Dalam Keluarga Saya 300 Orang Ditahan Di Kem Itu Hassan


Pada satu petang musim sejuk, Mohammad Hassan Abdul Hameed, 34, berjalan menuju ke restorannya melalui kedai menjual kain sutera di Pasar China dekat sini.

Seperti kebanyakan yang lain, Mohammad Hassan merupakan etnik Uighur yang berasal dari wilayah Xinjiang di China.

Bapanya tiba ke sini sejak 50 tahun lalu dan bekerja di sebuah rumah tumpangan untuk jemaah Uighur yang ingin menunaikan ibadah haji di Mekah.

Kini, rumah tumpangan tersebut terbiar tanpa penyeliaan dan terletak tidak jauh dari restoran Mohammad Hassan.

Menurut komuniti Uighur di bandar ini, rumah tumpangan ter­sebut ditutup atas desakan China pada 2006.

Portal berita al-Jazeera mela­porkan, etnik minoriti tersebut dilaporkan mula berhijrah ke Pakistan sejak akhir abad ke-19 untuk bekerja sebagai pedagang selain melarikan diri daripada keganasan Komunis China.

Hari ini, penindasan kerajaan China terhadap Uighur menghiasi akhbar dunia ke­rana dianggarkan tiga juta etnik itu ditahan dalam ‘kem pendidikan’ yang bertujuan ‘menulis semula amalan Islam dengan budaya China’.


2,000 ETNIK UIGHUR DI PAKISTAN

Di Pakistan, terdapat kira-kira 2,000 etnik Uighur dan mereka hidup dengan cara yang tidak terlalu menonjol dalam tempoh berabad sehinggakan hanya segelintir penduduk menyedari kehadiran etnik tersebut di sini.

Kerajaan China juga dilapor tidak ‘menyedari’ kehadiran ko­muniti Uighur di negara ini, na­mun sudah mula menekan Pakistan supaya ‘berdiam diri’ berhubung tindakan mereka terhadap etnik berkenaan.

“Mereka (China) mahu ‘melenyapkan’ Uighur. Di sini, kami tidak boleh berbuat apa-apa ke­rana China berada di atas kami,” dakwa Mohammad Hassan.
Keadaan itu menjadi lebih rumit apabila Pakistan didakwa terhutang budi dengan China kerana membantu negara ini keluar dari­pada krisis ekonomi menerusi pelaburan Koridor Ekonomi China-Pakistan bernilai AS$62 bilion (RM254 bilion).

Projek tersebut meng­hu­bungkan Kashgar di Xin­jiang ke kawasan selatan pe­labuhan Gwadar, Pakistan, se­lain China berjanji untuk menyalurkan bantuan dana ke negara ini.

Walaupun Pakistan sering me­nonjolkan penderitaan minoriti Islam di seluruh dunia, ketika datang kepada mereka masalah Uighur, Islamabad kini didakwa bersikap sebaliknya.

Uighur di Pakistan tahu apa yang berlaku di China dan ramai yang masih mempunyai ahli keluarga di Xinjiang. Kebanyakannya terputus hubungan selama dua tahun yang lalu kerana ditahan di dalam kem.

“Dalam keluarga saya, 300 orang ditahan di kem itu. Malah abang saya ada di dalam,” kata Mohammad Hassan.

CERITA SI PEDAGANG SUTERA

Abdul Latif, seorang pedagang sutera, juga mempunyai ahli keluarga di Xinjiang.

“Tiada lagi berita daripada mereka. Kami tidak dapat meng­hubungi mereka. Jika mereka dapat panggilan telefon, walaupun tidak menjawabnya, selepas beberapa jam, polis akan menyoal siasat dan tanya siapa yang menghubungi, apa hubu­ngan, berapa lama sudah me­ngenali, dan dengan alasan-alasan ini, mereka ditahan,” katanya.

Rakannya, Abdul Raheem pula berkata, jika ada etnik Uighur meninggal dunia di sana, tiada siapa yang akan me­la­kukan solat jenazah kerana ‘ketakutan’.

“Ini adalah ketidakadilan yang sangat memalukan,” tegasnya.


KEBIMBANGAN CHINA

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Program Asia di Pusat Wilson, Michael Kugelman memberitahu bahawa komuniti Uighur di Pakistan tetap menjadi kebimbangan buat China biarpun jumlahnya sedikit.

Hal demikian kerana, China ti­dak mahu penduduk Uighur di negara ini yang mempunyai lebih banyak kebebasan bersuara ‘memburukkan’ mereka di mata dunia memandangkan isu berkaitan etnik tersebut sudah mendapat perhatian global.

“Pakistan merupakan sahabat paling rapat China dan hubu­ngan kedua-dua negara itu boleh diibaratkan seperti lebih tinggi dari langit dan lebih dalam daripada lautan,” katanya.

PAKISTAN TERIMA TEKANAN?

Sementara itu, seorang lagi penduduk Uighur di Rawalpindi yang dikenali sebagai Abdul Reh­man mendakwa kerajaan Pakistan menerima tekanan daripada Beijing dan menyebabkannya diberi amaran supaya tidak bercakap tentang Uighur.

Pengasas Yayasan Umer Uighur, Mohammad Umer Khan pula menyatakan masalah antara Pakistan dengan penduduk etnik tersebut semakin meningkat dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Jelasnya, tekanan yang dilakukan China menyebabkan Pakistan seperti tidak mahu ‘membela’ nasib Uighur sama seperti mereka menuntut keadilan untuk penduduk Rohingya, Palestin dan Syria yang ditindas.

Tambah beliau, keadaan itu menyebabkan etnik Uighur semakin hilang harapan terhadap negara-negara Islam.



© Utusan Melayu (M) Bhd



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/01/dalam-keluarga-saya-300-orang-ditahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalaulah Ramli Menang Kalaulah Lepas Itu Dia Masuk Ph

Kalaulah Ramli Menang Kalaulah Lepas Itu Dia Masuk Ph

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 265 hits
Diterbitkan Hari ini 9 00 pagi Pakatan Harapan masih mampu merampas Cameron Highlands jika calon BN Ramli Mohd Nor menyertai PH selepas kemenangan kata sumber BN yang sedang berkempen di kawasan parlimen itu Sumber yang memegang jawatan ter...
Jumlah Aset Yang Ds Najib Tinggalkan Dalam Kwsp Mengatasi Jumlah Hutang Kerajaan Itu Baru Kwsp

Jumlah Aset Yang Ds Najib Tinggalkan Dalam Kwsp Mengatasi Jumlah Hutang Kerajaan Itu Baru Kwsp

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 698 hits
Jumlah aset yang dikumpul KWSP adalah antara satu petunjuk terbaik terhadap kekayaan rakyat Negara yang ditadbir dengan baik adil dan mementingkan rakyat akan menghasilkan situasi di mana kekayaan rakyat akan meningkat dengan lebih cepat be...
Adun Dap Saman Malu Petani Muda Itu Pun Nak Saman Ke

Adun Dap Saman Malu Petani Muda Itu Pun Nak Saman Ke

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 330 hits
ADUN DAP Sungkai Datuk A Sivanesan yang juga merupakan EXCO negeri Perak telah memfailkan saman malu terhadap pengundinya Bulan Ogos lepas seorang petani bangsa Cina berumur 23 tahun bersama 30 orang petani dari Kampung Baru Kuala Bikam Bid...
Jejari Ketam Crab Stick Yang Merah Putih Itu Rupanya Bukan Di Perbuat Dari Ketam Hah

Jejari Ketam Crab Stick Yang Merah Putih Itu Rupanya Bukan Di Perbuat Dari Ketam Hah

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 985 hits
Baru baru ini aku baru dapat tahu yang selama ini jejari ketam crab stick yang merah putih banyak di jual di pasaraya itu rupanya bukan hasil dari ketam Ternganga aku apabila dapat informasi ini di internet Dari mana datangnya isi jejari ke...
Aprena Manrose Kongsi Foto Bersama Bapa Iwan Dangdut Ini Respond Balas Aliff Syukri Terkejut Lihat Foto Itu

Aprena Manrose Kongsi Foto Bersama Bapa Iwan Dangdut Ini Respond Balas Aliff Syukri Terkejut Lihat Foto Itu

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 1493 hits
Sekeping foto pelakon Aprena Manrose bersama penyanyi dangdut terkenal suatu ketika dahulu iaitu Iwan Dangdut mendapat perhatian ramai Foto tersebut dimuat naik ke akaun Instagram miliknya dan rata rata terkejut serta tertanya adakah benar ...
Tandas R R Sunyi Tak Ada Bunyi Air Atau Apa Apa Budak Itu Tunggu Siapa

Tandas R R Sunyi Tak Ada Bunyi Air Atau Apa Apa Budak Itu Tunggu Siapa

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 1075 hits
Tandas R R sunyi tak ada bunyi air atau apa apa budak itu tunggu siapa Niat dia dan suami mahu menunaikan solat dan ke tandas Tetapi tidak disangka kunjungannya ke sebuah tandas di exit tol menyebabkan anaknya terkena gangguan Di pertengaha...
Babak Bersentuhan Dengan Lelaki Itu Antara Saya Tuhan

Babak Bersentuhan Dengan Lelaki Itu Antara Saya Tuhan

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 318 hits
Baru saja melancarkan muzik video terbarunya Pujaan Hati beberapa hari lalu penyanyi Adira Suhaimi memberitahu dia bersedia menerima kecaman netizen berhubung babak The post appeared first on
Apa Itu 10 Years Challenge Viral 10yearchallenge

Apa Itu 10 Years Challenge Viral 10yearchallenge

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 694 hits
Apa Itu 10 Years Challenge VIRAL 10yearchallenge Tudiaaa TULAR sana sini semua orang nak post gambar dengan hashtag 10yearchallenge Kat Facebook ada instagram ada twitter pun ada orang up juga Eh sampai ke whatsapp pun ada benda alah 10year...
Apakah Makanan Fungsional Itu

Apakah Makanan Fungsional Itu

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 506 hits
Apakah Makanan Fungsional Itu Membuat atau memasak makanan sendiri dirumah adalah salah satu hal yang paling menyenangkan apalagi jika yang dibuat tersebut ialah makanan favorit Anda Nah apakah Anda pernah membuat Yogurt merupakan salah sat...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Drama Abang Bunga Macho

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


The Role Of Reputation In Choosing Gacor Slot Sites

The Role Of Mitolyn Supplement In A Balanced Diet And Fitness Routine

Cuepacs Ada Penjawat Awam Dipaksa Terima Rasuah

Seorang Bapa Buang Bayi Di Tepi Jalan Dicari Polis

Salam Nifsu Sya Ban

Kelantan Buka Kilang Beras Di Pasir Mas Dijangka Beroperasi Tahun Ini