Dah Tahu Durian Busuk Puloh Tahun Nak Beli Lagi
Bayangkan nak 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗱𝘂𝗿𝗶𝗮𝗻. Ada dua bijik atas meja. Sebiji dah sedia dikopek. Dah tahu isinya tawar, keras malah ada yang berulat. Sebijik lagi masih tak dikopek. Belum tahu keadaannya bagaimana.
Dalamasa yang sama, kita tahu beberapa biji durian yang lain, 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮 dengan durian yang rosak itu juga menunjukkan hasil yang sama. Isi durian yang busuk dan rosak.
Manakala beberapa durian yang diambil dari kebun durian yang belum dikopek pula kelihatannya 𝗲𝗹𝗼𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗲𝗻𝗮𝗸. Jika begitu keadaannya, nak pilih yang mana?
Begitulah jawapan untuk soalan yang ditanyakan. Memang tiada jaminan 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗶𝗿 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝗿𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶 serta merta jika PH memerintah. Akan tetapi terdapat data untuk 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻.
PH telah memerintah 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 semenjak 2008. Cuba lihat hasilnya. Walaupun ada beberapa masalah, tapi kehidupan rakyat di negeri negeri 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸 daripada Kelantan.
Dari segi kemajuan dan kebajikan, rakyat Selangor dan Pulau Pinang terpelihara. Memang ada juga masalah air tapi 𝘀𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗱𝗶𝗮𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮. Tidak berlarutan.
Begitu juga Negeri Sembilan yang mula dijaga oleh PH semenjak 2018. Negeri itu juga sedang melalui 𝗳𝗮𝘀𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 yang pantas dan sedang mengejar Selangor dan Pulau Pinang.
Islam juga terus berkembang di negeri-negeri tersebut. Malah 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 yang 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗗𝗔𝗣, peruntukan agama Islam jauh 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 daripada Kelantan sendiri.
Manakala PAS telah memerintah Kelantan sejak 1990. Apa yang Kelantan dapat selama ini? Dan pada 2018, PAS mula memerintah 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵. Apa hasilnya di kedua negeri tersebut?
Bahkan di Kedah, ada 𝙎𝙚𝙣𝙩𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙘𝙪𝙣𝙙𝙖𝙣𝙜 oleh 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶. Apa yang dia sentuh semuanya kecundang. Dari pasukan bolasepak hinggalah ke anak syarikat MBI. Apa yang dia rancang semuanya 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗺 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮.
Sampaikan syarikat yang dikatakan hendak melabur 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 di Kedah pun terkena tempiasnya dan tersungkur rebah tak pasal-pasal.
Di Terengganu pula, walaupun mendapat bayaran royal (atau 𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗲𝗵𝘀𝗮𝗻) yang banyak, tiada sebarang pencapaian yang membanggakan pernah dicapai. Masih di takuk lama juga.
Pelaburan pun tak banyak yang masuk. Kerajaan negeri bergantung harap terhadap royalti semata mata. Janjikan peluang pekerjaan tapi rupanya 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗸𝗼𝘀𝗼𝗻𝗴 𝘁𝘂 𝗱𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿!
Itu kenyataannya. Memang tiada jaminan masalah air di Kelantan boleh segera selesai jika PH perintah Kelantan tapi 𝗣𝗛 𝗺𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝗿𝗲𝗸𝗼𝗱 𝗰𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴 mentadbir beberapa negeri lain.
Manakala PAS, walaupun diberi peluang mentadbir negeri yang ada pendapatan istimewa seperti wang ehsan dari hasil petroleum, tiada sebarang kemajuan atau pembangunan yang berjaya dibawa.
Nak kata Islam semakin hebat di Kelantan, Kedah dan Terengganu pun tak juga. Tak ada pun nampak negeri-negeri itu muncal menjadi 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗰𝗼𝗻𝘁𝗼𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗴𝗮𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗮𝘁𝗮 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮. Perkembangan dakwah di negeri itu pun 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲 𝗺𝗮𝗻𝗮.
Dengan perbandingan data sebegini, takkanlah masih 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗻𝗮? Guane boh?
Raja Gelap II
.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/04/dah-tahu-durian-busuk-puloh-tahun-nak.html