Dakwa Matrikulasi Tidak Relevan Satu Kenyataan Tidak Bertanggungjawab


Wartawan MalaysiaGazette Mohamed Khaled Nordin
KUALA LUMPUR – Dakwaan Tun Daim Zainuddin bahawa program matrikuasi sudah tidak relevan lagi adalah kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan tersasar dan bersifat pukul rata.

Ini kerana, Daim tidak mengemukakan sebarang data untuk menyokong saranannya dengan menunjukkan data lengkap pencapaian orang Melayu dan India dalam bidang sains peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bandingkan dengan pencapaian bangsa Cina.

Data itu dapat melihat sama ada calon STPM Melayu, Bumiputera dan India mencukupi dan layak untuk diterima masuk ke kursus kritikal seperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan lain-lain.

Tanpa mengemukakan data dan statistik yang empirikal, kenyataan Daim boleh disifatkan sekadar andaian, tidak berasas, malah sangat tidak bertanggungjawab, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Jelasnya, Daim mesti memahami Program Matrikulasi bukanlah pintu belakang untuk orang Melayu dan Bumiputera masuk ke universiti awam, sebaliknya ia adalah instrumen pemberdayaan yang sangat penting.

Kepada kebanyakan golongan Bumiputera dari golongan B40, ia adalah satu-satunya jalan alternatif yang boleh membantu dan membongkar potensi sebenar mereka, sesuai dengan latar sosioekonomi keluarga, kemampuan kewangan, minat dan kecenderungan mereka.

“Ingatlah, Malaysia ini bukan hanya tentang Bangsar, Bukit Tunku, Taman Melawati mahupun Taman Tun Dr. Ismail yang terletak dalam persekitaran sekolah yang moden, baik dan disokong dengan kemampuan keluarga untuk mengikuti kelas tambahan dan segala macam program pembangunan diri sejak awal.

“Sebaliknya, 70% Malaysia adalah kawasan luar bandar dengan prasarana pendidikan serba kekurangan,” katanya sambil meminta Daim bertanya kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik tentang pengalaman beliau melihat daifnya kemudahan sekolah di Sabah dan Sarawak.

Menurut Naib Presiden UMNO itu, tanpa prasarana terbaik dan tanpa kemampuan untuk mendapat bimbingan persendirian selepas kelas sejak kecil, tanpa pendedahan yang lengkap dan berterusan, mana mungkin pelajar ini semua dapat bersaing dengan pelajar bandar yang sudah jauh terkehadapan.
Tanpa Pusat Matrikulasi, pelajar luar bandar bukan sahaja akan ketinggalan, tetapi dizalimi.

Khaled berkata, dakwaan Daim mengatakan bahawa memasuki Program Matrikulasi bermakna para pelajarnya kurang bermutu dan tidak berdaya saing juga tidak benar kerana kebanyakan pelajar terpilih mempunyai prestasi akademik yang baik dan mencukupi.

“Ingatlah Tun Daim, persaingan memasuki IPTA bukan dinilai hanya pada keputusan akademik. Ada pelbagai perimeter yang digunakan sebagai asas kelayakan. Di Matrikulasilah semua nilai tambah ini disemai dan dikukuhkan.

“Anggapan bahawa pelajar matrikulasi berhadapan dengan silibus dan ekosistem pembelajaran yang mudah dan tidak kompetitif juga adalah sangat meleset kerana peperiksaan matrikulasi adalah setara kualitinya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM),” ujarnya.

Program Matrikulasi dirangka dengan matlamat mempersiapkan pelajar untuk berhadapan dengan tuntutan hidup di universiti secara lebih baik dan komprehensif terutama kepada pelajar luar bandar yang serba ketinggalan.

Malah, Program Matrikulasi adalah satu inisiatif dan ikhtiar bukan ekonomi bagi menyelesaikan masalah kesenjangan dalam negara ini.

Lantaran itu, Daim tidak boleh menyangkal bahawa kesenjangan ekonomi, pendidikan dan peluang adalah realiti yang amat ketara, nyata dan semakin membarah di Malaysia.

“Tun Daim harus melihat dalam konteks yang besar. Betapa Program Matrikulasi menyediakan peluang pendidikan kepada anak-anak Bumiputera dan bukan Bumiputera yang berkemampuan rendah untuk mengubah hidup mereka.

“Anggapan Program Matrikulasi sebagai jalan belakang untuk mengimbangi komposisi kaum semata-mata amatlah salah. Sejak ia dilaksanakan, ia telah melalui beberapa fasa pembaharuan.

“Yang lebih penting, jika Kerajaan Pakatan Harapan menganggap Program Matrikulasi ini tidak relevan, mengapa pula mereka menambah bilangan kemasukan pelajar ke program itu dengan angka yang sangat besar?,” katanya.

Sewajarnya Daim tampil dan memberikan idea dan saranan bagi memperbaiki Program Matrikulasi dan menjadikannya lebih ‘sophisticated’ dalam konteks pendidikan tinggi yang mencabar kini. 
Bukannya memilih untuk melihat perkara ini dari sudut perkauman yang sempit semata-mata.

Jelas Khalid, hal ehwal pendidikan adalah untuk kepentingan sejagat dan sebarang kenyataan haruslah berdasarkan fakta dan norma semasa.

Daim seharusnya lebih bertanggungjawab dalam menyuarakan pandangan beliau, bukannya mengikut sikap prejudis dan andaian semata-mata. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/dakwa-matrikulasi-tidak-relevan-satu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Tun Daim Matrikulasi Sudah Tidak Relevan Tersasar Tak Tepat

Kenyataan Tun Daim Matrikulasi Sudah Tidak Relevan Tersasar Tak Tepat

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 373 hits
1 Beberapa hari lalu Tun Daim Zainuddin menyatakan pandangan bahawa Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sudah tidak relevan untuk dilaksanakan kerana matlamat asal penubuhan program tersebut bagi mengimbangi agihan kaum di u...
Kenyataan Takiyuddin Tentang Anwar Tak Bertanggungjawab

Kenyataan Takiyuddin Tentang Anwar Tak Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 298 hits
Kenyataan Takiyuddin tentang Anwar tak bertanggungjawab Umum tahu bahawa pertuduhan terhadap Anwar bersifat politik yang akhirnya membawa kepada pengampunan penuh YDPA kata timbalan presiden PKR
Matrikulasi Sudah Tak Relevan Kerana Matlamat Asal Telah Tercapai Daim

Matrikulasi Sudah Tak Relevan Kerana Matlamat Asal Telah Tercapai Daim

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 317 hits
SHAH ALAM Program matrikulasi sudah tidak relevan untuk dilaksanakan pada masa kini kerana matlamat asal penubuhan program bagi mengimbangi agihan kaum di universiti sudah tercapai Memetik laporan Malaysiakini bekas Pengerusi Majlis Penasih...
Mengapa Muet Untuk Guru Guru Bahasa Inggeris Jadi Satu Polemik Besar

Mengapa Muet Untuk Guru Guru Bahasa Inggeris Jadi Satu Polemik Besar

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 331 hits
Bulan Ramadan tahun ini kecoh pula di media sosial berkenaan keperluan untuk guru guru Opsyen Bahasa Inggeris perlu duduki ujian MUET Kesilapan media yang quote kata kata menteri pun satu hal Mula mula katanya kemudia timbul pula berita yan...
Taman Rekreasi Gunung Lang Salah Satu Tempat Menarik Di Ipoh Perak

Taman Rekreasi Gunung Lang Salah Satu Tempat Menarik Di Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 1181 hits
Taman Rekreasi Gunung Lang Salah Satu Tempat Menarik Di Ipoh Perak Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Alhamdulillah hari sudah hari ke 5 kita berpuasa di bulan Ramadan semoga kita terus kuat dalam menjalani ibadah dan memperbanyakkan...
Remaja Buli Oku Warga Emas Satu Kampung Turun Ajar

Remaja Buli Oku Warga Emas Satu Kampung Turun Ajar

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 611 hits
Viral di media sosial bilamana video berdurasi 1 24 minit memperlihatkan sikap kurang ajar remaja membuli sorang warga emas dipercayai Orang Kurang Upaya Video berkenaan juga mendapat kecaman netizen yang melihat video berkenaan dipercayai ...
Risma Gelar Doa Bersama Peringati Satu Tahun Bom Bunuh Diri Di Gereja

Risma Gelar Doa Bersama Peringati Satu Tahun Bom Bunuh Diri Di Gereja

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 382 hits
Sementara Kapolrestabes Surabaya Kombes Pol Sandi Nugroho mengingatkan bahwa saat terjadi ledakan ketakutan tidak hanya pada masyarakat tapi seluruh lapisan Sebab korban juga terjadi dari pihak aparat Makanya hari ini kita refleksikan bersa...
Facebook Buka Suara Atas Kritik Keras Salah Satu Pendirinya

Facebook Buka Suara Atas Kritik Keras Salah Satu Pendirinya

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 365 hits
Salah satu pendiri Facebook Chris Hughes belum lama ini mengkritik keras CEO Facebook Mark Zuckerberg beserta sejumlah keputusannya
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord