Dakwaan Enggan Keluar Kerajaan Hanya Propaganda



Dakwaan enggan keluar kerajaan hanya propaganda. Dakwaan 35 ahli Parlimen UMNO dijangka menolak ketetapan parti itu untuk keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya dimuktamadkan kelak, adalah tidak tepat dan sekadar propaganda pihak tertentu.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, beliau yakin pendirian ahli-ahli Parlimen UMNO ketika ini adalah bercampur-campur.
Menurutnya, ada dalam kalangan ahli Parlimen UMNO yang menyokong pendirian menolak ketetapan parti sebagaimana ditetapkan melalui Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 kerana percaya Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bakal dilantik Timbalan Perdana Menteri.
Tambahnya, ada juga ahli Parlimen UMNO yang terpaksa menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Hishammuddin hanya kerana mahu menolak kerjasama dengan DAP.
“(Mengenai pendirian 35 ahli Parlimen UMNO yang mahu kekal bersama kerajaan PN sehingga pembubaran Parlimen) Saya yakin itu tidak tepat dan sekadar propaganda,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian bagi menjawab desas-desus sejumlah 35 ahli Parlimen UMNO dikatakan mengadakan pertemuan di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur pada Jumaat malam dan berpendirian untuk menolak sebarang arahan parti bagi menarik sokongan daripada kerajaan PN.
Pertemuan itu disahkan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang menegaskan kesemua ahli Parlimen terlibat akan terus berpegang kepada ketetapan diputuskan PAU 2020 iaitu sokongan terhadap kerajaan PN akan diteruskan sehingga Parlimen terbubar.
Dari melobi jawatan TPM, baik jawatan PM

Pendirian itu juga sebagai reaksi balas terhadap tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang difahamkan telah mendapatkan sokongan majoriti ahli MKT parti untuk memuktamadkan keputusan penarikan sokongan UMNO daripada kerajaan PN, dalam mesyuarat MKT akan datang.
Jumlah keseluruhan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ketika ini adalah seramai 41 orang termasuk 38 daripada UMNO.
Mengulas lanjut apakah langkah UMNO setelah parti itu memuktamadkan penarikan sokongan terhadap kerajaan PN, Mohd Puad hanya menjawab ringkas: “Tunggu (keputusan) MKT.”
Sementara itu, seorang lagi ahli MKT UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar mengesahkan beliau ada mengadakan pertemuan bersama Ahmad Zahid dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Khamis minggu lalu.
Bagaimanapun, Exco Puteri UMNO itu menafikan beliau diarahkan menandatangani sebarang perakuan menyokong ketetapan UMNO keluar daripada kerajaan PN sebelum 1 Ogos.
“Apa yang pasti, pertemuan saya dengan Presiden UMNO hanya bersifat mesyuarat pre-council, dengan saya diberi peluang memberikan pandangan peribadi terhadap apa yang berlaku dalam parti.
“Bagi saya, pertemuan itu positif kerana Presiden UMNO memberi ruang untuk kami meluahkan pandangan selain beliau sendiri turut mengemukakan pandangan mengenai hala tuju masa hadapan parti,” kata beliau.
Ditanya sama ada Ahmad Zahid ada mengemukakan pandangan tentang keperluan UMNO menarik sokongan daripada kerajaan PN, Khaidhirah mengakui perkara berkenaan ada disebutkan, namun sebarang keputusan bergantung kepada mesyuarat MKT akan datang.
Dakwaan enggan keluar kerajaan hanya propaganda  
Baca Artikel Menarik :
Perebutan Kerusi Bagan Serai, Penyandang Terkejut Dengan Cita-Cita Wan Fayhsal Anwar kata sidang parlimen kali ini satu ‘penipuan’ Muhyiddin Dini mahu beli rumah impian dengan Janna Wawa Zainal teruja anak akhirnya makan ayam Resepi Kari Ikan Senangin Utara Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi Layari Laman Facebook MYKMU
Sidang khas Parlimen beri peluang bahas langkah tangani Covid-19

The post Dakwaan enggan keluar kerajaan hanya propaganda appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/07/dakwaan-enggan-keluar-kerajaan-hanya-propaganda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Ahli Mkt Umno Akan Keluar Dari Kerajaan Pn Atau Umno Akan Keluar Dari Kerajaan Pn Sebelum 1 Ogos

Hanya Ahli Mkt Umno Akan Keluar Dari Kerajaan Pn Atau Umno Akan Keluar Dari Kerajaan Pn Sebelum 1 Ogos

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 301 hits
July 6 2021 Ahli MKT yakin Umno akan keluar kerajaan sebelum 1 Ogos Anggota majlis tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata dia yakin parti itu akan memuktamadkan keputusan untuk keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional sebelum 1 Ogos I...
Hanya 5 Dari 40 Ahli Parlimen Umno Nak Keluar Dari Kerajaan Pn

Hanya 5 Dari 40 Ahli Parlimen Umno Nak Keluar Dari Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 377 hits
July 4 2021 Hanya 5 ahli parlimen Umno nekad keluar kerajaan PN 35 daripada 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga akhir penggal 31 Ahli Parlimen UMNO tidak akan mematuhi sebarang keputusan Majlis T...
Perlu Tukar Kerajaan Baru Untuk Keluar Dari Covid Johari

Perlu Tukar Kerajaan Baru Untuk Keluar Dari Covid Johari

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 264 hits
Kegagalan kerajaan Perikatan Nasional menangani pendemik Covid 19 sejak lebih setahun lalu memerlukan pertukaran kerajaan agar satu strategi baharu yang berkesan dapat digerakkan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah Datuk Johari ...
Kesetiaan Dalam Umno Kian Hancur Tindakan Keluar Kerajaan Tak Boleh Dilengahkan Lagi

Kesetiaan Dalam Umno Kian Hancur Tindakan Keluar Kerajaan Tak Boleh Dilengahkan Lagi

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 253 hits
Nampaknya satu demi satu rakaman audio mesyuarat MT UMNO pada 7 Julai lalu dibocorkan kepada umum Setelah sebelum ini audio Zahid Hamidi dan Abdul Rahman Dahlan dalam mesyuarat tersebut dibocorkan semalam audio Tajuddin Abdul Rahman pula di...
Umno Umum Keluar Kerajaan Serta Merta

Umno Umum Keluar Kerajaan Serta Merta

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 272 hits
Umno perlu keluar kerajaan sebelum program vaksinasi berjaya Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung malam ini merancang untuk meneruskan tindakan keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional dengan segera dan mahu jawatan Perdana M...
Hanya Seorang Boleh Keluar Radius 10 Km

Hanya Seorang Boleh Keluar Radius 10 Km

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 293 hits
Oleh MOHD RASDAN AHMAD Gambar hiasanPETALING JAYA Semua penduduk di dalam kawasan perintah kawalan pergerakan diperketat di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing masing Menteri Kanan Datu...
Umno Dilihat Tamak Kuasa Jika Keluar Kerajaan Pn Penganalisis Politik

Umno Dilihat Tamak Kuasa Jika Keluar Kerajaan Pn Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 351 hits
KUALA LUMPUR UMNO akan dilihat rakyat sebagai parti yang tamak kuasa dan tidak boleh bergantung harap jika bertindak keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional
Hanya Kerajaan Persekutuan Boleh Tutup Kilang Exco Selangor

Hanya Kerajaan Persekutuan Boleh Tutup Kilang Exco Selangor

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 296 hits
Oleh Anggota penguat kuasa PBT Selangor meninjau warga asing melakukan aktiviti harian bersantai dan lepak dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Meru Klang baru baru ini SHAH ALAM Lesen pengoperasian kilang dikeluarkan ...
Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Mendaki Rawang Bypass

Marjeena Cafe Parit Buntar

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Texas88 Types Of Games Available At Agent

Jpbm Pahang Terima 11 Kes Kecemasan Ketika Lakukan Aktiviti Mendaki Gunung Bukit Dalam Tempoh Lapan Bulan

Kerajaan Pahang Akan Terus Pantau Aktiviti Ladang Haram Biar Pun Semua Kawasan Diceroboh Telah Dibersihkan

Melaka Remaja Perempuan Ditikam Ketika Menunggang Motosikal

High Voltage High Speed Utility Giant Tnb Makes Rtd S Fast And Furious List Of Shame

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark