Dalam Perniagaan Anda Perlu Buat Sasaran Supaya Lebih Mudah Bergerak




Ada sekali tu saya bersembang dengan seorang anak muda yang mengusahakan khidmat reka dan buat web. Dia berhenti dari kerja makan gaji untuk memulakan perniagaannya sendiri. 
Dalam berborak tentang perniagaan yang sedang diusahakannya itu, saya tanya berapa banyak pelanggan yang dia sasarkan.
Jawapan spontan yang dia berikan adalah, 'seramai mungkin'.
Itu jawapan biasa yang akan diberikan oleh mereka yang baru terjun ke dunia perniagaan. Semua peniaga mahu meletakkan sasaran sebegitu. Lebih mudah dan tak perlu buat apa-apa kiraan. Dalam erti kata lain, siapa saja yang sudi jadi pelanggan, dia berbesar hati untuk menerimanya. Satu sikap yang merendah diri dan bersopan santun.
Namun begitu, jawapan itu adalah sangat terbuka dan mengundang solusi yang juga sangat terbuka. 
Bayangkan yang anda baru sampai di Kuala Lumpur buat pertama kali, naik keretapi dari Perlis dan turun di KL Sentral. Tak tau nak pergi mana lalu tanya seseorang yang anda jumpa di situ, 'mana tempat yang best untuk dilawati?'.
Maka jawapan yang anda dapat sudah tentu ikut selera orang yang anda tanya. Mana saja boleh, pergi lah ke manapun anda tak kisah. Atau anda boleh terus jalan kaki ikut suka hati nak melangkah, pun boleh juga sebab anda memang tak ada arah nak dituju.
Tapi jika anda tahu ke tempat yang lebih spesifik seperti bangunan TRX, lebih mudah untuk sampai. Bah kan mudah juga untuk bertanya kepada siapa yang tahu nak ke situ.
Dalam perniagaan sama juga. Anda perlu letakkan sasaran supaya lebih mudah untuk cari jalan dan merancang. Letakkan sasaran dalam bentuk jumlah yang boleh dikira, ia membantu otak untuk berfikir dengan lebih sistematik bagi mencapai apa yang anda sasarkan.
Berbalik kepada soalan yang saya tanya anak muda di atas tadi. Jika dia sasarkan jumlah pelanggan seramai 100 orang dalam tempoh setahun. Dengan jumlah sasaran pendapatan lebih kurang RM1,500 setiap satu, jika di darab dengan 100, ia bersamaan dengan RM150,000 setahun. Itu satu jumlah yang agak mencukupi bagi seorang usahawan yang bekerja one-man-show.
Membayangkan pendapatan tersebut membuatkan anda merasa yakin dan mahu berusaha bagi mencapainya. Dan soalan kedua yang perlu dijawab adalah berapa ramai orang yang telah tahu bahawa anda menawarkan khidmat buat web. Adalah mustahil sama sekali anda boleh dapat walaupun seorang seandainya tiada siapa yang tahu khidmat yang anda tawarkan.
Siapa pelanggan andaSatu lagi soalan yang penting untuk ditanya adalah siapa yang perlukan khidmat buat web. Anda perlu jawab soalan itu dan buat senarai mereka yang berpotensi jadi pelanggan. Itu semua adalah perkara asas yang masuk dalam bab pemasaran. Ia bagi memudahkan untuk anda bergerak mula buat kerja.
Jika anda tak ada idea siapa dan di mana pelanggan anda berada, mula bergerak dengan berjumpa siapa saja terlebih dahulu untuk dapatkan gambaran. Adalah lebih baik mulakan usaha agar orang tahu bisnes anda daripada duduk saja dan tunggu orang datang.
Itu juga konsep mudah dalam bisnes yang anda perlu pegang. Buatlah apa saja, asalkan anda bergerak buat sesuatu. Dari situ anda boleh perbaiki sedikit demi sedikit sampai dapat apa yang disasarkan.
Bagi anda yang mula berniaga tapi masih blur tak tahu nak buat apa. Boleh buat apa yang saya senaraikan di bawah ini. Bukan saja untuk yang berniaga, jika anda masuk bidang sales pun boleh pakai cara yang sama.
Mulakan usaha beritahu pada semua kawan-kawan anda dengan.
Senaraikan semua kawan-kawan yang anda kenal samada rapat atau tidak rapat.Mula berhubung dengan mereka yang anda rapat dan terangkan dengan ringkas dan padat pada mereka apa yang anda buat. Cara terbaik adalah dengan berjumpa dan merapatkan perhubungan dengan mereka sambil minum teh tarik.Habiskan semua senarai tersebut dan mulakan pula dengan kawan-kawan yang tidak berapa akrab. Buat perkara yang sama sehingga habis semua senarai itu.Senaraikan pula semua saudara mara yang anda kenal dan lakukan perkara yang sama.Dapatkan pula senarai kawan-kawan kepada kawan anda yang rapat dan perkenalkan perkhidmatan anda.Dan begitulah seterusnya sehingga habis semua lingkungan kawan, saudara, kawan kepada saudara, kawan kepada kawan dan lain-lain. Itu semua akan membuatkan anda banyak kerja yang perlu dilakukan sehingga 6 bulan.Dengan berbuat begitu berkemungkinan anda sudah berjaya memberitahu kepada 500 orang apa yang anda sedang tawarkan. Proses tersebut membuatkan sasaran anda untuk mencapai 100 pelanggan nampak lebih realistik.
Bagaimana pula jika anda sudah lama jalankan perniagaan dan telah mempunyai ramai pelanggan?

Soalan yang sama perlu dijawab, ‘berapa ramai orang yang tahu apa yang anda tawarkan?’.Mulakan dengan menyenaraikan semua pelanggan anda.Buat surat penghargaan pada semua pelanggan yang ada. Hargai mereka dengan memberikan sedikit ganjaran atau cenderamata.Tawarkan kepada mereka diskaun yang berpatutan jika mereka memperkenalkan syarikat anda pada kawan-kawan mereka. Pujukan daripada pelanggan anda pada kawan-kawannya untuk menggunakan khidmat syarikat anda adalah jauh lebih berkesan.Jika jumlah pelanggan anda telah mencapai 1,000 orang, aktiviti ini yang cukup berkesan mampu menambahkan sekurang-kurangnya 200 ke 300 lagi pelanggan baru!Jika anda ada modal lebih sikit, cuba fikirkan iklan melalui bunting, atau flier. Letakkan di kawasan yang anda sasarkan.Jika anda modal lagi fikirkan juga untuk melakukan e-mail blasting atau iklan pada akhbar, tv atau radio. Itu semua bergantung pada budget yang anda ada.Dalam dunia komunikasi internet yang mencipta ramai komuniti dalam dunia cyber melalui media sosial sekaran, adalah satu kerugian jika anda tidak menggunakan peluang murah dan mudah ini untuk memberitahu seramai mungkin pada orang lain apa yang anda tawarkan.Fikirkan untuk membuat blog perniagaan anda dan berikan maklumat yang menarik pada pembaca. Blog perniagaan cukup berkesan dalam memasarkan perniagaan.Jika anda ada modal lebih, gunakan juga khidmat adsense atau program affiliate yang bersepah di dunia maya.Ada banyak lagi perkara yang boleh difikirkan untuk anda mula buat sesuatu. Yang pentingnya, ia menjawab siapa lagi yang kenapa dan tahu perniagaan yang anda jalankan sekarang.
Dalam perniagaan, anda perlu buat sasaran untuk mula bergerak. Biarlah sasaran pada awalnya salah sekalipun sebab anda akan sedar kesalahan itu apabila dah mula bergerak. Bila dah sedar sasaran salah, ubah saja kepada sasaran baru dan bergerak lagi .. begitulah seterusnya sampai dapat apa yang anda mahukan.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/10/berapa-orang-tahu-apa-yang-anda-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Standing Onder Dok Jaja Minyak Murah Zaman Pkp Jom Baca Supaya Mudah Faham

Standing Onder Dok Jaja Minyak Murah Zaman Pkp Jom Baca Supaya Mudah Faham

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 117 hits
MMMS MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF Saya sengaja tunggu hansard nak tengok apa sebenarnya yang dia cakap Dia cakap ramai yang menanti harga minyak Ron95 tanpa subsidi serendah RM1 35 macam zaman Din PDF jadi Perdana Menteri Baca tang tanpa subsid...
Tips Memasak Sayur Supaya Lebih Sedap Dan Berkhasiat

Tips Memasak Sayur Supaya Lebih Sedap Dan Berkhasiat

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 142 hits
Memasak sayur adalah cara yang mudah untuk menambah vitamin dan mineral dalam diet harian kita Namun teknik memasak yang kurang tepat boleh mengurangkan nutrien dalam sayur sayuran Tips Memasak SayurDikongsikan beberapa tips memasak sayur y...
Ujian Terbaru 6g Menunjukkan Keupayaan Memuat Turun Lebih 20 Filem Sesaat

Ujian Terbaru 6g Menunjukkan Keupayaan Memuat Turun Lebih 20 Filem Sesaat

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 156 hits
Sekumpulan penyelidik di University College London telah berjaya menghantar data secara tanpa wayar pada kelajuan 938 gigabit sesaat sekali gus melebihi kelajuan purata sambungan telefon 5G semasa sebanyak lebih 9000 kali ganda Kelajuan ini...
Tahun Depan Kos Hidup Dijangka Lebih Tinggi Pakar Ekonomi

Tahun Depan Kos Hidup Dijangka Lebih Tinggi Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 213 hits
Peningkatan harga barang dan perkhidmatan dijangka akan memberi kesan kepada ramai tahun depan terutamanya selepas beberapa perkara yang disebut dalam Belanjawan 2025 Antaranya peluasan skop SST dan kenaikan gaji minimum ke RM1 700 sebulan ...
Senarai 6 Pasangan Peserta Famili Duo Musim 4 Berduo Lebih Baik

Senarai 6 Pasangan Peserta Famili Duo Musim 4 Berduo Lebih Baik

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 233 hits
Program realiti berkonsepkan nyanyian kekeluargaan atau pertalian darah Famili Duo terbitan TV3 telah menjadi satu fenomena yang tidak dapat dipisahkan daripada kalangan peminat seni suara di Malaysia Famili Duo terus mengukir nama dalam ar...
Tips Mudah Menentukan Tanggal Liburan Dan Deadline Tanpa Pusing

Tips Mudah Menentukan Tanggal Liburan Dan Deadline Tanpa Pusing

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 130 hits
Merencanakan liburan dan menetapkan deadline pekerjaan sering kali membutuhkan perhitungan yang cermat agar semuanya berjalan lancar tanpa hambatan Bahkan meski segalanya sudah well planned tapi tetap saja ada hal hal tak terduga yang terja...
Difitnah Sudah Bernikah Dengan Zul Ariffin Ruhainies Harap Netizen Jangan Mudah Digula Gulakan Saya Tahu Korang Bijak

Difitnah Sudah Bernikah Dengan Zul Ariffin Ruhainies Harap Netizen Jangan Mudah Digula Gulakan Saya Tahu Korang Bijak

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 102 hits
Jika sebelum ini tular dakwaan palsu dia bakal bernikah dengan Aliff Aziz kali ini pelakon Ruhainies didakwa sudah berkahwin dengan aktor Zul Ariffin Menerusi Instagram story Ruhainies memaparkan tangkap layar status dimuat naik oleh sebuah...
Azizulhasni Kongsi Momen Daddy Daughter Trip Akui Tak Mudah Besarkan Anak Perempuan Janji Anak Gembira

Azizulhasni Kongsi Momen Daddy Daughter Trip Akui Tak Mudah Besarkan Anak Perempuan Janji Anak Gembira

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 101 hits
Selepas The Pocket Rocketman ini mengumumkan persaraannya daripada pelumbaan berbasikal trek beliau kini dilihat banyak menghabiskan masa bersama keluarga tercinta Terbaru bapa penyayang ini sempat bercuti bersama dua anak perempuannya Amna...
Cara Mudah Kurangkan Parut

Cara Mudah Kurangkan Parut

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 161 hits
Parut pada kulit memang boleh buat kita rasa kurang yakin lagi lagi kalau jelas kelihatan di kawasan muka atau tangan Ada pelbagai sebab parut muncul dari jerawat luka kecil hinggalah kepada pembedahan Tapi tak perlu risau Dengan beberapa c...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta