Daily Diary
Semalam, pagi pagi dah berarak ke JB.Mula mula pergi Menara Tabung Haji dulu..
Nak pergi Jabatan Akauntan Negara,Kat tingkat 8, Menara Tabung Haji, JB,Ada satu kaunter untuk orang orang buat tuntutan WTD tu..
Mama Yan dah semak,ada wang yang tak dituntut dalam RM 1700
Semangat datang nak menuntut..
Tapi, pegawai datang pukul 10 sepanjang PKPB ni..
Jam baru pukul 9.15 pagi...awal lagi..
Mama Yan beransur ke bangunan KWSP pula
Mama Yan pergi dengan suami..
Kalau suami tak hantar, takdenya Mama Yan nak pergi sendiri
Susah kot nak parking kat JB ni..
Sampai kat EPF,Orang ramai kat lobi...beratur ikut urusan masing masing
MY tanya la..
Kalau nak daftar majikan baru macam mana,
Pegawai tu bagi borang dan tunjukkan ke mana borang2 tu semua nak hantar. Urusan berlangsung di lobi sahaja
Untuk terminate majikan lama pun,Pegawai bagi borang
Dah siap isi, nanti hantar kat kaunter luar epf je
Diorang betul betul jaga jarak dan elakkan pejabat dan kaunter urusan jadi pusat tumpuan
Lepas tu, bergerak pula ke bangunan PERKESO di Jalan Larkin
Pun takyah masuk..
Bercakap dengan sekuriti aje kat luar..
Bagitahu nak daftar syarikat baru sebagai majikan, Dan nak terminate syarikat lama sebagai majikan
Lepas tu sekuriti bagi borang,"Puan balik dulu isi borang, dah siap boleh hantar borang dalam kotak kotak yang disediakan di sana"Okay...takyah masuk...kurangkan crowd dalam confine space
Urusan seterusnya ke CIDB Johor pula..
Kat dalam sistem guna perniagaan enterprise, Nak tukar ke syarikat sdn bhd pulak
Sayang la sub bidang yang dah banyak tu..
Bukan senang nak kumpul banyak banyak..
Masuk kaunter CIDB, bagitahu nak tukar dari enterprise, Terus dia suruh jumpa pegawai kat tingkat 1,Pegawai kat tingkat 1 pun sama macam 2 pejabat sebelum ni,Bagi borang, dah siap isi nanti hantar kat kaunter je nanti.
Jadi Mama Yan ada 5 borang yang nak diiisi. Borang pemberhentian jadi majikan senang je nak isi... sehelai je..
Borang nak daftar baru tu....5 ke 6 helai jugak rasanya tu..
Bercintanya lah nak isi semua tu..
Sebelum balik, singgah pulak Aeon Taman U..
Katanya MPH Taman U nak closing store..
Kot kot la ada buku untuk anak anak yg ada diskaun..
Takde ya.... sama aje macam biasa..
Buku yang selalu diskaun tu buku² lama yang dah bertahun takleh jual...selalu less 30%.. kali ni less 50%.
Sedih tengok rak rak buku dah kosong..
Semua dah masuk kotak untuk dipindahkan..
Mama Yan beli la sebuah novel untuk diri sendiri.
Selebihnya komik dan buku sticker untuk anak anak..
Komik pun komik lah..
Janji suka membaca..
Jangan asyik main game dan tengok youtube aje..
Mama Yan pun ntah bila nak start baca buku baru tu..
Tengah banyak kerja ni..
Semoga urusan kerja dilancarkan...Aminnn..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2020/06/daily-diary.html