Dalam Pantang Jenis Makanan Ini Cepat Pulihkan Ibu Tak Semestinya Ambil Pakej Mahal


Apa yang anda makan semasa tempoh berpantang akan mencerminkan kesihatan anda kemudian hari. Oleh itu, anda perlu mengetahui amalan pemakanan yang betul semasa menjalani tempoh berpantang.
Melalui perkongsian dari Kak Engku Bidan Bersalin, pemakanan antara aspek yang amat penting dalam rawatan semasa pantang bersalin. Keperluan ini perlu diutamakan kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon dalam badan anda. Jika tidak dikawal dan dijaga pemakanan dalam tempoh berpantang, anda akan mengalami pelbagai masalah kesihatan yang akan mengganggu penyembuhan dalaman dan luaran anda.
Lazimnya pada awal minggu pertama, digalakkan makan makanan yang kering untuk tujuan mengecutkan rahim. Pastikan waktu makan anda tepat untuk mengelak perut masuk angin. Jika anda mengambil nasi, makan semasa nasi masih panas dan ambil dalam kadar yang sederhana.
Jangan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak dalam satu masa. Jika masih lapar, anda boleh makan secara kerap. Untuk minum petang pula, anda boleh makan biskut tinggi serat (elakkan mengambil roti kerana kandungan yis yang tidak elok untuk proses pengecutan rahim).
Apabila memasuki minggu kedua dan seterusnya, anda sudah boleh mulai makan makanan yang berkuah seperti sup ikan, sup sayur dan buah-buahan supaya anda mendapat khasiat yang seimbang dalam pemakanan anda.
Semasa dalam pantang juga makanan yang dilarang makanan adalah bersifat sejuk, berangin, gatal dan berbisa. Minuman berais tidak dibenarkan. Ini adalah antara amalan pantang larang yang mesti dilakukan semasa berpantang untuk menyembuhkan dan menyegarkan kembali badan selepas menjalani proses bersalin.
Elakkan Makanan Berlemak
Semasa berpantang kuantiti dan kualiti makanan yang diambil akan memberi impak besar terhadap berat badan dan kesihatan anda. Jadi, anda dilarang untuk mengambil makanan yang boleh menggemukkan sewaktu berpantang. Anda disyorkan mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan ulam-ulaman di samping masakan yang menggunakan pelbagai jenis rempah ratus yang terbukti dapat memulihkan kesihatan dan mengurangkan masalah berat badan yang anda alami ketika ini.
Melancarkan Proses Penghadaman
Halia dipercayai memiliki sifat panas dan kering. Sekiranya anda kerap mengambil makanan yang mengandungi banyak halia sepanjang berpantang, anda sebenarnya telah membantu diri untuk memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman.
Atasi Masalah Kemurungan
Salah satu jenis ulam-ulaman yang terkenal di kalangan ibu berpantang ialah daun pegaga. Daun ini disifatkan sebagai tonik saraf kerana fungsinya yang membantu merehatkan dan menambahkan ingatan. Antara kelabihan lain yang ada pada daun pegaga ialah ia dapat mengatasi kemurungan yang mungkin timbul disebabkan oleh masalah fizikal selepas bersalin.
Pembuang Angin
Bagi masyarakat india, sayur sawi menjadi keutamaan bagi wanita india yang berpantang. Ini kerana pengambilan sayur sawi bertujuan untuk membuang angin. Sebaik-baiknya sayur ini dicelur terlebih dahulu dan dimakan bersama nasi panas.
Penambah Pengeluaran Susu
Pengambilan peria, pegaga, lobak putih dan cekur manis oleh ibu berpantang dapat mengatasi masalah kesukaran membuang air besar dan menambah penghasilan susu ibu. Sekiranya kerap diamalkan ia dapat membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
Kecantikan Wajah
Dalam usaha mengekalkan kesegaran tubuh, makanlah ikan haruan dan tenggiri sebagai makanan tambahan (boleh dibuat sup). Selain dapat melicinkan dan menegangkan kulit tubuh, ia membantu menyembuhkan luka dalaman dan luaran tubuh. Ia terjadi hasil daripada kandungan asid amino dan lemak yang ada pada kedua-dua jenis ikan ini. Apa yang lebih menarik ialah daging ikan-ikan ini yang bebas kolesterol akan membuatkan wajah kelihatan lebih berseri.
Lawas Buang Air Besar
Dengan mencampurkan perahan air asam jawa ke dalam sebarang jenis hidangan ibu berpantang, ia dapat memudahkan anda untuk membuang air besar selain daripada menyegarkan tubuh anda.
Hindari Kembung
Seelok-eloknya setiap hidangan dimakan bersama nasi putih yang baru sahaja dimasak. Tujuannya ialah untuk memastikan khasiat dan kesegarannya berkekalan. Oleh itu, elakkan daripada memakan nasi sejuk kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kembung perut.
Minuman Penambah Tenaga
Bagi mengembalikan semula tenaga tubuh, anda digalakkan untuk minum air rebusan serai (dititik), halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Dengan meminum air rebusan ini setiap pagi dan malam, badan anda akan kembali menjadi ringan dan tambah bertenaga.
Caesarean : Kurangkan Lada Hitam
Tujuan utama penggunaan lada hitam dalam penyediaan masakan ibu berpantang ialah untuk memanaskan badan. Namun yang demikian, bagi ibu berpantang yang melahirkan anak secara ceaserean, anda kurang digalakkan untuk mengambil lada hitam dalam kuantiti yang banyak.
Anti Oksidan
Terdapat pelbagai jenis ulaman berkhasiat yang sesuai dimakan semasa berpantang antaranya daun pegaga, cekur, pucuk mengkudu, ulam raja, kunyit hidup, daum kesum seta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan untuk menyegarkan dan membuang toksin dalam badan.
Pengambilan Cecair
Wanita selepas bersalin tidak dibenarkan mengambil air dalam jumlah yang banyak bagi mengelakkan perut menjadi buncit, peranakan kembang, melambatkan pengecutan rahim, faraj mudah longgar serta berair terutama jika minum air sejuk atau air batu. Pengambilan air dibenarkan secara kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit dalam satu masa. Air penting untuk proses penyembuhan dan mengalakkan pengeluaran susu ibu.
Pemakanan Ikan
Makan ikan segar dan tidak gatal seperti haruan dan ikan sardin yang segar (bukan dalam tin). Ikan haruan juga dipercayai dapat memulihkan luka luaran dan dalaman (bersalin caesarean). Elakkan juga ikan berbisa dan gatal seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam, terubuk dan parang. Kesannya menyebabkan kegatalan, timbulnya reaksi alahan dan boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Pengambilan Sayuran Dan Buahan
Setiap buah-buahan pula, ia mempunyai khasiat tersendiri antaranya buah oren yang mengandungi banyak vitamin C yang membantu pemyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan air besar. Manakala elakkan makan sayuran menjalar, sejuk dan berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, bayam, kacang panjang, petola, petai, jering dan terung.
Minuman seperti tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, nangka, cempedak dan pisang nangka, antara minuman jenis yang sejuk dan tajam. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.
Kecutkan Rahim
Kunyit yang sering diminum sebagai jamu terutamanya oleh ibu yang berpantang berupaya mengecutkan rahim dan mencuci darah. Selain itu, jika kunyit dimakan bersama nasi selama 40 hari, anda mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman.
Sumber: Kak Engku Bidan Bersalin
The post Dalam Pantang Jenis Makanan Ini Cepat Pulihkan Ibu. Tak Semestinya Ambil Pakej Mahal appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dalam-pantang-jenis-makanan-ini-cepat-pulihkan-ibu-tak-semestinya-ambil-pakej-mahal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Betul Berpantang Susah Sakit Urat Sendi Habis Pantang Cepat Rasa Segar

Ibu Betul Berpantang Susah Sakit Urat Sendi Habis Pantang Cepat Rasa Segar

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 581 hits
Semasa dalam pantang ibu bersalin memang kena betul betul berpantang makan Ibu yang menjaga makanan ketika berpantang mempunyai stamina dan antibodi yang kuat untuk melakukan aktiviti harian seperti menguruskan rumahtangga dan anak anak ser...
Tips Makanan Untuk Bayi Yang Perlu Diketahui Oleh Para Ibu Bapa Mudah Sahaja

Tips Makanan Untuk Bayi Yang Perlu Diketahui Oleh Para Ibu Bapa Mudah Sahaja

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 756 hits
Apabila anak berusia 6 bulan dan ke atas ibu pasti sudah mulai sibuk dan mungkin sedikit bingung berapa kali nak bagi makan dan banyak mana nak bagi makan Ibu sebenarnya tidak perlu gusar atau bingung kerana its simple And when its simple t...
Ibu Sembelit Buat Ekzema Anak Makin Teruk Cepat Cepat Atasinya

Ibu Sembelit Buat Ekzema Anak Makin Teruk Cepat Cepat Atasinya

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 395 hits
Anak yang mempunyai masalah ekzema memang perlukan penjagaan yang rapi dari semua sudut Mama yang menyusu lebih perlu berhati hati dalam semua perkara Sembelit misalnya menjadi penyebab ekzema anak makin teruk Bagaimana Menurut masalah toks...
Kajian Anak Autism Berpunca Ibu Mengandung Makan Makanan Berikut

Kajian Anak Autism Berpunca Ibu Mengandung Makan Makanan Berikut

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 713 hits
Menurut Laporan Kesihatan Mental Kanak Kanak Remaja Negara Malaysia sebanyak 2 juta kanak kanak berusia 5 hingga 18 tahun mengalami masalah kesihatan mental seperti kecacatan perkembangan gangguan emosi dan tingkah laku Daripada jumlah itu ...
Kebakaran 10 Rumah Jenis Separuh Kekal Rumah Rapat Sebabkan Api Cepat Marak

Kebakaran 10 Rumah Jenis Separuh Kekal Rumah Rapat Sebabkan Api Cepat Marak

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 315 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Gigi Susu Cepat Rosak Beri Kesan Untuk Anak Bercakap Dan Kunyah Makanan

Gigi Susu Cepat Rosak Beri Kesan Untuk Anak Bercakap Dan Kunyah Makanan

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 415 hits
Penjagaan gigi susu tidak boleh dipandang ringan dan perlu dititikberatkan oleh ibu bapa dan anak itu sendiri Ia adalah asas kepada kesihatan mulut dan gigi kekal sebaik kanak kanak menginjak ke usia remaja dan memasuki alam dewasa Sekirany...
Kalau Susu Ibu Rosak Boleh Buat Menangis Seharian Punyalah Sedih

Kalau Susu Ibu Rosak Boleh Buat Menangis Seharian Punyalah Sedih

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 465 hits
Terdapat aturan dalam mengendalikan susu perahan bermula dari diperah untuk disimpan dan kemudian dicairkan apabila hendak digunakan Ada tempoh tertentu susu tersebut boleh digunakan Aturan ini bertujuan supaya bayi mendapat khasiat susu ib...
Guru Mangsa Ibu Bapa Haprak Baru Baru Ini Tular Di Media Sosial Video Seor

Guru Mangsa Ibu Bapa Haprak Baru Baru Ini Tular Di Media Sosial Video Seor

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 395 hits
Guru mangsa ibu bapa haprak Baru baru ini tular di media sosial video seorang guru di serang dan diheret oleh dua lelaki Kejadian yang berlaku di Bachok Kelantan itu berpunca kerana salah faham apabila isterinya memaklumkan dia diserang ole...
Rasa Percaya Diri Jadi Modal Berharga Bagi Ibu Menyusui Untuk Memberikan Asi

Rasa Percaya Diri Jadi Modal Berharga Bagi Ibu Menyusui Untuk Memberikan Asi

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 204 hits
Pentingnya menyusui bayi ini terutama berupa pemberian ASI eksklusif selama 6 bulan pertama Oleh karena itu terus didengungkan oleh berbagai pihak mengenai manfaat dari menyusui ini
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru