Dakwah Zakir Naik Tidak Sesuai Di Malaysia Kerana Mencaci Agama Lain Mujahid


KAEDAH berdebat dengan merendah atau menghina agama lain tidak sesuai dengan Malaysia yang bertunjangkan kepelbagaian kaum dan etnik.
Sambil memberikan contoh mengenai kaedah diterapkan penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik yang sering dianggap merendahkan agama lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kaedah itu tidak sesuai dengan budaya negara ini.
“Secara peribadi saya merasakan kaedah penyampaian atau dakwah Dr Zakir tidak sesuai, di mana kita tidak perlukan kaedah perdebatan yang mencaci agama lain, sebaliknya kita lebih sesuai dengan kaedah berdialog,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ucaptama Seminar Kebangsaan Isu dan Cabaran dalam Hubungan Masyarakat Majmuk, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur hari ini
Turut hadir Ketua Pengarah IKIM, Datuk Prof Dr Azizan Baharuddin.
Mujahid berkata, segelintir umat Islam suka merendahkan maruah agama lain dengan mengatakan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, sedangkan Islam itu tidak membezakan sesiapa.
Katanya, Rasulullah SAW sendiri tidak pernah mengaitkan sebarang bangsa dengan Islam.
“Jangan sempitkan fahaman kita kerana itu hanya akan menyebabkan orang lain berasa Islam itu sempit.
“Perkembangan dakwah dalam Islam juga tidak pernah mengamalkan cara mencerca dan merendahkan maruah agama lain.
“Islam tidak pernah mempraktikkan memaki hamun apatah lagi mencerca agama lain,” katanya.

Beliau menegaskan umat Islam tidak seharusnya terhimpit dengan perkauman sempit kerana ia akan menghalang perpaduan kaum yang wujud di negara ini.
Tegas beliau, sebagai negara majmuk umat Islam seharusnya menerima perbezaan itu dengan berfikiran terbuka dan saling memahami antara satu sama lain.
Katanya negara ini tidak wujud secara spontan malah ia terbina daripada pelbagai kaum, agama dan etnik.

“Kepelbagaian ini seharusnya kita terima dengan baik dan tidak anggap ia sebagai suatu musibah atau kecelakaan sebaliknya suatu hakikat yang perlu kita tangani dengan baik sebagai rakyat.
“Kalau kita fahami susur galur itu, kita akan terheret dengan masalah lebih besar iaitu perkauman sempit yang secara langsung menunjukkan Islam itu sempit yang menjadikan kita terhimpit,” katanya.
Mujahid berkata sebagai kerajaan baharu, peranan dimainkan tidak sekadar menjaga Islam tetapi lebih daripada itu memastikan keharmonian negara terpelihara.
Beliau arif mengenai perkara berkenaan dan Malaysia baharu yang dilaungkan bermaksud tekad untuk mengembalikan keaslian kendiri masyarakat negara ini yang sebelum ini ‘dirompak’ hingga menyebabkan ia memberi implikasi tidak baik kepada masyarakat.
“Malaysia baharu bukan bermakna kita mahu lupakan sejarah atau membuang segala peruntukan dalam perlembagaan sebaliknya memperbaharui apa yang seharusnya diperoleh rakyat.
“Rakyat boleh pilih sama ada kekalkan kehendak mengiktiraf kepelbagaian itu sebagai identiti atau biarkan perkauman sempit membelenggu minda yang nyata tidak memberi sebarang manfaat,” katanya.
Sementara itu Azizan, berkata sejak ditubuhkan pada sejak tahun 1992 pihaknya sudah mengadakan lebih daripada 60 dialog berhubung agama di dalam dan luar negara yang antara lain bertujuan memberi kefahaman antara masyarakat di negara ini.


Sumber: cempedakcheese.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/02/dakwah-zakir-naik-tidak-sesuai-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Up To States Whether Zakir Naik Can Speak Says Mujahid

Up To States Whether Zakir Naik Can Speak Says Mujahid

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 363 hits
Minister in the Prime Minister s Department Mujahid Yusof Rawa KUALA LUMPUR Putrajaya today said it is leaving it to the state religious authorities to decide on giving controversial Indian Muslim preacher Dr Zakir Naik the required credent...
Kenapa Malaysia Tidak Usir Dr Zakir Naik

Kenapa Malaysia Tidak Usir Dr Zakir Naik

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 296 hits
Banyak pihak tidak henti henti menyoal pendirian kerajaan Malaysia berkaitan kehadiran berterusan Dr Zakir Naik di negara ini dan ketiadaan tindakan pihak berkuasa untuk menghantar beliau kembali ke negara asalnya di India kononnya ini adal...
Tolonglah Jaga Sensitiviti Agama Lain Di Malaysia

Tolonglah Jaga Sensitiviti Agama Lain Di Malaysia

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 391 hits
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggesa semua pihak lebih bertanggungjawab dan saling menjaga sensitiviti agama dan bangsa lain Kenyataan itu dikeluarkan susulan tindakan seorang pengguna Facebook bernama Foo Sing Wai menyiarkan...
Gara Gara Memuat Naik Status Hi Na Agama Islam Nabi Muhammad Lelaki Ini Ditangkap Polis

Gara Gara Memuat Naik Status Hi Na Agama Islam Nabi Muhammad Lelaki Ini Ditangkap Polis

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 561 hits
Gara Gara Memuat Naik Status Berunsurkan Hina an Agama Islam Nabi Muhammad Lelaki Ini Ditangkap Polis Semakin banyak laporan polis dibuat berhubung dengan individu yang memberi komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW Pemilik ...
Bumi Flat Atau Spera Ini Penjelasan Mantap Dr Zakir Naik Beserta Dalil

Bumi Flat Atau Spera Ini Penjelasan Mantap Dr Zakir Naik Beserta Dalil

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 1070 hits
Sebelum ini heboh dengan polemik melibatkan seorang artis tanah air Suhaimi Saad yang dengan jelas percaya dan tegas bahawa bentuk muka bumi adalah mendatar atau istilah Inggerisnya adalah Flat Earth Beliau yang sebelum ini pernah menjadi p...
Malaysia Paling Sesuai Jadi Contoh Perpaduan Kaum

Malaysia Paling Sesuai Jadi Contoh Perpaduan Kaum

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 957 hits
PUTRAJAYA Malaysia paling sesuai untuk menjadi negara contoh dari segi perpaduan kaum kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waythamoorthy Beliau berkata persefahaman kerjasama tolak ansur dan saling menghormati antara pelbagai a...
Tempahan Stadium Untuk Ceramah Dr Zakir Naik Ditolak

Tempahan Stadium Untuk Ceramah Dr Zakir Naik Ditolak

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 246 hits
22 02 2019Stadium Bandaraya Pulau Pinang telah ditempah Persatuan Bola Sepak untuk perlawanan Liga Premier 2019 mulai Mac hingga Julai depanGEORGETOWN 17 Jamadilakhir 1440H Jumaat Majlis Bandaraya Pulau Pinang menolak permohonan Pertubuhan ...
Tetapkan Hukuman Lebih Berat Terhadap Penghina Agama Mujahid

Tetapkan Hukuman Lebih Berat Terhadap Penghina Agama Mujahid

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 300 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata pindaan berkenaan secara dasar dipersetujui dan dijangka dapat dibentang pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat tahun ini iaitu bulan hadapan selepas dibawa ke mesyuarat Kabine...
Agama Lain Bebas Diamalkan

Agama Lain Bebas Diamalkan

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 330 hits
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan berbunyi Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana mana bahagian Persekutuan Pengiktirafan Perlembagaan kepada pelbagai entiti Islam dan badan...
Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sahabat Sejati Permata Yang Sukar Dicari Tapi Sentiasa Ada Ketika Diperlukan

Need And Want

Jodoh Itu Memang Takdir Tetapi Kamu Berhak Memilih Jodoh Terbaikmu

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Three Innovative Power Products By Cuktech

Amalan Doa Daripada Habib Umar Bin Hafidz Untuk Anak Yang Nakal

Sambutan Hari Guru Di Sekolah Dengan Tema Hobi Guru

Mutiara Terhasil Luka Jadi Nilai

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Hadiah Hari Guru