Adakah Benar Sistem Pendidikan Kita Gagal




By Sukeshini Nair -29 Aug 2024
Apa di sebalik kegagalan sistem pendidikan Malaysia?

Dengan begitu ramai guru cemerlang meninggalkan sistem serta anak muda berhijrah, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi siapa yang berani untuk mengambil tindakan?




Beberapa bulan yang lalu, seorang rakan yang merupakan guru bahasa Inggeris sekolah menengah memberitahu saya bahawa dia telah memohon untuk bersara secara pilihan.

 “Kenapa? Kan ada banyak lagi tahun sebelum bersara,” saya bertanya.

“Cukuplah. Terlalu banyak kertas kerja,” jawabnya. “Dan hari ini, semuanya pasal markah…. Kemudian … ada lagi hal lain…. Awak pun tahulah, sistemnya!”

Saya tahu betul apa yang beliau maksudkan. Dirinya, seperti ramai penjawat awam etnik minoriti lain, telah pun mencapai siling kacanya! Tidak ada harapan langsung untuknya dapat menaiki tangga perkhidmatan awam dan meneruskan peranan yang lebih dinamik.

Saya berpeluang bekerja bersama dengannya sebelum ini dan tahu beliau seorang guru yang cemerlang dan guru sumber daerah yang menjadi sumber rujukan di peringkat negeri. Beliau pastinya akan menjadi contoh yang sangat baik sebagai pemimpin sekolah.

Semua orang tahu tentang dasar ‘tidak bertulis’ seperti ini, sebahagian daripadanya mungkin didalangi oleh ‘Napoleon kecil’ dalam sistem, dengan agenda perkauman peribadi yang mempengaruhi segala galanya. ‘Dasar’ ini boleh menjadi sesuatu yang sangat tidak menggalakkan serta mengenepikan peranan guru yang berdedikasi seperti beliau.

Ada juga seorang lagi guru yang saya kenali. Beliau adalah seorang guru bahasa Inggeris yang mahir dengan ijazah kedoktoran dalam pendidikan dan mempunyai pengalaman mengajar yang luas. Namun, beliau pun hanya menunggu masa sebelum memilih untuk keluar dari sistem dalam beberapa tahun.
Sebagai seorang guru etnik berbangsa minoriti, beliau telah dimaklumkan bahawa beliau tidak akan dilantik sebagai pengetua sekolah mana-mana sekolah kebangsaan (melainkan ia adalah sekolah mubaligh) – kerana peranan sedemikian kononya sudah dikhaskan untuk orang dari kumpulan etnik tertentu.

Jadi, siapa yang menulis dasar ‘tidak bertulis’ seperti ini?

Ini bukan perkara baru bagi saya. Namun, ia cukup menyedihkan saya. “Dasar’ ini tidak menggalakkan calon etnik minoriti yang berpotensi daripada menjadi pendidik kerana peluang kemajuan kerjaya yang terhad untuk mereka.

Dengan begitu ramai guru cemerlang meninggalkan sistem dan begitu ramai anak muda berhijrah, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi siapa yang berani untuk mengambil tindakan?

Dalam keadaan sebegini, PM telah meminta kemasukan guru daripada Singapura bagi membantu untuk membendung tahap kemerosotan dalam bahasa Inggeris di Malaysia.



Itu, bagi saya, adalah sesuatu yang memalukan negara. Adakah kita kini begitu kekurangan penutur bahasa Inggeris yang mahir di tanah kita sendiri sehingga kita perlu meminta mereka dari luar?
Kita bukan sahaja telah mensia-siakan mereka yang mempunyai kelebihan bahasa Inggeris di tempat kita sendiri sejak empat dekad yang lalu, tetapi kita juga gagal mengoptimumkan sumber yang sedia ada.

Ramai, termasuk beberapa pelajar saya sendiri, telah memohon untuk menjadi guru bahasa Inggeris. Tetapi mereka ditolak.

Apabila saya bertanya kepada mereka apa sebabnya, mereka mengangkat bahu dan berkata ia mungkin disebabkan oleh ‘kriteria’ pemilihan lain yang wujud untuk pendidikan guru.

Kita perlu mempertimbangkan secara serius kesan daripada tanggapan sebegitu.

Adakah seseorang guru yang berpotensi serta berkelayakan tinggi ditolak kerana ‘kriteria’ lain yang wujud, selain daripada penguasaan disiplin masing-masing?

Seperti itulah, kita kemudiannya kembali kepada persoalan yang tidak mahu dibicarakan secara jelas oleh semua orang. Bagaimana jika saya berani untuk memberinya nama dan memanggilnya sebagai sifat perkauman yang diinstitusikan? Apabila ia berlaku dalam sistem pendidikan, kesan yang terhasil mempunyai kesan serta-merta dan berterusan untuk generasi akan datang.

Ia suatu hal yang sukar untuk ditelan. Tetapi jika Kementerian Pendidikan benar-benar ingin membendung kemerosotan dalam tahap pendidikan, kita perlu berhadapan dengan realiti dan kesan yang dibawa oleh dasar yang sedemikian rupa kepada kita.

KPM juga mungkin perlu melihat kepada ‘Napoleon kecil’ itu (jika wujud), yang nampaknya dengan agenda perkauman mereka sendiri, bersembunyi di sebalik tampuk kuasa.

Untuk berlaku adil, komposisi etnik penduduk di mana-mana sekolah sepatutnya bukanlah sesuatu yang penting, asalkan guru yang dilantik adalah mereka yang terbaik serta boleh kita serapkan ke dalam sekolah kita, tanpa mengira bangsa, kepercayaan atau agama.

Saya telah melihat beberapa guru yang luar biasa dari semua etnik. Kita memerlukan mereka semua, tidak kiralah apa bangsa mereka pun. Kita hanya perlu belajar menerima semua bangsa.

Soalnya, adakah kita meletakkan guru yang terbaik di sekolah kita?
Untuk sudut pandang yang lebih luas, mari kita selidik apa terjadi di Singapura. Kedua-dua Singapura dan Malaysia mempunyai titik permulaan yang sama pada tahun 1965. Hari ini, sekolah-sekolah Singapura diiktiraf sebagai sebahagian daripada prestasi terbaik dunia, cemerlang dalam matematik, sains dan celik huruf.

Apabila ditanya bagaimana mereka mencapai ini, jawapan mereka adalah mudah – “kurikulum yang menyeluruh yang dihantar ke setiap sekolah oleh guru yang berkualiti tinggi.” 

“Jenis negara yang kita mahu wujudkan bergantung kepada sekolah yang kita cipta,” kata Dr Azly Rahman, seorang ahli akademik, pendidik dan pengarang.

Jadi, jika sistem pendidikan kita hari ini didorong oleh perpecahan dan bukannya perpaduan dan pembauran, maka itulah hala tuju yang telah dibawa oleh dasar kita.

Sekolah kebangsaan kita pernah menjadi sekolah pilihan. Pada masa lalu, sekolah swasta dianggap sebagai alternatif bagi mereka yang gagal mendapat kelayakan baik dalam sistem persekolahan kebangsaan.

Hari ini, bagaimanapun, sekolah kebangsaan telah berkembang secara perlahan-lahan untuk dianggap sebagai ‘kurang baik’ – hasil daripada semua ‘niat baik’ dasar yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang dimulakan pada tahun 1970-an dan kemudiannya melalui formula polisi lain yang seterusnya.

Jalan ke neraka sentiasa dirangka dengan niat yang baik.

Dasar-dasar ini, termasuklah soal ‘ketuanan Melayu’, telah jauh menyimpang dari tujuan asal mereka. Mereka kini, secara sengaja atau tidak, telah menjejaskan kualiti sekolah dan guru kita.

Sekolah kita adalah tempat benih di mana kita membentuk, semangat, serta ruang masa depan negara.

Mungkin sudah tiba masanya untuk KPM melangkaui tabir politik dan retorik ahli politik. Kementerian perlu melihat dengan teliti setiap kisah yang ada.

Semasa saya menjadi guru, saya terpaksa mengajar seorang guru geografi yang berkelayakan cara menggunakan skala di dalam peta.

Saya terpaksa menerangkan kepada guru bahasa Inggeris perbezaan antara perkataan ‘to’ sebagai preposisi dan ‘to’ sebagai bentuk infinitif kata kerja.

Saya terpaksa membetulkan skema pemarkahan yang tempang untuk peperiksaan sekolah. Saya mendengar aduan daripada pelajar tentang kesilapan guru mereka dalam menanda kertas mereka.

Saya menyaksikan guru-guru yang tidak dapat mengatasi kecemerlangan akademik pelajar mereka sendiri di mana kefahaman mereka tentang sesuatu subjek itu jauh mengatasi guru mereka.
Pernah, ketika pemeriksa lisan Bahasa Inggeris jemputan masih wujud, saya telah dihantar bersama guru lain ke sebuah sekolah untuk mengendalikan peperiksaan lisan Bahasa Inggeris SPM.

Seorang calon di sekolah itu ditanya apakah rancangannya selepas peperiksaan SPM tamat.

Dia menjawab dalam bahasa Inggeris, “I will let down my hair and paint the town red,” katanya.

Tanpa was was, saya memberinya markah penuh.

Walau bagaimanapun, pasangan saya memberikan pelajar markah sifar! Apabila saya bertanya mengapa, dia berkata bahawa jawapan calon itu tidak masuk akal baginya!

Adakah kita berlaku adil kepada calon dan pelajar kita apabila kita mempunyai guru dan pemeriksa yang kurang kepakaran dalam disiplin mereka sendiri? Ini belum kira kerumitan pedagogi serta penglibatan yang bermakna.

Sedekad selepas saya pergi, saya membayangkan keadaan di sekolah pasti bertambah buruk. Ramai ibu bapa kini memilih sekolah antarabangsa yang mahal atau sekolah vernakular dan bukan sekolah kebangsaan untuk anak-anak mereka.

Sekolah harus menjadi organisasi pembelajaran yang memberi inspirasi kepada pertumbuhan intelek. Ia bukanlah sebuah tempat untuk guru mendidik diri tentang disiplin mereka sendiri.

Jadi, adakah kita patut merasa terkejut mengapa kita kini tercicir daripada kedudukan Pisa antarabangsa untuk matematik, membaca dan sains? Adakah kita terkejut apabila sekolah vernakular dan sekolah antarabangsa menjadi semakin popular?

Masa depan tidak lagi menentu. Sudah tiba masanya pemimpin kita untuk menyedari bahawa persaingan zaman ini bukan sahaja daripada orang dari etnik lain di dalam Malaysia tetapi daripada negara jiran Asean kita, yang mungkin akan meninggalkan kita jauh di belakang.

Walaupun kita masih bergelumang dengan cara fikir politik kita yang berusia lima puluh tahun berlegar sekitar politik perkauman dan identiti, terdapat ketidakpastian yang lebih gelap yang kita menghadapi. 

Sejauh manakah kita bersedia dalam mengurus dunia digital atau hidup dalam metaverse? Sejauh manakah kita bersedia bersama AI?

Sukeshini Nair
Editor bersama, surat berita Aliran
20 Ogos 2024

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama

1.      Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

2.    Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

3.    Raikan kerencaman dan keterangkuman

4.    Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

5.     Lawan rasuah dan kronisme

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/09/adakah-benar-sistem-pendidikan-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Tua Wajib Tahu Begini Cara Mengajarkan Pendidikan Seks Untuk Anak

Orang Tua Wajib Tahu Begini Cara Mengajarkan Pendidikan Seks Untuk Anak

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 110 hits
Pendidikan seks terhadap perlu disampaikan dengan bahasa yang mudah dipahami oleh anak
Resmikan Gedung Baru Atvi Imde Wapres Maruf Amin Kualitas Pendidikan Menjadi Kunci

Resmikan Gedung Baru Atvi Imde Wapres Maruf Amin Kualitas Pendidikan Menjadi Kunci

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 83 hits
Orang nomor dua di Indonesia berharap peningkatan kualitas fasilitas bisa menjadi momentum dunia pendidikan kreatif digital
Kepala Brin Blak Blakan Alasan Pendidikan Cpns Di Lembaganya Minimun S 3

Kepala Brin Blak Blakan Alasan Pendidikan Cpns Di Lembaganya Minimun S 3

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 71 hits
Periset di BRIN saat ini ini minimal kualifikasinya S 3 Mengapa begitu karena kita mengikuti standar global katanya
Borak Pa Ma Bersama Uyaina Suhailin Syamel Ika Beri Inspirasi Buat Ibu Ayah Rancang Simpanan Pendidikan Anak

Borak Pa Ma Bersama Uyaina Suhailin Syamel Ika Beri Inspirasi Buat Ibu Ayah Rancang Simpanan Pendidikan Anak

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 198 hits
Dalam dunia yang semakin kompleks dan kompetitif pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kejayaan dan masa depan yang cerah untuk anak anak Oleh itu menyediakan tabung pendidikan dari awal merupakan langkah bijak dan...
Permohonan Bantuan Pendidikan Negeri Terengganu Untuk Pelajar Sekolah Ipta Dan Ipts

Permohonan Bantuan Pendidikan Negeri Terengganu Untuk Pelajar Sekolah Ipta Dan Ipts

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 126 hits
Makluman berkenaan Bantuan Pendidikan Negeri Terengganu Kerajaan Negeri Terengganu menyediakan pelbagai bentuk bantuan pendidikan untuk anak anak negeri termasuk pelajar sekolah pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta Bantuan ...
Permohonan Bantuan Ipt Melaka One Off Pelbagai Peringkat Oleh Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

Permohonan Bantuan Ipt Melaka One Off Pelbagai Peringkat Oleh Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 99 hits
Ketahui Permohonan Bantuan IPT Melaka One Off Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Bantuan IPT Melaka One Off ini bertujuan meringa...
Permohonan Bantuan Ipt Yayasan Jcorp Bantuan Kewangan Pendidikan Johor

Permohonan Bantuan Ipt Yayasan Jcorp Bantuan Kewangan Pendidikan Johor

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 288 hits
Jom mohon Bantuan IPT Yayasan JCORP Dalam usaha untuk menyokong pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi Yayasan Johor Corporation menawarkan Bantuan IPT Bantuan ini bertujuan untuk membantu mengurangkan beban k...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya