Dakwa Nabi S A W Tak Mahu Berubat Sebelum Wafat Letak Ubat Waktu Sihat Adalah Syirik Dr Rozaimi Bidas Ustaz Ini


 

August 29, 2021 11:55 am


Video Player01:3702:13 
Tersebar pula video hamba Allah ini. Saya ingat setelah berdialog dengan saya dulu dia sudah berubah nampaknya makin teruk pula pemikiran dia.
Oleh kerana beliau menyebutkan hadis di dalam ucapannya maka saya ingin memberikan sedikit komentar. Banyak dakwaan beliau dalam video 2 minit ini. (Video penuh boleh rujuk di sini: https://www.facebook.com/113203386750205/videos/1115913452268653/ )
Saya ringkaskan seperti berikut:
1. Nabi sallallah alaih wasallam tidak mahu berubat sebelum wafat. Ustaz ini menyebutkan hadis dengan lafaz:
ي
Dakwa beliau ulama zaman ini tidak menyebutkan hadis ini di zaman ini.
2. Beliau mendakwa bahawa orang sakit kita tidak boleh bagi dia ubat.
3. Beliau kurang percaya dengan sistem kesihatan negara kita yang dilihat tidak begitu amanah.
4. Letak ubat waktu sihat untuk mempertahankan diri adalah satu syirik.
Berikut jawapan saya:
1. Dakwaan kononnya Nabi sallallah tidak mahu berubat sebelum wafat.
i. Jika beliau maksudkan bahawa Nabi sallallah alaih wasallam tidak mahu berubat ketika sakit, lalu kita dilarang berubat maka ini adalah dakwaan yang pelik bahkan batil. Jika kita lihat dalam hadis, baginda sendiri menggalakkan orang yang sakit untuk berubat. Dalam hadis Nabi sallallah alaih wasallam bersabda:
إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً ، فَتَدَاوَوْا
Maksudnya: Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan penawar serta Dia menjadikan bagi setiap penyakit itu ada penawar. Maka kamu berubatlah. (HR Abu Daud dengan sanad sahih)
Nabi sallallah alaih wasallam bersabda:
مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
Maksudnya: Allah tidak menurunkan penyakit melainkan Dia menurunkan penyembuhan baginya. (HR Al-Bukhari)
Dalam hadis ini jelas menunjukkan kebenaran untuk manusia berubat.
ii. Bahkan jika diteliti dalam hadis, Nabi sallallah alaih wasallam sendiri berubat ketika baginda sakit. Ibn Abbas meriwayatkan:
احتجم النبي صلى الله عليه وسلم في رأسه وهو محرم من وجع كان به
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallah alaih wasallam berbekam di kepala baginda ketika baginda berihram disebabkan sakit yang ada di kepala baginda. (HR al-Bukhari)
Hadis ini jelas menunjukkan kebenaran berubat ketika sakit. Jadi wahai ustaz, jangan menipu masyarakat dengan penyelewengan terhadap hadis.
iii. Manakala hadis yang beliau bacakan itu, ia hadis yang sahih. Berikut saya bawakan lafaz penuhnya. Aisyah berkata:
لددناه في مرضه فجعل يشير إلينا أن لا تلدوني، فقلنا: كراهية المريض للدواء، فلما أفاق قال: ألم أنهكم أن تلدوني؟ قلنا: كراهية المريض للدواء، فقال: لا يبقى أحد في البيت إلا لد وأنا أنظر إلا العباس فإنه لم يشهدكم.
Maksudnya: “Kami memasukkan Ladud kepada baginda sewaktu sakitnya”, baginda mengisyaratkan bahawa jangan masukkannya kepada saya. Kami berkata: “Itu hanya kebencian orang sakit kepada ubat”. Ketika baginda tersedar baginda bersabda: “Tidakkah saya melarang kalian daripada memasukkan ladud kepada saya?” Kami berkata: “Itu kebencian orang sakit kepada ubat”. Baginda bersabda: “Jangan sesiapa pun berada dalam rumah ini melainkan akan diletakkan ladud kepadanya dalam keadaan saya melihatnya kecuali al-‘Abbas kerana beliau tidak melihat kamu semua (ketika kamu lakukannya pada saya). (HR al-Bukhari)
Inilah lafaz penuh bagi hadis yang ustaz ini bacakan. Jika dilihat ia berkaitan dengan perubatan menggunakan ladud. Apa itu ladud?
Ladud ialah ubat yang diletakkan di bahagian tepi mulut untuk pesakit.
Persoalannya mengapa Nabi sallallah alaih wasallam tidak mahu diletakkan ubat pada mulutnya?
Ustaz ini buat kesimpulan mudah, nabi tidak tidak mahu berubat. Jadi menurut beliau, orang sakit kita tidak boleh bagi ubat. Lalu dia pun kata dia tak nak ke hospital jika sakit.
Ini kesimpulan yang menyeleweng daripada ustaz ini. Menolak hadis-hadis sahih yang membenarkan perubatan. Mengabaikan hadis sahih yang baginda sendiri berubat ketika sakit. Bahkan jika dilihat dalam hadis yang beliau bacakan dalam video ini, Nabi sallallah alaih wasallam sendiri membalas kepada semua yang ada di situ supaya diletakkan ubat di mulutnya kecuali Al-Abbas. Maknanya boleh memakan ubat walaupun tidak sakit. Jelas ustaz ini tidak faham hadis yang beliau bacakan.
Jadi apa makna bagi hadis ini sebenarnya? Sebenarnya ulama hadis telah berbahas mengenai perkara ini. Jika diteliti dalam kitab syarah hadis, kita dapati ulama mempunyai sekurang-kurang dua tafsiran bagi hadis ini:
Pertama: Nabi sallallah alaih wasallam tidak mahu berubat apabila sudah mengetahui baginda akan wafat setelah memilih untuk wafat ketika diberi pilihan oleh Allah sama ada mahu hidup atau meninggal dunia. Oleh itu, tidak ada keperluan lagi untuk berubat kerana akhirnya baginda akan wafat.
Kedua: Baginda mengetahui bahawa ubat berkenaan tidak berkaitan dengan sakit yang baginda alami. Ini bermakna ubat berkenaan sia-sia dan tidak bermanfaat. Al-Qastallani menegaskan:
وإنما أنكر التداوي لأنه كان غير ملائم لدائه لأنهم ظنوا أن به ذات الجنب فداووه بما يلائمها ولم يكن به ذلك.
Maksudnya: Sesungguhnya baginda membantah perubatan itu kerana ia tidak sesuai dengan penyakit baginda disebabkan mereka menyangka baginda terkena jangkitan Zat al-Janb (jangkitan paru-paru) maka mereka mengubatinya dengan yang sesuai dengannya (penyakit sangkaan itu) sedangkan baginda tidak ada penyakit itu. (Irsyad al-Sari)
Ibn Hajar pula menegaskan:
وإنما أنكر التداوي لأنه كان غير ملائم لدائه ، لأنهم ظنوا أن به ذات الجنب فداووه بما يلائمها ، ولم يكن به ذلك كما هو ظاهر في سياق الخبر كما ترى ، والله أعلم .
Sesungguhnya baginda membantah perubatan itu kerana ia tidak sesuai dengan penyakit baginda disebabkan mereka menyangka baginda terkena jangkitan Zat al-Janb (jangkitan paru-paru) maka mereka mengubatinya dengan yang sesuai dengannya (penyakit sangkaan itu) sedangkan baginda tidak ada penyakit itu seperti mana yang zahir dalam konteks hadis ini seperti yang engkau lihat. Allah lebih mengetahui. (Fath al-Bari)
Tafsiran kedua ini selari dengan hadis riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan Ibn Sa’d. Al-Arnout dan Husain Salim Asad menilainya sebagai hasan.
Inilah yang difahami oleh ulama terhadap hadis ini iaitu sahabat menyangka Nabi sallallah alaih wasallam terkena penyakit Zat al-Janb maka ubat yang mereka berikan ialah ubat itu. Sedangkan baginda tidak menghidapi penyakit itu. Jadi berhentilah menyebarkan penyelewengan terhadap hadis ini wahai Ustaz.
Maka jangan hairan jika ulama tidak sebut hadis ini pada waktu kerana hadis ini tidak berkaitan dengan larangan berubat apabila sakit.
2. Dakwaan kedua beliau kata orang sakit kita tidak boleh bagi dia ubat. Ini pemahaman yang batil. Tetapi yang pelik beliau kata pada awalnya beliau tidak mahu pergi ke mana-mana hospital jika sakit. Jika beliau sakit beliau akan sabar atau pun minta nasihat doktor yang amanah. Mana satu ni pak ustaz? Boleh berubat atau tidak boleh? Kalau dah tanya doktor biasanya doktor akan cadangkan ubat. Jika berubat tidak boleh maka apa perlu tanya doktor? Saya betul-betul pening dengan kenyataan ini. Izinkan saya makan panadol jika pening ini berlarutan kerana saya menganggap berubat dibolehkan jika sakit.
3. Dakwaan beliau tidak percaya dengan sistem kesihatan di negara kita. Saya rasa kita orang Malaysia ini terbuka menerima kritikan dan cadangan baik untuk memperbaiki sistem kesihatan kita. Tapi jangan sesekali orang luar menimbulkan keraguan tentang sifat amanah frontliners kami. Ini melampui batas namanya. Ini biadab. Saya cadangkan agar rakyat Malaysia yang sayangkan negara buatlah laporan polis tentang kenyataan tidak bertanggungjawab ini.
4. Dakwaan letak ubat waktu sihat untuk mempertahankan diri adalah syirik.
i. Saya tidak tahu daripada mana beliau belajar bab syirik. Sampai perkara ini pun ingin disyirikkan.
ii. Perlu diketahui vaksin ini bukannya ubat. Ia untuk merangsang antibodi untuk melawan penyakit. Mufti-mufti di Malaysia bahkan seluruh dunia mengharuskan penggunaannya. (Lihat: https://www.sinarharian.com.my/article/124060/BERITA/Nasional/Jangan-ragui-status-halal-vaksin-Mufti )
Konsep vaksin ini hampir menyamai saranan Nabi sallallah alaih wasallam untuk mencelup lalat ketika ia jatuh dalam minuman. Celupan itu untuk menghilangkan mudarat yang bakal hadir daripada kuman di sebelah kepak lalat tersebut. Kita tidak perlu menunggu untuk sakit dahulu barulah celupan itu dibuat. Celupan itu dibenarkan untuk semua orang sama ada yang sakit atau yang sihat.
Oleh itu, ulama besar seluruh dunia membenarkan pengambilan vaksin covid bahkan mereka sendiri mengambilnya.
Jadi saya nasihatkan ustaz ini dengan nasihat yang ringkas:
Jangan merepek!
Dr Rozaimi Ramle
P.s: kita semua manusia, ada masanya kita sakit. Ada masanya anak kita sakit. Masa itu nilailah kembali video ini semula jika Allah takdirkan orang yang kita sayang sakit tenat. Moga Allah lindungi kita semua.
Sumber: Dr Rozaimi Ramle



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/dakwa-nabi-saw-tak-mahu-berubat-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Saya Berjangkit Dari Orang Dah Vaksin Oktovia Menrose Dakwa Vaksin Bukan Penentu Diri Sihat

Hiburan Saya Berjangkit Dari Orang Dah Vaksin Oktovia Menrose Dakwa Vaksin Bukan Penentu Diri Sihat

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 471 hits
Sedia maklum sejak kebelakangan ini isu pihak menolak dari menerima vaksin sering kali menjadi perbualan hangat di media sosial dan setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza beza mengenai hal ini ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementTidak ter...
Covid 19 Adalah Pemangkin Berita Utama Sebelum Pembukaan Jackson Hole Simposium Gambaran Keseluruhan Usd Nzd Dan Aud

Covid 19 Adalah Pemangkin Berita Utama Sebelum Pembukaan Jackson Hole Simposium Gambaran Keseluruhan Usd Nzd Dan Aud

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 159 hits
Berita positif mengenai COVID 19 nampaknya menjadi pemangkin utama pertumbuhan sejak beberapa hari lalu Semalam FDA meluluskan vaksin Pfizer BioNTech sepenuhnya yang diharapkan dapat meningkatkan kadar imunisasi Data AS terbaru menunjukkan ...
Resipi Frittata Italian Dish Menu Sihat Sesuai Dimakan Waktu Sarapan Dan Makan Tengahari

Resipi Frittata Italian Dish Menu Sihat Sesuai Dimakan Waktu Sarapan Dan Makan Tengahari

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 354 hits
Panas panas buat terus tadi update resipi Frittata Italian dish di blog juju Semangat Ya menu sedap senang disediakan dan mudah dibuat mesti juju suka kongsikan Semua untuk manafaat bersama Bukan untuk juju dan keluarga seorang Juju suka ko...
Pokok Terbaik Ustaz Kazim Cadangkan Untuk Ditanam Sebagai Persediaan Waktu Kecemasan Pada Masa Depan

Pokok Terbaik Ustaz Kazim Cadangkan Untuk Ditanam Sebagai Persediaan Waktu Kecemasan Pada Masa Depan

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 437 hits
Pokok Terbaik Ustaz Kazim Cadang Untuk Ditanam Sebagai Persediaan Waktu Kecemasan Pada Masa Depan Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Kalau Berat Badan Isteri Makin Bertambah Cuba Periksa Emosi Waktu Tidur Dia Cukup Ke Tak

Kalau Berat Badan Isteri Makin Bertambah Cuba Periksa Emosi Waktu Tidur Dia Cukup Ke Tak

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 303 hits
Berat badan isteri yang berlebihan selalu dianggap isteri kuat makan dan banyak berehat daripada melakukan sebarang kerja Sebenarnya bukan itu faktornya isteri yang kurang rehat dan tak cukup tidur juga boleh menyebabkan berlakunya perubaha...
Wagub Dki Sebut Aturan Pengawasan Tarif Tes Pcr Terbit Dalam Waktu Dekat

Wagub Dki Sebut Aturan Pengawasan Tarif Tes Pcr Terbit Dalam Waktu Dekat

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 182 hits
Pengawasan tarif maksimal tes PCR setelah Badan Pengawasan Keuangan dan Pembangunan melakukan evaluasi terkait batasan tarif tertinggi tes PCR
Waktu Solat Menurut Perspektif Sains Dan Al Quran

Waktu Solat Menurut Perspektif Sains Dan Al Quran

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 189 hits
Solat menjadi Ibadah utama seorang muslim dan merupakan rukun islam kedua kewajipan solat ini menjadi salah satu cara untuk seorang hamba Nya berkomunikasi dna emndekatkan diri dengan Tuhannya Pelbagai hikmah dan kelebihan didapati berkaita...
Air Selusuh Doa Al Quran Ikhtiar Waktu Dekat Bersalin Lagi Afdal Suami Buat Sendiri

Air Selusuh Doa Al Quran Ikhtiar Waktu Dekat Bersalin Lagi Afdal Suami Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 325 hits
Pastinya ramai ibu ibu yang bakal bersalin atau dah ada pengalaman bersalin tahu mengenai air selusuh Sebab ada yang kata ambil air selusuh ini masa dah betul betul sakit dan anak keluar dengan mudah serta sakitnya hanya sekejap saja Waalla...
Butuh Waktu Pulihkan Fungsi Paru Paru Penderita Covid 19 Seperti Semula

Butuh Waktu Pulihkan Fungsi Paru Paru Penderita Covid 19 Seperti Semula

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 189 hits
Sedangkan bagi orang yang memiliki komorbid diabetes kata dr Rudy kadar gula darahnya akan berantakan pasca terinfeksi Covid 19 Penyebabnya adalah obat obatan yang dikonsumsi selama masa perawatan
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Joker123th 100