Dakwaan Tiada Akhlak Anwar Heret Mb Kedah Ke Mahkamah


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Dec 13, 2022
Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung ucapannya semasa kempen pilihan raya di Tambun.

Peguam pengerusi Pakatan Harapan (PH) daripada firma guaman SN Nair & Partners memfailkan writ saman terhadap pesuruhjaya PAS Kedah itu di Mahkamah Tinggi Alor Setar petang tadi.

Ketika dihubungi media, peguamnya, Sankara Nair mengesahkan bahawa tindakan sivil itu difailkan sekitar 4.30 petang tadi. Anwar menyaman atas kapasiti peribadinya.

Sebelum ini, peguam ahli Parlimen Tambun itu mengeluarkan surat tuntutan meminta ganti rugi daripada Sanusi atas dakwaan memfitnahnya pada 13 November lalu ketika berkempen untuk n calon Perikatan Nasional (PN), Ahmad Faizal Azumu.

Anwar memenangi kerusi Parlimen itu pada ilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November lalu.

Menurut salinan pernyataan tuntutan saman itu, kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook bernama “Faizal Azumu”.

Anwar mendakwa kenyataan itu, antara lain mengandungi dakwaan bahawa dirinya "tidak berakhlak".

Plaintif berhujah bahawa kenyataan itu adalah fitnah, palsu dan memperlekehkan dirinya.

Anwar mendakwa kenyataan itu antara lain membayangkan dirinya bukan seorang Muslim yang baik dan menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Pada 2018, plaintif telah diberikan pengampunan diraja berhubung kes liwat yang melibatkan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Anwar mendakwa bahawa selepas surat tuntutan dikeluarkan pada 16 Nov, peguam Sanusi telah menulis balik dan membuat pengakuan tidak berbelah bahagi akan fakta bahawa defendan mengucapkan/mengungkapkan kata-kata memfitnah tersebut dan kandungan di dalamnya.

Melalui saman sivil, plaintif menuntut ganti rugi am, pampasan, teruk dan teladan.

Anwar juga memohon injunksi untuk menghalang Sanusi daripada terus mengeluarkan atau menerbitkan kata-kata fitnah terhadapnya.

Plaintif juga menuntut faedah lima peratus ke atas jumlah penghakiman dari tarikh tindakan undang-undang terakru sehingga penyelesaian penuh, kos, dan apa-apa relif lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Sanusi untuk mendapatkan maklum balas berhubung saman itu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/dakwaan-tiada-akhlak-anwar-heret-mb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Heret Muhyiddin Ke Mahkamah Berhubung Dakwaan Bayaran Rm15 Juta

Anwar Heret Muhyiddin Ke Mahkamah Berhubung Dakwaan Bayaran Rm15 Juta

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 232 hits
Hidir Reduan Abdul RashidPerdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah terhadap bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan bahawa dia menerima bayaran RM15 juta sebagai penasihat ekonomi Selangor Peguam utama ...
Agenda Lgbt Anwar Heret Pesuruhjaya Pas Perak Ke Mahkamah

Agenda Lgbt Anwar Heret Pesuruhjaya Pas Perak Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 227 hits
malaysiakini comPerdana Menteri Anwar Ibrahim telah memulakan saman fitnah terhadap Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berhubung dakwaan dia mempunyai agenda LGBT Anwar memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi menerusi firma guaman SN ...
Lebai Mulut Busuk Dakwaan Pengaruh Israel Anwar Serah Surat Tuntutan Maaf

Lebai Mulut Busuk Dakwaan Pengaruh Israel Anwar Serah Surat Tuntutan Maaf

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 172 hits
FMT ReportersPerdana Menteri Anwar Ibrahim menuntut penafian bertulis daripada Ahli Parlimen Baling Hassan Saad berhubung dakwaan itu PETALING JAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi tempoh tiga hari kepada Hassan Saad untuk memperjelask...
Saifuddin Pertahan Anwar Arah Polis Bertindak Atas Dakwaan Hasut

Saifuddin Pertahan Anwar Arah Polis Bertindak Atas Dakwaan Hasut

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 136 hits
December 1 2022 Saifuddin Nasution Ismail berkata Anwar Ibrahim mahu melindungi kepentingan dan keselamatan negara susulan pelbagai kenyataan didakwa menghasut yang dikeluarkan pemimpin PAS PETALING JAYA Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Sai...
Media Indonesia Perlekeh Reformasi Dicanang Anwar Selepas Lantik Kluster Mahkamah

Media Indonesia Perlekeh Reformasi Dicanang Anwar Selepas Lantik Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 175 hits
agendaily com5 12 2022Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Istana Negara Langkah Datuk Seri Anwar Ibraim melantik pemimpin kluster mahkamah dalam barisan Kabinetnya dikritik hebat pihak media negar...
Enggan Mohon Maaf Sanusi Sedia Berjumpa Dengan Anwar Di Mahkamah

Enggan Mohon Maaf Sanusi Sedia Berjumpa Dengan Anwar Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 145 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bersedia berdepan dengan Anwar Ibrahim di mahkamah selepas Ahli Parlimen Tambun itu memfailkan saman terhadapnya atas tuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya nbsp Jumpa di mahkamah k...
Mahkamah Anwar Saman Sanusi Berhubung Ceramah Didakwa Fitnah Di Tambun

Mahkamah Anwar Saman Sanusi Berhubung Ceramah Didakwa Fitnah Di Tambun

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 149 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas dakwaan memfitnahnya dalam satu ceramah kempen pilihan raya Jelajah PN Best Tambun pada 13 Nov...
Selepas Diheret Ke Mahkamah Oleh Anwar Ibrahim Ini Pula Reaksi Sanusi M

Selepas Diheret Ke Mahkamah Oleh Anwar Ibrahim Ini Pula Reaksi Sanusi M

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 144 hits
Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berkata beliau bercakap mengenai sejarah susulan dakwaannya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkaitan berperwatakan tidak bermoral
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan