Dahulu Gereja Kini Jadi Masjid Usia Lambang Keharmonian Sabah


MASJID USIA Bandar Kota Kinabalu yang masih mengekalkan struktur binaan lama sebuah Gereja SDA.


KOTA KINABALU: Sekilas pandang Masjid Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang terletak berhampiran Padang Merdeka dekat sini kelihatan sama seperti masjid-masjid yang lain.

Namun, sejarah pembinaan masjid pertama di bandar ini cukup unik hingga membuatkan ia mempunyai daya tarikan tersendiri dan berpotensi dijadikan destinasi pelancongan.

Masjid yang dibina di bangunan yang dahulunya sebuah gereja Seventh Day Adventist (SDA) ini masih teguh biarpun sudah berusia lebih 50 tahun.

Struktur asal bangunan gereja ini tidak diubah bagi mengekalkan identiti dan keasliannya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Jawatankuasa Masjid USIA Bandar Kota Kinabalu, Damit Tajudin berkata, pada tahun lalu, masjid yang tersergam indah di atas bukit ini diwartakan sebagai tapak warisan negeri Sabah bagi memelihara struktur bangunan asal masjid.

Bekas tulisan 'SDA' pada bangunan itu kerana dikhabarkan masjid itu dahulunya merupakan sebuah gereja lama Seven Days Adventist (SDA). Berdasarkan sejarah, bangunan gereja dibina pada 1930-an dan USIA membelinya daripada seorang paderi berbangsa Inggeris pada 1969 kerana ketika itu tiada satupun masjid di bandar ini.

Berikutan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Abdul Hamid Egoh mencadangkan kepada Ketua Menteri, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun untuk membeli bangunan gereja tersebut pada harga RM1.05 juta.

Bermula daripada itu, rekaan dalaman gereja berkenaan diubah suai untuk disesuaikan sebagai masjid dan seterusnya membina kubah. Huruf SDA turut ditutup dengan cat manakala tanda salib digantikan dengan simbol bulan dan bintang.

Semasa gereja itu diambil alih menjadi sebuah masjid, tidak pernah timbul sebarang salah faham daripada mana-mana pihak. Ini melambangkan keharmonian kaum dan agama di Sabah sudah mula diamalkan sejak dahulu lagi.

Pada awalnya, masjid tersebut dikenali sebagai Masjid SDA sempena nama asal gereja yang ditempatkan di situ. Bagaimanapun, Mufti negeri memutuskan nama masjid itu perlu ditukar kerana tidak sesuai menggunakan Masjid SDA.

Gereja yang dibina sekitar tahun 1930-an itu telah dibeli pada 1969 sebelum diubahsuai menjadi sebuah masjid. Maka, pada 2002 masjid itu dijenamakan semula dan dikenali sebagai Masjid USIA bandar Kota Kinabalu, itulah nama sehingga sekarang.

Susulan pewartaan masjid ini sebagai tapak warisan, Ahli Jawatankuasa USIA merancang untuk menjadikan ia sebagai lokasi tarikan pelancongan bandar.

“Kami sudah memohon kepada kerajaan negeri untuk mengubah suai sedikit masjid ini supaya kelihatan lebih cantik dan menarik namun, permohonan itu masih belum diluluskan.

“Jadi, kami merancang selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami akan mendapatkan kebenaran untuk mengubah suai masjid tersebut. Insya-Allah selepas itu, kami akan mempromosikan masjid ini sebagai destinasi pelancongan bandar,” katanya.

Jelas beliau, keunikan masjid yang dahulunya sebuah gereja ini mendapat perhatian orang ramai termasuk daripada luar negara.


“Malah, ada pihak daripada luar negara seperti Filipina, Indonesia dan Singapura yang minta saya menceritakan sejarah masjid ini dan mereka begitu tertarik dengan sejarahnya,” katanya.

Masjid ini boleh menampung seramai 2,000 jemaah namun, semasa PKP sebelum ini mereka hanya membenarkan kapasiti 30 peratus jemaah bagi mengamalkan penjarakan fizikal. Ketika ini, masjid itu masih ditutup untuk sebarang aktiviti termasuk solat fardhu dan solat Jumaat.

Selain itu, masjid ini turut menempatkan Pusat Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah untuk anak-anak muda mempelajari ilmu agama dan al-Quran. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/dahulu-gereja-kini-jadi-masjid-usia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warganegara Warga Asing Kini Boleh Dapatkan Vaksinasi Walk In Terus Di Seluruh Ppv Sabah

Warganegara Warga Asing Kini Boleh Dapatkan Vaksinasi Walk In Terus Di Seluruh Ppv Sabah

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 450 hits
Kerajaan Negeri pada Rabu memutuskan untuk membenar kan warga Malaysia dan warga asing untuk menerima vaksin secara jumpa terus di semua pusat pemberian vaksin di seluruh Sabah Kota Kinabalu Kerajaan Negeri pada Rabu memutuskan untuk memben...
Pernah Bergelar Ratu Cantik Pelakon Terbaik Kini Pensyarah Vanidah Imran Menawan Di Usia 47

Pernah Bergelar Ratu Cantik Pelakon Terbaik Kini Pensyarah Vanidah Imran Menawan Di Usia 47

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 346 hits
Vanidah Imran bukan suatu nama yang asing dalam dunia seni Bakat seni yang ada dalam dirinya tidak bersandarkan rupa paras semata mata Mempertaruhkan filem sulungnya Putera arahan Zulkifli M Osman dengan memegang watak sebagai Wan Nuraini n...
25 Daerah Di Sabah Kini Zon Merah

25 Daerah Di Sabah Kini Zon Merah

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 271 hits
Sebanyak 5 kes kematian dilaporkan hari ini iaitu tiga kes di Kota Kinabalu manakala Tuaran dan Sandakan masing masing mencatatkan satu kes KOTA KINABALU Sebanyak 25 daerah di Sabah kini dikategorikan sebagai zon merah manakala baki dua dae...
Setakat Ini Hanya Muhyiddin Pm Yang Peka Hak Hak Sabah Sarawak Dr Jeffrey

Setakat Ini Hanya Muhyiddin Pm Yang Peka Hak Hak Sabah Sarawak Dr Jeffrey

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 320 hits
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan menyatakan kekecewaannya berhubung isu kestabilan politik banyak dibincangkan di Sem...
Star Kecewa Isu Politik Dibincang Tanpa Pendapat Sabah Sarawak

Star Kecewa Isu Politik Dibincang Tanpa Pendapat Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 382 hits
Presiden STAR Jeffrey Kitingan KOTA KINABALU Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan menyatakan kekecewaannya berhubung isu kestabilan politik banyak dibincangkan di Semenanjung Beliau yang juga Timbala...
Sabah Terus Laksana Sjr Antara Daerah Ketika Ppn Fasa Ke 2

Sabah Terus Laksana Sjr Antara Daerah Ketika Ppn Fasa Ke 2

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 255 hits
FOTO HIASAN FOTO Arkib NSTP Kota Kinabalu Kerajaan Sabah akan terus melaksanakan sekatan perjalanan antara daerah berikutan jumlah kes harian Covid 19 yang meningkat dengan mendadak di negeri ini sejak beberapa minggu lepas Ketua Menteri Sa...
Sabah Beri Tempoh Sebulan Vaksin Pekerja Pasar Raya Restoran

Sabah Beri Tempoh Sebulan Vaksin Pekerja Pasar Raya Restoran

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 275 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun KOTA KINABALU Kerajaan negeri memberi tempoh selama sebulan kepada pekerja pasar raya dan restoran divaksin sebelum menguat kuasakan sepenuhnya pematuhan prosedur operasi stan...
Semua Ketua Polis Daerah Di Sabah Diarah Pantau Ppv Di Kawasan Masing Masing

Semua Ketua Polis Daerah Di Sabah Diarah Pantau Ppv Di Kawasan Masing Masing

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 265 hits
Semua KPD Di Sabah Diarah Siapsiaga pantau PPV Di Kawasan Masing Masing KOTA KINABALU Setiap Ketua Polis Daerah di Sabah diarahkan memantau pusat pemberian vaksin bagi mengelak berlaku kesesakan seperti sebelum ini Ketua Jabatan Pencegahan ...
Covid 19 Sabah Sees Rise In Sporadic Infections

Covid 19 Sabah Sees Rise In Sporadic Infections

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 290 hits
Sabah Covid 19 spokesperson Datuk Seri Masidi Manjun said the state recorded 1 752 new infections today and symptomatic screenings contributed 31 per cent or 538 cases BERNAMA picKOTA KINABALU The rise of symptomatic cases of unknown origin...
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Di Balik Layar Dakwah Yufid

13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations

10 Malaysians Fined For Illegal Street Racing In Hatyai

Teen Runs Red Light Crashes Into Motorcyclist While Fleeing Police In Sungai Petani

Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya