Dakwaan Dilantik Pm Interim Hanya Khabar Angin Ismail Sabri


Siti Hafidah

Kemungkinan dakwaan dibuat bagi pecah belahkan, keruhkan suasana dalam kerajaan BERA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, menyifatkan dakwaan dirinya akan dilantik sebagai Perdana Menteri interim hanya sebagai khabar angin yang tular di portal media dan media sosial.
Beliau berpandangan bahawa dakwaan itu berkemungkinan dibuat bagi memecahbelahkan atau mengeruhkan suasana dalam kerajaan, yang sedang berusaha menangani permasalahan lebih besar iaitu penularan COVID-19 dan kesusahkan rakyat dalam situasi pandemik sekarang.
“Saya juga difahamkan dalam Perlembagaan Persekutuan, tiada istilah Perdana Menteri atau kerajaan interim…itu saya anggap hanya khabar angin. Kita tidak perlu layan bila ada pihak yang hendak memecahbelahkan kerana jika dilayan, ia akan bertambah teruk.
“Jangan terlalu ikut dengan apa yang digembar-gemburkan kerana tindakan yang sepatutnya ialah mendamaikan atau menyejukkan suasana. Mari kita bersatu kerana tanggungjawab kita lebih besar dan kenapa tidak kita fokus kepada perkara tersebut,” katanya.
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan bakul makanan kepada golongan memerlukan di Masjid Charuk Puting serta meninjau pelaksanaan jambatan Guai di sini, hari ini.
Beliau mengulas dakwaan di portal media semalam, bahawa dirinya mempunyai sokongan kuat dalam kalangan anggota Kabinet untuk dilantik sebagai Perdana Menteri interim bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan dakwaan rundingan mengenainya sedang berjalan di peringkat kepimpinan Perikatan Nasional (PN).
Dalam perkembangan berasingan, Ismail Sabri berkata, isi kandungan surat bertarikh 29 Julai lepas, yang menggunakan logo Barisan Nasional (BN) pada kepala suratnya, mengenai 40 ahli Parlimen parti itu menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, sebagai sah.
Katanya, surat yang meletakkan namanya pada bahagian bawah sebagai ‘penghantar’, dibuat selepas bertemu dan mendapatkan persetujuan 39 ahli Parlimen BN terlibat, menyebabkan beliau berpandangan kenyataan Setiausaha Eksekutif BN Mohamad Shafri Ab Aziz bahawa surat itu palsu hanya berkaitan isu penggunaan kepala surat berkenaan.
“Bila saya hendak buat kenyataan akhbar, nak guna letter head (kepala surat) apa? Letter head BN lah kerana saya dan MP yang lain juga adalah dari BN. Bagi saya, tidak timbul isu kerana yang penting ialah isi kandungannya iaitu 40 orang daripada 42 ahli Parlimen BN menyokong kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya.
Ismail Sabri berpandangan perkara itu juga tidak bertentangan dengan ketetapan Majlis Tertinggi UMNO yang memberi kebebasan kepada Ahli Parlimennya selain menteri dari parti itu tidak perlu meletak jawatan.
“… dari sudut undang-undang jika menarik sokongan (terhadap) Perdana Menteri, maka kerajaan akan tumbang dan ahli Parlimen terlibat berpandangan kita menyokong kerajaan supaya tidak tumbang,” katanya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/dakwaan-dilantik-pm-interim-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belum Sebulan Dilantik Tpm Ismail Sabri Bakal Dilantik Pm Interim

Belum Sebulan Dilantik Tpm Ismail Sabri Bakal Dilantik Pm Interim

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 258 hits
freemalaysiatoday com July 31 2021 3 15 PMDifahamkan Muhyiddin sebelum ini dinasihati untuk tidak meletak jawatan susulan kontroversi pembatalan ordinan darurat tanpa perkenan Istana Negara PETALING JAYA Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabr...
Khabar Angin Cuba Pecah Belahkan Kerajaan Ismail Sabri

Khabar Angin Cuba Pecah Belahkan Kerajaan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 227 hits
BERA Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan khabar angin bahawa beliau akan dilantik sebagai perdana menteri interim dalam mengatasi kekalutan politik negara pada masa ini Beliau menyifatkan khabar angin yang berk...
Interim Pm Only Rumours With Aim To Cause Disunity Says Ismail Sabri

Interim Pm Only Rumours With Aim To Cause Disunity Says Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 311 hits
Deputy Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob has brushed aside talks that he will be named as interim prime minister NSTP FARIZUL HAFIZ AWANGBERA Deputy Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob has brushed aside talks that he w...
Tpm Nafi Khabar Angin Beliau Akan Di Lantik Pm Interim Cubaan Pecah Belahkan Kerajaan

Tpm Nafi Khabar Angin Beliau Akan Di Lantik Pm Interim Cubaan Pecah Belahkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 354 hits
BERA Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan khabar angin bahawa beliau akan dilantik sebagai perdana menteri interim dalam mengatasi kekalutan politik negara pada masa ini Beliau menyifatkan khabar angin yang berk...
Ku Li Ismail Sabri Calon Pm Interim Ganti Muhyiddin Kata Sumber

Ku Li Ismail Sabri Calon Pm Interim Ganti Muhyiddin Kata Sumber

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 221 hits
freemalaysiatoday com August 3 2021 8 05 PMSumber dalam Umno berkata terdapat dua kem yang mengetengahkan calon pilihan masing masing iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Ismail Sabri Yaakob PETALING JAYA Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri ...
Umno Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan Pn Sebagai Tpm

Umno Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan Pn Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 302 hits
BERA UMNO Bahagian Bera sebulat suara menyokong keputusan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kekal dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi meneruskan usaha menangani pandemik Covid 19 Dalam kenyataannya UMNO Bahagian Bera ber...
Ismail Sabri Bukan Pengkhianat Penganalisis

Ismail Sabri Bukan Pengkhianat Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 224 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media tergempar berkenaan Ahli Ahli Parlimen Barisan Nasional yang mengambil pendirian untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional di Menara DBKL Kuala Lumpu...
Mahiaddin Sah Tiada Majoriti Dimalukan Ismail Sabri Yang Bakal Dipecat Daripada Parti

Mahiaddin Sah Tiada Majoriti Dimalukan Ismail Sabri Yang Bakal Dipecat Daripada Parti

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 219 hits
Apabila Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tampil mengadakan sidang media tengahari tadi bersama 20 lagi Ahli Parlimen UMNO dan BN dengan penegasan untuk terus menyokong Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin sehingga sidang Parlimen ...
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Manjaberries Lancar Dua Produk Baharu Fokus Suplemen Semula Jadi Untuk Wanita

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Terus Melangkah Uk Setuju Bantu Malaysia Dalam Teknologi Dan Inovasi Baharu Fadillah

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung