Dalam 10 Bulan 10878 Undi Telah Hilang Memberi Sokongan Kepada Ph


Sebagaimana yang dijangka dan tidak keterlaluan kalau dikatakan turut menjadi keinginan majoriti penyokong PH sendiri, calon Bersatu yang mewakili gabungan parti pemerintah, Aiman Zainali tewas kepada calon BN, Zakaria Hanafi dalam PRK Semenyih, semalam.

Keputusannya memperlihatkan Zakaria memperolehi 19,780 undi berhanding Aiman yang mendapat 17,866 undi. Dua lagi calon, Nik Aziz Afiq Abdul daripada PSM memperolehi 847 undi dan Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang memperolehi 725 undi.

Majoriti kemenangan calon BN dalam PRK ini adalah sebanyak 1,914 undi.

Berbanding keputusan PRU14 lalu di mana calon PH daripada Bersatu, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor memenanginya dengan majoriti 8,964 undi, dalam PRK ini menantunya yang dipilih bertanding telah ditewaskan oleh calon BN dengan kekurangan undi sebanyak 1,914 undi.

Bermakna, hanya dalam tempoh 10 bulan setelah menjadi kerajaan, Bersatu dan PH di Semenyih telah kehilangan sokongan sebanyak 10,878 undi.

Apakah makna keputusan PRK ini kepada PH dan Bersatu?

Pertama, keputusan ini memperlihatkan kerajaan pimpinan Tun Mahathir Mohamad semakin ketara hilang sokongan rakyat, khususnya daripada pengundi-pengundi Melayu.

Dalam PRK ini, PH dianggarkan hanya mendapat sokongan 37.73 peratus pengundi Melayu berbanding 44.25 peratus yang diraih pada PRU14 lalu.

Dalam waktu yang sama, undi Melayu kepada BN telah meningkat kepada kira-kira 59 peratus berbanding 35.33 peratus pada PRU14.

Kemerosotan sokongan terhadap kerajaan banyak disebabkan kekecewaan rakyat kerana banyak janji-janji yang gagal ditunaikan, lebih-lebih lagi alasan Tun Mahathir yang mengatakan “Buku Harapan bukan sebuah kitab suci” dianggap suatu penghinaan kepada rakyat yang telah memberikan undi kemenangan kepada PH.

Kata-kata itu begitu menghiris hati dan perasaan mereka seolah-olah undi mereka langsung tidak dihargai setelah kemenangan berjaya dikecapi.

Paling terkesan dengan kemunafikan janji PH ialah ikrar berkaitan bayaran balik hutang PTPTN di mana sebelumnya dijanjikan hanya setelah peminjam bergaji RM4,000 barulah mereka diwajibkan membuat bayaran balik.

Ekoran kegagalan menunaikan janji tersebut dalam tempoh 100 hari, itulah yang membuatkan sokongan pengundi muda kembali rujuk kepada UMNO dan BN, termasuk sebahagiannya dengan menunjukkan kembali sokongan terbuka kepada Najib Razak yang diketahui sebagai musuh nombor satu kepada Tun Mahathir.

Selain kegagalan menunaikan banyak janji manifesto, prestasi menteri yang mengecewakan, banyak merapu dan bertelagah sesama sendiri telah menambahkan lagi kekecewaan rakyat serta melunturkan keyakinan mereka kepada kerajaan PH ini.

Sokongan pengundi Melayu pula menurun dengan mendadak terhadap kerajaan berikutan mereka merasakan kerajaan PH ini tiada jaminan dalam konteks melindungi kepentingan orang-orang Melayu dan Islam di negara ini.

Dengan kata mudah, berbanding kerajaan BN sebelum ini yang dilihat sebagai kerajaan Melayu, sebaliknya kerajaan PH ini tidak lagi dianggap sebuah kerajaan Melayu oleh majoriti orang-orang Melayu sendiri. 
Berdasarkan penurunan sokongan pengundi dan orang-orang Melayu ini, bukan saja PH berdepan kesukaran untuk menang dalam mana-mana PRK di kawasan majoriti Melayu selepas ini, bahkan kata-kata yang mengatakan PH adalah kerajaan sepenggal semakin hampir menjadi kenyataan jika langkah-langkah segera dan drastik tidak diambil dengan secepat mungkin.

Kedua, keputusan PRK Semenyih ini juga menunjukkan Bersatu masih jauh daripada impiannya mahu menjadi pengganti kepada UMNO.

Kalah bertanding pada pilihanraya yang pertama ini hanya mengesahkan bahawa Bersatu tidak lebih sebagai “penumpang kelas ketiga” dalam PH dan semakin menyukarkan masa depannya.

Setelah menjadi kerajaan, kedudukan Bersatu dalam PH tidak dianggap sama seperti kedudukan UMNO dalam BN dahulu. Ramai orang Melayu berasa curiga dan was-was dengan perjuangan parti itu dalam melindungi masa depan dan hak-hak mereka lantaran selama sembilan bulan ini penegasan ke arah itu tidak dilihat benar-benar meyakinkan.

Dengan jumlah penduduk Melayu menjangkau 65 peratus, kepentingan dan roh kaum majoriti ini tidak boleh diabaikan oleh mana-mana pihak yang menjadi kerajaan. Mengabaikannya boleh mengancam kedudukan sesiapa juga yang menjadi sebuah kerajaan.

Yang nyata, keputusan PRK Semenyih ini adalah tamparan kepada kedua-dua pipi Tun Mahathir – satu tamparan kepada pipi yang mewakili kerajaan yang dipimpinnya dan satu pipi lagi mewakili Bersatu yang dipengerusikannya.

Meskipun beliau turun berkempen ke Semenyih, ternyata kehadirannya gagal menghalang BN daripada mencapai kemenangan yang tidak dinafikan turut dibantu oleh jenama “malu apa bossku” yang dibawa oleh Najib.

Jika kejayaan BN di Semenyih ini diikuti dengan kemenangan yang hampir pasti di PRK Rantau nanti serta dikira dengan keputusan di Cameron Highlands yang baru lalu, bermakna PH kalah secara “hatrik” kepada BN dalam tempoh beberapa bulan saja.

Siapakah boleh menafikan bahawa “hatrik” itu di samping kemungkinan besar PH juga tidak mampu menang dalam semua PRK lain di kawasan majoriti Melayu selepas ini, semuanya itu adalah suatu alamat tidak baik untuk PRU15 akan datang?

Shahbudin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/03/dalam-10-bulan-10878-undi-telah-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarat Hamil 7 Bulan Suami Hilang Dari Mh370 Ibu Ini Kongsi Rahmat Disebalik Percaya Dengan Kuasa Allah

Sarat Hamil 7 Bulan Suami Hilang Dari Mh370 Ibu Ini Kongsi Rahmat Disebalik Percaya Dengan Kuasa Allah

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 605 hits
Tragedi MH370 yang hilang dari radar pada 8 Mac 2014 masih segar di ingatan rakyat Malaysia walaupun sudah 5 tahun berlalu Ketika kejadian Pesawat MAS penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing China telah hilang dari radar dan isyarat ...
Lebah Terbesar Di Dunia Ditemukan Di Indonesia Setelah Hilang Selama 38 Tahun

Lebah Terbesar Di Dunia Ditemukan Di Indonesia Setelah Hilang Selama 38 Tahun

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 359 hits
Tim pencari yang merupakan ahli biologi Amerika Utara dan Australia menemukan seekor lebah betina raksasa Wallace yang hidup di dalam sarang rayap di pohon lebih dari dua meter di atas tanah
Kanak Kanak Hilang Dipercayai Sudah Meninggal Dunia

Kanak Kanak Hilang Dipercayai Sudah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 322 hits
KANAK KANAK perempuan berusia tiga tahun yang disyaki hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi Kedah hujung bulan lalu dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua minggu lalu Rahsia itu terbongkar selepas soal siasat terh...
Nur Aisyah Rupanya Sudah Mennggal Kanak Kanak Perempuan Berusia Tiga Tahun Yang Hilang Minggu Lalu

Nur Aisyah Rupanya Sudah Mennggal Kanak Kanak Perempuan Berusia Tiga Tahun Yang Hilang Minggu Lalu

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 431 hits
Kanak kanak perempuan 3 tahun hilang KANAK KANAK perempuan berusia tiga tahun dipercayai hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi sejak minggu lalu Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata pih...
Merasa Dicurangi Air Asia Putuskan Tarik Penjualan Di Traveloka Tiketnya Hilang Secara Misterius Lho

Merasa Dicurangi Air Asia Putuskan Tarik Penjualan Di Traveloka Tiketnya Hilang Secara Misterius Lho

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 230 hits
Ya wajar lah kesel masa tiket Air Asia hilang sementara Garuda Grup dan Lion Grup ada terus Air Asia harus putus sama Traveloka deh
Wanita Dakwa Anak 3 Tahun Hilang Di Rumah Pengasuh Polis Cari Pasangan Ini

Wanita Dakwa Anak 3 Tahun Hilang Di Rumah Pengasuh Polis Cari Pasangan Ini

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 387 hits
Wanita Dakwa Anak 3 Tahun Hilang Di Rumah Pengasuh Polis Cari Pasangan Ini Menerusi Harian Metro seorang kanak kanak perempuan berusia 3 tahun hilang sejak minggu lalu Kejadian yang dipercayai berlaku di rumah pengasuhnya di Kuarters Hospit...
Kanak Kanak Perempuan 3 Tahun Hilang Rupa Rupanya Ini Yang Berlaku

Kanak Kanak Perempuan 3 Tahun Hilang Rupa Rupanya Ini Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 396 hits
KANAK KANAK perempuan berusia tiga tahun dipercayai hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi sejak minggu lalu Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima maklumat 12 08 malam s...
Mayat Nur Aisyah Hanya Tinggal Tengkorak Anggota Badan Lain Hilang

Mayat Nur Aisyah Hanya Tinggal Tengkorak Anggota Badan Lain Hilang

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 947 hits
LANGKAWI Tragis dan kejam Tanda tanya kehilangan kanak kanak berusia tiga tahun yang dipercayai dilarikan sepasang suami isteri akhirnya terungkai apabila mayat kanak kanak perempuan itu ditemukan kira kira pukul 11 30 pagi ini dalam keadaa...
Budak Perempuan Disyaki Hilang Rupa Rupanya Sudah Meninggal Dunia

Budak Perempuan Disyaki Hilang Rupa Rupanya Sudah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 403 hits
KANAK KANAK perempuan berusia tiga tahun yang disyaki hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi Kedah hujung bulan lalu dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua minggu lalu Rahsia itu terbongkar selepas soal siasat terh...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025