Dakwa Jk Harmoni Agenda Pluralisme Agama Tak Benar Menteri Perpaduan


malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Sep 11, 2024 8:57 AM
Tohmahan dibuat Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard yang menyatakan penubuhan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) sebagai agenda pluralisme agama di bawah kerajaan, adalah keterlaluan dan tidak benar sama sekali.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata kerajaan terdahulu melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2020, bersetuju dengan penubuhan JK HARMONI sebagai platform merapatkan jurang antara badan agama Islam dan selain Islam, serta berkongsi pandangan yang memberi manfaat kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.

“Dua fungsi utama jawatankuasa ini termasuk mencadangkan kepada kerajaan berhubung pelaksanaan strategi yang bersesuaian serta berteraskan nilai murni keagamaan, demi meningkatkan kefahaman dan keharmonian mengenai kepelbagaian agama.

“Ia juga berfungsi untuk melaksanakan aktiviti kesedaran dan keharmonian antara penganut agama demi manfaat masyarakat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ia sebagai maklum balas kepada kenyataan Che'gu Bard semalam yang mendakwa JK HARMONI tidak harus diwujudkan, selain membuat tuduhan palsu bahawa kehadiran anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) ke rumah ibadat selain Islam (RISI) melalui Program Harmoni MADANI, melibatkan aktiviti ritual dengan tujuan untuk menyamaratakan agama lain dengan Islam.

Bagaimanapun Aaron menekankan pelaksanaan Program Jejak Harmoni iaitu salah satu program di bawah Inisiatif Harmoni MADANI, tidak langsung menyentuh tentang akidah atau amalan ritual mana-mana agama.

“Program ini bertujuan untuk menyebarkan semangat kebersamaan, saling memahami, mengangkat nilai sejagat antara agama, sekali gus mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Pelaksanaan Inisiatif Harmoni MADANI mengetengahkan konsep asas integrasi nasional iaitu ‘Faham, Hormat dan Terima’ bagi memastikan budaya keharmonian antara masyarakat sentiasa terpelihara,” katanya.

Aaron berkata pengurusan isu dan cabaran menyentuh konteks perpaduan, memerlukan pendekatan dan inisiatif berterusan bagi memastikan keadaan perpaduan masyarakat sentiasa terpelihara.

“Sehubungan itu, KPN dengan kerjasama JAKIM telah menjadikan keharmonian antara penganut agama sebagai agenda utama, dalam meningkatkan keharmonian rakyat di negara ini,” katanya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/dakwa-jk-harmoni-agenda-pluralisme.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Agama Jumpa Wakil Mccbchst Jumaat

Menteri Agama Jumpa Wakil Mccbchst Jumaat

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 237 hits
freemalaysiatoday com 03 Sep 2024 08 00 PMPertemuan itu bagi membincangkan isu penempatan pegawai Jakim di jabatan kerajaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Na im Mokhtar berkata pertemuan dengan wakil MCCBCHST akan berlangsung 3 pet...
Sejarah Bekas Menteri Paling Lekeh

Sejarah Bekas Menteri Paling Lekeh

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 165 hits
Anwar jelaskan ketika dia umum harga turun satu ketika dulu Khairi saja buat buat tak tahu kot Patut Umno buang dia Zuwairi Md Yusof Di awal tahun 2000 dia jaga pintu sebab pak mertua jadi PM Semua dalam Umno sembang bab dia Dengan kemegaha...
Menteri Dap Buat Hal Lagi M Sia S Pura Israel

Menteri Dap Buat Hal Lagi M Sia S Pura Israel

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 406 hits
Benarkah Malayia Ailines bawa jamaah umrah berpatah balik selepas 2 jam berlepas 1 Isu Malaysia Airlines Siapa perlu tanggungjawab Adakah Menteri DAP itu dari M sia atau S pura Wan Ahmad Fayhsal dan Anthony LokeKUALA LUMPUR Siapa yang perlu...
Hiburan Tak Rasa Ada Isu Pun Saya Ada Dua Lagi Kuota Menteri Besar Kedah Sanusi Kini Beristeri Dua

Hiburan Tak Rasa Ada Isu Pun Saya Ada Dua Lagi Kuota Menteri Besar Kedah Sanusi Kini Beristeri Dua

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 266 hits
Menteri Besar Kedah membuat pengakuan bahawa dirinya kini sudah beristeri dua dan wanita itu merupakan seorang anggota polis Hal yang menarik adalah isteri pertama Sanusi iaitu Tok Puan Seri Jusmalailani Jusoh sendiri yang meninangkan ister...
Adakah Benar Sistem Pendidikan Kita Gagal

Adakah Benar Sistem Pendidikan Kita Gagal

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 200 hits
By 29 Aug 2024Apa di sebalik kegagalan sistem pendidikan Malaysia Dengan begitu ramai guru cemerlang meninggalkan sistem serta anak muda berhijrah pasti ada sesuatu yang tidak kena Tetapi siapa yang berani untuk mengambil tindakan Beberapa ...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Resipi Kek Cupcake Apam Chocolate Moist Tiktok Iena Bakery

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor

Onoplus 15 Onoplus Top 46 By Marina

Prep Daging Menu Sihat

8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen

Sopan Dan Cantik Erissa Puteri Dan Gadis Veil Viral Diraikan Dalam Majlis Resepsi Di Kelantan Netizen Puji