Dalam 1 Malam Dia Hentam Anwar Dengan 4 Benda Busuk Punya Haji
ARSHAD EZHAR
Transkrip ucapan MB Sanusi.
Bahagian atas dia belasah PMX. Anak Ikan, Seks, semua dia sebut.
Perenggan kedua dia body shaming MB Selangor.
Kalau MB berhenti setakat ini, confirm tak kena dakwa Akta
Hasutan. Paling teruk pun kena saman je.
Tapi MB silap. Bila pergi sentuh bab Sultan dan Agong ni.
Sampai pejabat Sultan Selangor pun keluar kenyataan.
Jadi takkan polis dan peguam negara nak buat dunno?
Apa batasan dalam kempen politik? Lebih lebih lagi yang mengaku
kumpulan dia saja bawa Islam?
Kawan kawan PAS kena mengaku, Panglima Perang PAS kena dakwa ni
bukan sebab dizalimi tapi "Self-inflict".
Sebab khayal dengan kemasyhuran sampai naik Syeikh dan langgar
batas.
Tapi ini bukan pertama kali pun pemimpin PAS perli Royals terang
terang.
Presiden PAS pernah keluar statement memerli YDPA dengan
menggelarnya 'Pengadil yang memberikan masa tambahan untuk memenangkan pihak
yang Kalah".
Some things are just undefendable.
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
Dalam satu malam 4 benda dia buat, qazaf pada PMX, body shaming
MB Selangor, pertikai Sultan Selangor dan pertikai YDPA. PMX dah kata kalau
hina PM takkan di ambil tindakan atas akta hasutan tapi bila sentuh raja raja,
sendiri mau ingat. Dah la ada open kes Saman dengan PMX ni tambah lagi tuduhan
kata Anwar sengaja stage eksiden dengan Elizabeth Tan sebab nak tunjuk kononnya
Anwar straight.
So dari 4 kesalahan tu, 2 kena dakwa sebab hina sultan. Padahal
din pdf sendiri jadi saksi yang YDPA suruh tubuh kerajaan perpaduan, mana si
mamat ni kata Anwar tipu YDPA tentang kerajaan perpaduan? Ni kalau masuk
mahkamah, harap pendakwaraya panggil din pdf jadi saksi sebab pekak sangat dah
ni.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/07/dalam-1-malam-dia-hentam-anwar-dengan-4.html