Ummah Mahu Pastikan 500k Hadir Himpunan Bantah Icerd


Haspaizi ZainDiterbitkan 22 Nov 2018, 9:00 pagi 

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mahu memastikan sekurang-kurangnya 500,000 berhimpun di Dataran Merdeka, 8 Disember nanti bagi membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).

Jelas Ummah, perhimpunan membantah Icerd akan diteruskan meskipun tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Setiausaha Agung Ummah, Mansor Ibrahim, berkata pihaknya bagaimanapun akan berusaha untuk memenuhi segala ketetapan yang dikenakan bagi memastikan "perhimpunan aman" itu berjalan lancar.

Mansor berkata, pihaknya menjangkakan lebih 1,000 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) akan menyertai perhimpunan berkenaan.

“Kita tidak boleh pastikan berapa banyak NGO akan sertai perhimpunan itu nanti, namun, apa yang pasti lebih 1,000 NGO di bawah Ummah akan menyertainya.

“Kita jangkakan sekurang-kurangnya 500,000 akan turun pada perhimpunan ini nanti.

“Pihak Ummah selaku penggerak kepada perhimpunan ini, telah mengemukakan permohonan permit bagi perhimpunan itu nanti.

“Lulus atau tidak (permohonan permit), kita akan tetap meneruskan perhimpunan ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada Himpunan Perpaduan Ummah di pekan Kampung Gajah 17 November lalu mengumumkan bahawa satu perhimpunan besar-besaran membabitkan penyertaan ahli PAS dan Umno akan diadakan di ibu negara pada 8 Disember ini bagi membantah cadangan meratifikasi Icerd.

Pengumuman Abdul Hadi mendapat sokongan Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu himpunan yang menggabungkan ahli Umno dan PAS itu diadakan di setiap negeri di Semenanjung.

Bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy, memaklumkan hasrat kerajaan untuk meratifikasi enam bentuk perjanjian antarabangsa termasuk Icerd dalam suku pertama tahun depan.

Bagaimanapun, Waythamoorthy kemudiannya dipetik sebagai berkata kerajaan masih tiada kata putus berhubung hasrat meratifikasi konvensyen berkenaan dan sesi mendapatkan pandangan serta maklum balas daripada semua pihak berkaitan perkara itu akan dimulakan pada Januari depan.

Perkasa gesa PM buat pendirian jelas

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Bersatu (Perkasa) menuntut Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya menyatakan pendirian tegas berhubung isu ICERD.

Presiden Perkasa, Dr Ibrahim Ali menjelaskan pihaknya belum membuat keputusan sama ada akan menyertai himpunan anjuran Umno dan PAS itu ataupun tidak, namun menegaskan bahawa mereka tetap membantah Icerd.

“Kerajaan pun masih “ding-dong” (tiada kata putus) dalam isu ini, kenyataan (Dr) Mahathir tidak jelas… Katanya tak dapat muktamadkan Icerd kerana tidak mendapat sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat.

“Apakah jika mendapat sokongan dua pertiga Icerd akan dimuktamadkan, itu yang kita mahu tahu tentang pendirian kerajaan,” jelas beliau ketika dihubungi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof semalam menjelaskan bahawa beliau sudah mendapatkan maklum balas dan berunding dengan semua pihak berhubung isu Icerd.

Menteri agama itu juga berkata pihaknya sedia mengadakan rundingan kali kedua sekiranya perlu.

Dalam kenyataan 18 Nov lalu, Dr Mahathir menyifatkan pelaksanaan Icerd "hampir mustahil" sekiranya tidak mendapat sokongan pembangkang.

Ini demikian kerana, katanya, pelaksanaan Icerd melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dengan sokongan majoriti dua pertiga anggota parlimen


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/ummah-mahu-pastikan-500k-hadir-himpunan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rusuhan Bukti Icerd Belum Sesuai Di Malaysia Maza Cadang Tukar Himpunan Bantah Icerd Kepada Himpunan Ummah

Rusuhan Bukti Icerd Belum Sesuai Di Malaysia Maza Cadang Tukar Himpunan Bantah Icerd Kepada Himpunan Ummah

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 727 hits
Tukar perhimpunan bantah ICERD kepada perhimpunan survival ummah itulah kenyataan Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin bila mengulas mengenai rusuhan kuil yang berlaku pada pagi selasa 27 November 2018 itu Menurut MAZA lagi umat islam perlu m...
Bantah Icerd Lebih 50 000 Hadir Di Pasir Salak

Bantah Icerd Lebih 50 000 Hadir Di Pasir Salak

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 746 hits
Lebih 50 000 rakyat membanjiri Perhimpunan Perpaduan Ummah diadakan di Kampung Gajah Pasir Salak di sini malam tadi Laungan Hidup Islam Hidup Melayu Hancur ICERD Daulat Tuanku serta Takbir bergema tanpa henti Tidak kira berlatar belakang po...
Himpunan Bantah Icerd Ini Kata Ketua Polis

Himpunan Bantah Icerd Ini Kata Ketua Polis

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 366 hits
Siti Nursyahidah Abu BakarMohamad Fuzi Harun KUALA LUMPUR Pihak yang ingin mengadakan himpunan bantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum perlu menggunakan saluran yang betul dalam menyuar...
Rusuhan Kuil Jangan Kaitkan Dengan Himpunan Bantah Icerd

Rusuhan Kuil Jangan Kaitkan Dengan Himpunan Bantah Icerd

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 824 hits
KUALA LUMPUR 28 Nov 8211 Semua pihak perlu melaksanakan peranan masing masing dengan tidak mencurahkan minyak ke api melibatkan isu rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya Selangor sejak Isnin lalu Malah kekecohan yang b...
Patriot Bimbang Rusuhan Di Himpunan Bantah Icerd Gesa Tentera Sokong Polis

Patriot Bimbang Rusuhan Di Himpunan Bantah Icerd Gesa Tentera Sokong Polis

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 379 hits
Persatuan Patriot Kebangsaan menggesa campur tangan pihak tentera sekiranya berlaku rusuhan pada perhimpunan untuk membantah Konvensyen Antabangsa Mengenap Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum pada 8 Disember ini Presiden persatuan v...
Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Sasar Sejuta Peserta Harian Metro 17 07 2025

Beng Hock S Family Insists On Justice After Dap Bow

Netizen Teruja Syed Saddiq Tempah Songkok Video

Eyes In The Sky Strengthening Malaysia S Defence With Ai And Drones

Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah Video

Where Would You Be Having Your Next Meal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bertahan Demi Isteri Dan Anak Anak Kapsyen Almy Nadia Undang Sebak Usai Kontrak Fizz Fairuz Tamat

Waktu Makan Masa Paling Bernilai Tapi Skrin Dah Curi Segalanya

Realme 14 5g Telefon Permainan Rasmi Untuk Kejohanan Mlbb Msl Musim 5

Simptom Simptom Sindrom Watak Utama

Maksud Tabarakallah Kelebihan Cara Penggunaan

Cara Memasak Telur Separuh Masak