Dah Tu Kamu Hasilkan Kandungan Kreatif Ellie Suriati Gesa Kkmm Kenakan Lesen Terhadap Owner Channel Youtube



Jumaat lalu (7 Ogos 2020), Ellie Suriati Omar mencadangkan Akta Perbadanan Kemajuan Nasional Malaysia (FINAS) 1981 ditambahbaik selaras dengan perkembangan teknologi hari ini.  Ellie berkata, akta itu perlu dirombak bagi melindungi hak dan kepentingan masa depan industri perfileman tanah air. 
Antaranya, mengenakan lesen untuk pemilik saluran YouTube yang banyak menjana pendapatan lumayan daripada platform tersebut. 
"Sebagai pemain industri, kami nak utarakan pendapat sebab ini platform anak seni sebelum sebarang penambahbaikan dilaksana kerajaan. 
"Kami mahu akta baru yang lebih kukuh dan boleh membawa kebaikan menyeluruh kepada pelakon, penerbit, royalti dan muzik. 
"Antara penambahbaikan itu, menteri (KKMM) diseru melaksanakan lesen pengguna YouTube kerana mereka berjaya dengan kandungan kreatif disiarkan," katanya. 
Bagi Ellie, jika cadangan itu tidak dilaksanakan, akan ada dalam kalangan pemilik saluran YouTube mengambil kesempatan mengaut keuntungan peribadi. Sebagai contoh, mereka boleh menggunakan wajahnya yang sedang berucap pada suatu perhimpunan tanpa mendapat kebenaran dan dimuat naik di saluran tertentu. 
Sedar bahawa cadangan itu akan mendapat banyak kritikan, Ellie menegaskan dia tidak kisah kerana sudah tidak tahan melihat penggiat seni sering menjadi mangsa keadaan. 
"Sekiranya mereka ingin mengecam saya, silakan. Kami ada alasan tersendiri kenapa menggesa kerajaan untuk melaksanakan lesen tersebut. 
"Kenapa tidak kamu (pemilik saluran YouTube) membayar lesen? Tak suka saya cakap macam tu? Dah tu, kamu hasilkan kandungan kreatif," katanya. 
Bagaimanapun, Ellie menjelaskan saranannya itu bukan untuk dikuatkuasakan ke atas pengguna Facebook mahupun TikTok. 
Dalam pada itu juga, Ellie juga berharap Seksyen 233 dan 221 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dipinda. Ini kerana Ellie kesal ada pemilik saluran YouTube yang menggunakan platform itu untuk mengkritik filem tempat sehingga menjejaskan jumlah kutipan tayangan. 
"Ia mengakibatkan kerugian besar kepada penerbit, pengarah dan juga kru produksi kerana tiada orang mahu menonton filem kami selepas ia digelar produk sampah. 
"Industri kita bukan macam Hollywood, 10 peratus saja penggiat filem yang kaya dan selebihnya kategori B40," katanya. 
Sumber: MalaysiaKini


source https://www.thereporter.my/2020/08/dah-tu-kamu-hasilkan-kandungan-kreatif.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2020/08/dah-tu-kamu-hasilkan-kandungan-kreatif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Netizen Bantah Cadangan Ellie Suriati Supaya Pemilik Saluran Youtube Dikenakan Lesen

Hiburan Netizen Bantah Cadangan Ellie Suriati Supaya Pemilik Saluran Youtube Dikenakan Lesen

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 366 hits
Terbaru Ellie Suriati meminta Akta Perbadanan Kemajuan Nasional Malaysia 1981 dirombak semula bagi melindungi hak dan kepentingan masa depan industri perfileman tanah air Antara penambahbaikan yang dicadangkan oleh Presiden Gabungan Anak Se...
Ellie Tetap Dengan Pendirian Syor Lesen Untuk Pemilik Akaun Youtube

Ellie Tetap Dengan Pendirian Syor Lesen Untuk Pemilik Akaun Youtube

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 531 hits
Ini lagi satu isu yang telah menaikkan kemarahan pengguna media sosial terutamanya rakyat biasa yang mencari makan menggunakan YouTube Ohmedia maksudkan tentang seorang pelakon pengarah dan penerbit Ellie Suriaty Omar yang menggesa pemilik ...
Efek Kes Buli Aoa Mina Nyahaktif Instagram Jimin Padam Semua Kandungan Video Di Youtube

Efek Kes Buli Aoa Mina Nyahaktif Instagram Jimin Padam Semua Kandungan Video Di Youtube

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 815 hits
Ramai yang nyata terkejut apabila mengetahui sepanjang dia aktif dengan kumpulan idola tersebut Selepas pendedahan tersebut Ji min yang disebut sebagai pelaku utama telah pun mengundur diri daripada AOA selain turut keluar daripada dunia se...
Anak Dakwa K Jaan Guna Politik Kotor Terhadap Guan Eng

Anak Dakwa K Jaan Guna Politik Kotor Terhadap Guan Eng

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 346 hits
Anak lelaki Lim Guan Eng mendakwa pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas ketua menteri Pulau Pinang itu adalah untuk menjatuhkan DAP dan PH Menerusi satu hantaran Facebook semalam Marcus Lim berkata mereka akan melawan apa yang disifatkan...
Tpua Laporkan Boedi Djarot Ke Polda Metro Jaya Buntut Dugaan Penghinaan Terhadap Habib Rizieq

Tpua Laporkan Boedi Djarot Ke Polda Metro Jaya Buntut Dugaan Penghinaan Terhadap Habib Rizieq

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 214 hits
Tim Pembela Ulama dan Aktivis laporkan Boedi Djarot ke Direktorat Reserse Kriminal Umum Polda Metro Jaya Laporan itu merupakan buntut aksi 27 Juli 2020 di depan Gedung MPR DPR DPD RI Jakarta yang dinilai menghina imam besar Front Pembela Is...
Pemuda Ph Buat Laporan Polis Terhadap Mp Umno

Pemuda Ph Buat Laporan Polis Terhadap Mp Umno

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 345 hits
Laporan polis terhadap ahli Parlimen tak ikut SOP Covid 19 Pemuda Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis mengenai ketidakpatuhan prosedur operasi standard Covid 19 oleh beberapa ahli Parlimen yang hadir ke mahkam...
Pertuduhan Rasuah Terhadap Guan Eng Bertujuan Politik Kata Mahathir

Pertuduhan Rasuah Terhadap Guan Eng Bertujuan Politik Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 393 hits
Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berdepan pertuduhan rasuah di bawah Seksyen 16 Akta SPRM berhubung projek terowong dasar laut dan jalan di negeri itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini KUALA LUMPUR Dr Mahathir Mohamad be...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle