Dah Tak Munasabah Berhimpun Bantah Icerd


Diterbitkan 23 Nov 2018, 11:33 malam


Selepas kerajaan memutuskan untuk tidak menerima Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd), sewajarnya tiada mana-mana pihak mengadakan perhimpunan, kata Muhyiddin Yassin.

Menurut menteri dalam negeri itu tidak ada sebab munasabah untuk mana-mana pihak meneruskan perhimpunan yang dirancang sebelum kerajaan memberi kata putus mengenai penolakan Icerd itu.

Namun kata beliau untuk meraikan hak bersuara dan berhimpun yang ditetapkan perlembagaan kerajaan mengingatkan bahawa sesuatu perhimpunan itu tetap tertakluk di bawah undang-undang negara.

"Sekiranya pihak penganjur meneruskan juga hasrat untuk mengadakan perhimpunan tersebut, saya ingin menegaskan bahawa penganjurannya tertakluk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Pihak penganjur hendaklah mematuhi peruntukan akta ini dan segala syarat yang ditetapkan oleh pihak polis," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

PAS, Umno serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan merancang untuk berhimpun di Kuala Lumpur pada 8 Dis ini sebagai tanda membantah cadangan untuk menerima Icerd yang dianggap mengancam kedudukan serta hak orang Melayu, Islam serta bumiputera.

Bagaimanapun petang tadi kerajaan secara rasmi mengesahkan untuk tidak akan meratifikasi Icerd kerana isu yang berkaitan dengannya sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Namun PAS dan Gerakan Pembela Ummah berkata mereka akan meneruskan perhimpunan itu dengan tujuan yang berbeza - iaitu menyatakan kesyukuran.

Umno pula bertegas mahu penegasan untuk menolak Icerd itu dilakukan dalam Dewan Rakyat.

Muhyiddin berkata Icerd ditolak kerajaan kerana ia dilihat bercanggah dengan beberapa peruntukan dalam perlembagaan.

"Saya menasihati orang ramai supaya tidak mengambil tindakan atau membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan kaum dan agama serta menjejaskan ketenteraman awam di negara ini.

"Undang-undang berkaitan hasutan masih berkuat kuasa dan tindakan tegas boleh diambil ke atas mana-mana individu yang sengaja mencetuskan sentimen kaum," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/dah-tak-munasabah-berhimpun-bantah-icerd.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Batal Ratifikasi Icerd Hasil Melayu Bantah Kuat

Ph Batal Ratifikasi Icerd Hasil Melayu Bantah Kuat

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 358 hits
SEREMBAN 23 Nov Keputusan Kerajaan Pakatan Harapan membatalkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum adalah susulan bantahan kuat orang Melayu Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Mohd Za...
Himpunan Bantah Icerd Ini Kata Ketua Polis

Himpunan Bantah Icerd Ini Kata Ketua Polis

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 383 hits
Siti Nursyahidah Abu BakarMohamad Fuzi Harun KUALA LUMPUR Pihak yang ingin mengadakan himpunan bantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum perlu menggunakan saluran yang betul dalam menyuar...
Icerd Kenapa Dulu Diam Sekarang Bantah

Icerd Kenapa Dulu Diam Sekarang Bantah

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 461 hits
oleh Ab Jalil Backer Dulu UMNO tidak bantah ICERD kerana kerajaan hanya arahkan buat kajian Ketika itu juga UMNO berkuasa jadi tidak perlu buat bantahan besar besaran kerana kita ada kuasa untuk tidak tandatangan Sekarang UMNO turut serta b...
Kenapa Kit Siang Bantah Golongan Anti Icerd

Kenapa Kit Siang Bantah Golongan Anti Icerd

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 483 hits
KELMARIN Penasihat DAP Lim Kit Siang mempersoalkan keputusan UMNO dan Pas untuk bergabung mengadakan himpunan bagi membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Se gala Bentuk Diskriminasi Semalam pula beliau tampil memp...
Kongres Bantah Icerd

Kongres Bantah Icerd

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 216 hits
nbsp KUALA LUMPUR 25 November 8212 Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mewakili Presiden UMNO memberikan input dan penerangan mengenai ICERD di dalam Kongres Tolak ICERD di PWTC tengahari tadi Foto MediaUMNO
Patriot Bimbang Rusuhan Di Himpunan Bantah Icerd Gesa Tentera Sokong Polis

Patriot Bimbang Rusuhan Di Himpunan Bantah Icerd Gesa Tentera Sokong Polis

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 442 hits
Persatuan Patriot Kebangsaan menggesa campur tangan pihak tentera sekiranya berlaku rusuhan pada perhimpunan untuk membantah Konvensyen Antabangsa Mengenap Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum pada 8 Disember ini Presiden persatuan v...
Ummah Mahu Pastikan 500k Hadir Himpunan Bantah Icerd

Ummah Mahu Pastikan 500k Hadir Himpunan Bantah Icerd

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 514 hits
Diterbitkan 22 Nov 2018 9 00 pagi Gerakan Pembela Ummah mahu memastikan sekurang kurangnya 500 000 berhimpun di Dataran Merdeka 8 Disember nanti bagi membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskrimina...
Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Mendaki Rawang Bypass

Marjeena Cafe Parit Buntar

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Texas88 Types Of Games Available At Agent

Jpbm Pahang Terima 11 Kes Kecemasan Ketika Lakukan Aktiviti Mendaki Gunung Bukit Dalam Tempoh Lapan Bulan

Kerajaan Pahang Akan Terus Pantau Aktiviti Ladang Haram Biar Pun Semua Kawasan Diceroboh Telah Dibersihkan

Melaka Remaja Perempuan Ditikam Ketika Menunggang Motosikal

High Voltage High Speed Utility Giant Tnb Makes Rtd S Fast And Furious List Of Shame

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark