya ikut langkah langkah penyediaan ini CHEESECAKE BABY ZUBAIR Bahan bahan 125g cream cheese 1 1 ...
Resepi Chicken Corn Finger Untuk Bayi Campur Kesemua Bahan Boleh Terus Goreng

Resepi Chicken Corn Finger Untuk Bayi Campur Kesemua Bahan Boleh Terus Goreng

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 184 hits
Selain makanan utama makanan jejari juga elok diberikan kepada bayi anda Makanan jejari boleh membantu bayi untuk makan sendiri dan bagus untuk perkembangan motor mereka Kalau mama papa terfikir nak sediakan makanan jejari untuk si manja ik...
Tak Perlu Perasa Tambahan Hanya Kisar Cendawan Untuk Tambah Rasa Makanan Anak Sedap

Tak Perlu Perasa Tambahan Hanya Kisar Cendawan Untuk Tambah Rasa Makanan Anak Sedap

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 148 hits
Tanpa kita tahu selain serbuk ayam ikan bilis dan juga Mirepoix cendawan juga salah satu sayur yang paling memberikan rasa Tidak hairanlah mengapa cendawan sentiasa menjadi penambah rasa dalam setiap makanan Usahakanlah tambahkan cendawan d...
5 Minit Lambat Mungkin Bayi Pergi Selamanya Mulanya Anak Batuk Selesema Rupanya Dijangkiti Virus Rsv

5 Minit Lambat Mungkin Bayi Pergi Selamanya Mulanya Anak Batuk Selesema Rupanya Dijangkiti Virus Rsv

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 152 hits
Siapa sangka pada mulanya bayi hanya mengalami masalah batuk dan selesema rupa rupanya dijangkiti virus respiratory syncytial RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru paru dan saluran pernafasan Ia sering kali berlaku kepada kanak k...
Cukup Enam Bulan Dah Boleh Makan Biar Anak Cuba Semua Makanan Jangan Pilih Pilih

Cukup Enam Bulan Dah Boleh Makan Biar Anak Cuba Semua Makanan Jangan Pilih Pilih

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 276 hits
Menanti anak berusia enam bulan sememangnya mendebarkan Mana tidaknya rasa teruja untuk menyuapkan makanan pejal bayi buat pertama kalinya membuatkan ibu rasa cemas bercampur teruja Ditambah rasa berdebar dengan penerimaan bayi menjadikan i...
Rugi Tak Jadikan Ikan Makanan Wajib Dalam Menu Anak Bagus Untuk Sel Otak Mereka

Rugi Tak Jadikan Ikan Makanan Wajib Dalam Menu Anak Bagus Untuk Sel Otak Mereka

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 130 hits
Ikan ialah salah satu makanan utama dalam hidangan harian kita Ikan mengandungi banyak nutrien yang membawa banyak manfaat kepada kesihatan manusia Hampir setiap individu sedar akan khasiat ikan kepada kesihatan tubuh Walau bagaimanapun han...
Game Online Pembelajaran Percuma Untuk Anak Anak

Game Online Pembelajaran Percuma Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 236 hits
Game online pembelajaran percuma untuk anak anak Sebagai mak ayah ni memang selalu terfikir nak bagi pembelajaran yang bagus untuk anak anak Peranan kita ni penting nak mencorakkan diorang Nak pula cara pembelajaran zaman sekarang memang be...
Hiburan Berderai Air Mata Dipuji Ibu Jadi Anak Sulung Yang Baik Reaksi Kanak Kanak Ini Bikin Ramai Sebak

Hiburan Berderai Air Mata Dipuji Ibu Jadi Anak Sulung Yang Baik Reaksi Kanak Kanak Ini Bikin Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 282 hits
Satu rakaman video menjadi tular di media sosial TikTok apabila seorang wanita bergelar ibu dilihat merakam reaksi anak perempuan sulungnya yang dipuji telah menjadi permata hati yang baik dan penyabar Difahamkan si ibu itu telah meminta ka...
Anak Bakal Masuk Tadika Ini Tip Boleh Bantu Mama Papa Buat Pilihan Terbaik

Anak Bakal Masuk Tadika Ini Tip Boleh Bantu Mama Papa Buat Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 227 hits
Setiap tahun kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak antara usia empat hingga enam tahun akan mula sibuk membuat pilihan tadika terbaik untuk anak masing masing Pelbagai kriteria mula difikirkan terutama membabitkan yuran pendaftaran yuran ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi