Dalam 7 Tahun Bersatu Atasi Umno Yang Berusia 77 Tahun


malaysiakini.com
Shakira Buang & Alyaa Alhadjri
Diterbitkan: Mar 12, 2023 2:07 PM
Hanya dalam tempoh tujuh tahun, kata Muhyiddin Yassin, Bersatu sudah mengatasi Umno dengan menjadi "lebih besar" walaupun parti lawan mereka itu berusia 77 tahun.

Menurut Muhyiddin Bersatu juga sudah menjadi lebih kuat berbanding Umno walaupun masih muda usianya.

Kejayaan itu kata presiden Bersatu berkenaan mampu dicapai hasil kerjasama dan perpaduan mereka dengan parti-parti lain dalam PN iaitu PAS, Gerakan dan Parti Maju Sabah (SAPP).

"Kita telah berjaya menambah bilangan kerusi parlimen daripada 13 dalam PRU ke-14 kepada 31 kerusi dalam PRU ke-15.

"Ini adalah peningkatan kekuatan hampir tiga kali ganda dalam tempoh hanya satu penggal pilihan raya.

“Umno yang menjadi parti lawan kita pula hanya memenangi 26 kerusi. Kedudukan mereka telah merosot sejak beberapa pilihan raya yang lalu.

"Sekarang, parti kita lebih besar daripada Umno. Dalam tempoh hanya tujuh tahun, Bersatu berjaya mengatasi Umno yang kini telah menjangkau usia 77 tahun," katanya.
Muhyiddin yang juga pengerusi PN menambah ketika ini Bersatu bukan lagi 'ular lidi' manakala Umno pula tidak boleh dianggap 'naga' dalam politik negara ini.

Dia berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dasar selaku presiden Bersatu dalam perhimpunan agung tahunan parti itu di Menara PGRM di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata pencapaian Bersatu dan PN itu dilakar kerana terdapat perubahan dalam sikap serta minda rakyat terhadap parti-parti politik.

Rakyat, katanya, tidak lagi berfikiran statik atau jumud dalam menyokong sesebuah parti politik.

"Mereka menilai parti politik berasaskan nilai dan budaya yang dipegang oleh parti, para pemimpin parti dan ahli-ahli parti,” katanya.

Tak lagi boleh diharap

Jelas Muhyiddin, dia juga menjangkakan hayat Umno kini berada hujung selepas parti itu memilih bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Malah, perdana menteri kelapan itu juga mendakwa proses 'kematian' Umno itu berlaku berpunca daripada sikap pemimpin tertinggi parti itu sendiri.

Muhyiddin yang pernah menjadi timbalan presiden Umno sebelum dipecat pada Jun 2016 tidak menyebut secara jelas nama individu terbabit namun dipercayai dia merujuk kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

“Umno di bawah individu ini bukan lagi mementingkan kuasa politik Melayu, tetapi menjadi alat untuk meneruskan kelangsungan kuasa PH.

“Bagi kita dan sebahagian besar orang Melayu, inilah pengakhiran hayat Umno. It is the final nail in Umno’s coffin (Ia adalah paku terakhir pada keranda Umno),” katanya.
Umno juga dakwa Muhyiddin kini tidak lagi menjadi parti yang boleh diharapkan untuk menggalas amanah rakyat kerana kedudukannya yang minoriti dalam parti kerajaan.

"Apa lagi yang boleh diharapkan daripada Umno?" soalnya.

Menurut Muhyiddin lagi Umno lari daripada matlamat perjuangan asal mereka untuk membela nasib orang Melayu kepada membela kedudukan individu tertentu.

“Demokrasi juga telah mati dalam parti Umno. Perlembagaan parti dilanggar sebegitu rupa semata-mata untuk menjaga kepentingan seorang individu.

"Tujuan parti itu juga telah berubah daripada menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumiputera, kepada menjaga kepentingan individu.

“Individu ini juga dilindungi oleh pucuk pimpinan kerajaan PH demi kepentingan untuk mempertahankan kuasa PH.

"Individu ini mesti dipastikan terus menguasai Umno kerana dengan penguasaan individu ini ke atas Umnolah, PH akan terus berkuasa,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/dalam-7-tahun-bersatu-atasi-umno-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerangka Perempuan Bangsawan Romawi Ditemukan Di Pemakaman Rahasia Berusia 1600 Tahun

Kerangka Perempuan Bangsawan Romawi Ditemukan Di Pemakaman Rahasia Berusia 1600 Tahun

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 279 hits
Kerangka tersebut ditemukan saat arkeolog menggali sebuah peti mati berisi di pemakaman berusia 1600 tahun
Senarai Pengeluaran Kwsp Yang Dibenarkan Sebelum Berusia 55 Tahun

Senarai Pengeluaran Kwsp Yang Dibenarkan Sebelum Berusia 55 Tahun

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 463 hits
Senarai pengeluaran KWSP yang dibenarkan Sebelum berusia 55 tahun Terdapat pelbagai jenis bantuan dan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan Inisiatif inisiatif ini dikembangkan melalui pelbag...
Koin Romawi Berusia 1700 Tahun Yang Dianggap Palsu Ungkap Tokoh Sejarah Yang Hilang

Koin Romawi Berusia 1700 Tahun Yang Dianggap Palsu Ungkap Tokoh Sejarah Yang Hilang

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 189 hits
Koin berusia 1700 tahun ini mulanya dianggap palsu karena menampilkan sosok misterius yang tidak digambarkan dalam catatan manapun
Umno Terpalit Dengan Nama Busuk Hingga Hari Ini Akibat Mengizinkan Tun Mahathir Menunggang Parti Umno Lebih 22 Tahun

Umno Terpalit Dengan Nama Busuk Hingga Hari Ini Akibat Mengizinkan Tun Mahathir Menunggang Parti Umno Lebih 22 Tahun

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 499 hits
Cukup cukuplah Tun Mahathir1 Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu Saya beri 3 sebab utama kenapa beliau kurang relevan 2 Pertama keti...
Umno Perlukan Naratif Baru Dan Relevan Politik Khidmat Bakti Sudah Ketinggalan Zaman

Umno Perlukan Naratif Baru Dan Relevan Politik Khidmat Bakti Sudah Ketinggalan Zaman

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 399 hits
Sebagai ahli UMNO aku syorkan supaya bantuan yg nak diberikan ini apatah lagi jika ia datang dari kantung UMNO sendiri maka ia wajar diberikan khusus kepada ahli2 UMNO yg terjejas yg menjadi mangsa banjir kali ini Wang milik UMNO ini adalah...
Ahli Ahli Umno Sokong Ds Ismail Sabri Menjadi Pm Bukan Untuk Tunduk Patuh Dengan Segala Syarat Muhyiddin Yassin Dan Pn

Ahli Ahli Umno Sokong Ds Ismail Sabri Menjadi Pm Bukan Untuk Tunduk Patuh Dengan Segala Syarat Muhyiddin Yassin Dan Pn

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 265 hits
Berdasarkan pengakuan yang dibuat secara terbuka oleh Muhyiddin Yassin maka jelas lah memang wujud perjanjian perjanjian sulit dan melibatkan syarat syarat tertentu yang telah ditetapkan antara Muhyiddin Yassin yang mewakili Perikatan Nasio...
Noh Omar Presiden Umno Boleh Diguling Melalui Undi Tak Percaya

Noh Omar Presiden Umno Boleh Diguling Melalui Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 336 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Majlis Kerja Tertinggi Umno boleh menggulingkan Presiden Ahmad Zahid Hamidi jika mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahlinya kata Noh Omar Bekas ahli MKT Umno itu berkata ini melibatkan undian antara 25 MKT ya...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked