Dakwah Johan Qariah Mtq Antarabangsa Ajar Mengaji Online


Gunakan kemudahan media sosial untuk tarik minat terhadap Al-Quran
PADA tahun lalu, remaja perempuan berusia 19 tahun ini mengejutkan negara dan dunia apabila dinobatkan sebagai johan qariah dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Kemenangan Nor Farhatul Faizurah Panut itu membuka mata banyak pihak di dalam mahupun di luar negara bahawa usia bukan penghalang untuk seseorang mengecapi kejayaan yang secara tidak langsung ramai golongan muda mula tertarik untuk mendekati al-Quran.

Bagaimanapun, kemenangan yang diperoleh bukan tiket untuk membuatnya duduk diam dan berpuas hati dengan apa yang dikecapi. Dia kini menggunakan ‘title’ itu untuk menarik lebih ramai mendalami al-Quran.

Sesuai dengan usianya yang tidak boleh lari daripada media sosial, dia memanfaatkan platform itu untuk berkongsi ilmu yang dimiliki di laman sosial seperti Instagram, Facebook dan YouTube.


Selain menguasai al-Quran, pada usianya yang cukup muda, dia mempunyai kebolehan luar biasa apabila mampu menguasai semua ketujuh-tujuh bacaan taranum.

Dia yang mesra disapa Farha itu mengakui, kejayaan yang dikecapi itu bukan sesuatu untuk dibanggakan, malah melihatnya sebagai amanah dan tanggungjawab untuk memartabatkan al-Quran sebagai panduan.

TURUT mendapat penyertaan daripada luar negara. FOTO Ihsan Nor Farhatul Fairuzah Panut
Farha berkata, menjadi johan tilawah al-Quran bukan semudah yang disangka.
“Jika dibandingkan dahulu dan sekarang, kini tanggungjawab saya lebih besar.“Saya perlu mainkan peranan untuk menarik lebih ramai masyarakat di dalam negara ini terutama golongan muda untuk mencintai al-Quran.“Insya-Allah, saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi contoh yang baik kepada anak muda,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.Anak bongsu daripada lima beradik ini berkata, dia bersyukur kemenangannya pada tahun lalu menarik lebih ramai anak muda untuk mula meminati al-Quran.
“Alhamdulillah kini lebih ramai anak muda mengenali saya dan ini sekali gus mengajak mereka untuk mengenali ilmu taranum dan seni al-Quran.“Kebanyakan pengikut saya di Instagram adalah daripada golongan muda yang sentiasa mencuba untuk mempelajari ilmu al-Quran dan taranum,” katanya.Lebih menarik, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, Farha menggunakan Instagramnya yang memiliki 432,000 pengikut untuk mengadakan kelas bertaranum dan mengaji al-Quran percuma yang diadakan secara langsung.

BERSAMA keluarga yang banyak menyokong. FOTO Ihsan Nor Farhatul Fairuzah Panut
Setiap kali kelas dijalankan, dia mendapat 10,000 tontonan dari dalam dan luar negara.

Menurutnya, pelaksanaan PKP ini sekiranya dilihat daripada sudut positif ia adalah hikmah untuk mendekatkan diri dengan Allah.
“Pada ketika ini, saya lihat ramai menggunakan media sosial dan saya mula terfikir, ini adalah medium terbaik untuk berkongsi ilmu yang ada. Jadi, saya cuba buat #tarannumchallenge melalui media sosial serta mengajar mereka mengenai ilmu al-Quran secara langsung di Instagram supaya ilmu ini didedahkan dengan lebih luas.“Alhamdulillah, sambutan yang diberikan golongan muda sangat memberangsangkan yang mana ada juga antara mereka yang tidak pernah mengaji dan jarang sekali mengaji, namun sekarang sudah berjinak-jinak dan mahu belajar al-Quran.“Sejak dijalankan, ramai masyarakat dari dalam dan luar negara seperti Indonesia, Palestin, Iraq, Uzbekistan dan Turki yang terdiri daripada semua lapisan umur daripada kanak-kanak sehingga dewasa cukup bersemangat untuk belajar al-Quran,” katanya.Mengulas lanjut, kebiasaannya program berjalan selepas Isyak dengan dimulakan bacaan surah pendek menggunakan taranum berbeza.


“Kemudian saya akan kongsikan ilmu tajwid dan mendengar sesiapa sahaja yang ingin memperdengarkan bacaan mereka seterusnya sekiranya ada kesilapan saya akan bantu perbetulkan.“Insya-Allah, sekiranya tiada halangan dan masa, saya akan teruskannya biarpun selepas tamat tempoh PKP,” katanya.Diminta berkongsi tip untuk menguasai al-Quran dan menjaga suara, Farha berkata, sejak kecil dia sering mendengar bacaan qari muktabar dan sentiasa bertalaqi dengan guru antarabangsa.
“Biasanya latihan saya lakukan lima kali sehari iaitu selepas solat fardu dan berlatih dengan ibu serta keluarga di rumah. Pada hujung minggu, kami akan mencari guru al-Quran berpengalaman untuk meluaskan ilmu.“Untuk menjaga kemerduan suara ia memerlukan sedikit masa dengan sentiasa istiqamah berlatih membaca al-Quran dan menjaga pemakanan seperti elakkan minum air berais dan makanan berminyak,” katanya.Berkongsi aktiviti lain sepanjang PKP ini, Farha berkata, dia banyak mengisi masa lapang dengan membantu ibunya memasak, menanam bunga dan membaca buku.
“Nasihat saya sepanjang PKP ini, gunakan peluang ini untuk lakukan pelbagai perkara bermanfaat termasuk mengikuti media sosial yang menyediakan aktiviti yang banyak input dan ilmu berfaedah,” katanya.Farha berkata, dia bercita-cita mempunyai kelas al-Quran sendiri untuk menyemai minat dalam kalangan golongan muda di negara ini.
“Selain itu saya mahu keluar ke serata negara unutk menyebarkan ilmu al-Quran dan memiliki Quran digital sendiri,” katanya.KETIKA bercuti di Korea. FOTO Ihsan Nor Farhatul Fairuzah Panut
-myMetroMasukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/04/dakwah-johan-qariah-mtq-antarabangsa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semasa Pkp Farha Ajar Mengaji Quran Online Percuma 432 000 Pengikut

Semasa Pkp Farha Ajar Mengaji Quran Online Percuma 432 000 Pengikut

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 318 hits
JOM KREATIFAjar mengaji onlinePADA tahun lalu remaja perempuan berusia 19 tahun ini mengejutkan negara dan dunia apabila dinobatkan sebagai johan qariah dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz al Quran Peringkat Antarabangsa Ke 61 di Pusat Konve...
Playing Catch Up With Online Learning During Mco

Playing Catch Up With Online Learning During Mco

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 276 hits
About 4 7 million primary and secondary students at government institutions are on a month long break with the extended movement control order PETALING JAYA From a lack of internet access to disinterest by parents and students online learni...
Cara Bayar Pajak Kendaraan Online Mudah Dan Praktis Tidak Perlu Antre

Cara Bayar Pajak Kendaraan Online Mudah Dan Praktis Tidak Perlu Antre

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 358 hits
Bagi Anda yang tertarik melakukan pembayaran pajak kendaraan secara online bisa dilakukan dengan mudah melalui akses aplikasi Samolnas Berikut cara bayar pajak kendaraan online mudah dan praktis yang bisa Anda lakukan
Rano Karno Sarankan Pembelajaran Online Di Daerah 3 T Disiarkan Tvri Dan Rri

Rano Karno Sarankan Pembelajaran Online Di Daerah 3 T Disiarkan Tvri Dan Rri

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 175 hits
Wakil Ketua Komisi X DPR Dede Yusuf juga setuju jika Rumah Belajar memanfaatkan TVRI dan RRI untuk menyebarluaskan konten pembelajaran daringnya
Guru Sukar Laksana Pembelajaran Secara Online Ketika Pkp

Guru Sukar Laksana Pembelajaran Secara Online Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 299 hits
PETALING JAYA Bermula dengan kekurangan akses internet oleh ibu bapa dan pelajar pembelajaran secara atas talian ketika Perintah Kawalan Pergerakan terbukti menjadi cabaran kepada guru yang berjuang untuk memastikan kelas berterusan walaupu...
Cara Daftar I Akaun Kwsp Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter

Cara Daftar I Akaun Kwsp Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 451 hits
Pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja sudah boleh mengeluarkan RM500 bermula bulan ini seperti yang telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri baru baru ini bagi meringankan beban rakyat berikutan wabak COVID 19 Pengeluaran ini boleh dilakuka...
Login Eprasekolah Permohonan Online Kemasukan Prasekolah 2021

Login Eprasekolah Permohonan Online Kemasukan Prasekolah 2021

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 479 hits
Permohonan ke prasekolah thn depan kini dibuka Permohonan pendaftaran blh dibuat secara online melalui sistem ePrasekolah KPM Ibu bapa blh login ke sistem tersebut bermula 1 Mac sehingga tarikh tutup 31 April 2020 Berikut maklumat penting y...
Permohonan Pertukaran Guru Secara Online

Permohonan Pertukaran Guru Secara Online

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 280 hits
Berita baik buat semua guru Permohonan pertukaran guru melalui sistem eGTUKAR 2020 akan dibuka bermula 18 Februari nanti Semakan eGTUKAR antara daerah dlm daerah blh dibuat bermula 18 November bermula jam 6 petang di portal rasmi https epgo...
How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Pondok Abuya

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine