Dah Lengkap Vaksin Covid 19 Jom Ke Grand Lexis Port Dickson





Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson. | Assalammualaikum semua! Berita gembira untuk kita yang sudah lengkap menerima vaksin COVID-19! Alhamdulillah sekarang hotel-hotel dan resort Lexis telah dibuka untuk para tetamu yang telah lengkap divaksin. Ini adalah melalui pengumuman Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 baru-baru ini. Ruby di antara rakyat Malaysia yang gembira apabila mengetahui berita ini dan terus mencari informasi percutian ke Grand Lexis Port Dickson! Ruby sebenarnya dah lama plan ke sini sejak tahun 2018, kami sekeluarga tunggu anak-anak besar sedikit. Al-maklumlah masa tahun 2014, bersalin Adam. Dia bayi pra-matang, jadi, kena tangguh percutian sehingga kami bersedia bawa dia berjalan. Pada usia Adam 2 tahun, Ruby hamil dan bersalin Alif pada 2016. Hahahaha. Nak bercuti dengan mereka yang masih kecil agak haru biru juga kami suami isteri nanti. Hahahaha. Tunggu 2018 atau 2019. Namun, ujian pandemik wabak COVID-19 pula menjelma. Ruby sekeluarga redha demi kesihatan seisi keluarga. 

Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson.
Jadi, jangan bersedih lagi, jom bercuti! Dah lengkap vaksin kan? Ruby dah lengkap 2 dos. Suami Ruby 31 Ogos nanti baru lengkap dos kedua. Kena tunggu 14 hari baru boleh bercuti! Yeehaaa! Jom kita cuci mata buat pesanan percutian. Hohoho!
Lexis Hotel Group teruja untuk mengalu-alukan para tetamu yang lengkap divaksin di hotel-hotel dan resort di Port Dickson, sempena pengumuman terbaru dari Kerajaan Persekutuan, tentang kelonggaran SOP untuk rakyat Malaysia yang lengkap divaksin, untuk merentas di negeri yang sama, dalam fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk Negeri Sembilan, dari 26 Ogos 2021. Ini berikutan pembukaan Lexis Suites Penang, kepada residen Pulau Pinang yang lengkap divaksin, bersempena dengan fasa kedua PPN di Pulau Pinang, sejak 10 Ogos 2021.


Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hotel-hotel dan resort Lexis terbuka kepada pekerja essential. Dari 26 Ogos 2021, hotel-hotel dan resort Lexis akan terbuka kepada semua tetamu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, yang telah lengkap divaksin yang memenuhi syarat mengikut kriteria berikut:
Semua petugas barisan hadapan (frontliner)Pekerja essential dengan surat kelulusan MITIWarganegara Malaysia dan warganegara asing yang lengkap divaksin (Fasa 2)Individu-individu yang telah lengkap divaksin adalah individu yang telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty (Pfizer-BioNTech), Vaxzevria (Oxford-AstraZeneca) dan CoronaVac (Sinovac) - individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; atauBagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID-19 Janssen (Johnson&Johnson) dan Convidecia (CanSino) - individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.Kad/Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dikemukaan sebagai pembuktian.
Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah, di hotel-hotel dan resort Lexis, dengan mematuhi protokol kesihatan umum. Para tetamu juga dapat menikmati percutian mereka di persekitaran yang selamat di hotel-hotel dan resort Lexis.
Berikut adalah SOP yang ketat diamalkan di semua hotel dan resort Lexis untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan semua tetamu yang dilengkap vaksin:
Pemeriksaan suhu badan dan polisi wajib memakai pelitup muka sebagai protokol standard.Borang pengisytiharan kesihatan, log masuk tanpa sentuhan (termasuk pengimbasan aplikasi MySejahtera) dan pemeriksaan Sijil Vaksinasi Digital semasa ketibaan.Peningkatan kekerapan pembersihan ke semua permukaan sentuhan tinggi dan kawasan umum yang digunakan oleh para tetamu di seluruh hotel-hotel dan resort oleh kakitangan pembersihan profesional.Penggunaan pembersih dan pembasmi kuman kelas perubatan di seluruh hotel-hotel dan resort.Kolam renang peribadi di dalam bilik sentiasa dibasmi kuman dan dijaga dengan baik sepanjang masa.Pengamalan jarak sosial dan dine-in yang selamat, serta merta amalan keselamatan makanan yang dipertingkatkan
Promosi Merdeka Staycation

Penduduk tempatan di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang lengkap divaksin, boleh menikmati percutian penginapan di Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson atau Lexis Suites Penang, dengan harga yang berpatutan dengan promosi Merdeka Staycation sehingga 30 September tahun ini. 
“Keluarga dan individu-individu yang lengkap divaksin boleh meraih kegembiraan percutian bersama orang yang disayangi, sambil menikmati kolam renang peribadi mereka sendiri, di hotel-hotel dan resort kami. Tawaran terbaru kami adalah cara kami mengucapkan beribu-ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam mendapatkan vaksin”, kata Mandy Chew Siok Cheng, Presiden, Lexis Hotel Group.
Grand Lexis Port Dickson dan Lexis Hibiscus Port Dickson akan menerima kunjungan para tetamu yang lengkap divaksin bermula 26 Ogos 2021. Manakala, Lexis Suites Penang akan menerima kunjungan para tetamu yang lengkap divaksin bermula 10 Ogos 2021.



Grand Lexis Port Dickson



Bilik Deluxe Suite






Executive Pool Villa






Sky Pool Villa





Lexis Hibiscus Port Dickson




Executive Pool Villa







Premium Pool Villa



Sky Pool Villa




Lexis Suites Penang



Executive Pool Suite




Tentang Lexis Hotel Group

Lexis Hotel Group memberikan tetamu-tetamu leisure dan bisnes dengan hotel penginapan yang praktical dan mewah di Malaysia. Ia menawarkan pengurusan profesional servis untuk hotel dan resort, dan telah berjaya membina jenama hospitaliti yang kukuh dan beruntung, terutama dalam pengurusan chalet-chalet air yang unik dan vila-vila kolam. Jenama kini menguruskan empat properti, iaitu Lexis, Grand Lexis and Lexis Hibiscus, terletak di Port Dickson, serta Lexis Suites Penang, yang terletak di Pulau Pinang, Malaysia. Hala tuju masa depan untuk Lexis Hotel Group termasuk Imperial Lexis Kuala Lumpur, sebuah hotel mewah lima bintang yang terletak di sekitar rangkuman KLCC dan Lexis Hibiscus 2, sebuah resort mewah yang akan datang di Port Dickson.

Promosi ini tertakluk dengan terma dan syarat. Untuk maklumat terlanjut, sila kunjungi laman web hotel-hotel dan resort berikut:
Lexis Hibiscus Port Dickson: 
[email protected] / 011-31376550 (WhatsApp)
www.lexishibiscuspd.com | FACEBOOK | INSTAGRAM
Grand Lexis Port Dickson: 
[email protected] / +06-653 2200
www.grandlexispd.com | FACEBOOK | INSTAGRAM
Lexis Suites Penang: 
[email protected] / 011-31376550 (WhatsApp)
www.lexissuitespenang.com | FACEBOOK | INSTAGRAM
www.lexis.my 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/08/dah-lengkap-vaksin-covid-19-jom-ke-grand-lexis-port-dickson.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Covid 19 Benarkan Penonton Lengkap Dua Dos Ke Stadium Usahawira

Vaksin Covid 19 Benarkan Penonton Lengkap Dua Dos Ke Stadium Usahawira

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 260 hits
Liga Bola Sepak Malaysia sekali lagi akan memohon kebenaran untuk penyokong menyaksikan perlawanan Liga Malaysia di stadium sebagai usaha merancakkan kembali saingan liga berkenaan Presiden MFL yang baharu Datuk Ab Ghani Hassan berkata bada
11 4 Juta Populasi Negara Lengkap Dos Kedua Vaksin Covid 19

11 4 Juta Populasi Negara Lengkap Dos Kedua Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 250 hits
Oleh Infografik pemberian vaksin Covid 19 di seluruh negara setakat semalam Foto JKJAV SEBANYAK 11 400 456 orang atau 34 9 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos kedua vaksin Covid 19 setakat semalam Mengikut Jawatankuasa Khas ...
Pesakit Covid 19 Stage 4 Kongsi Kisah Petua Walaupun Sudah Lengkap Dua Dos Vaksin

Pesakit Covid 19 Stage 4 Kongsi Kisah Petua Walaupun Sudah Lengkap Dua Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 701 hits
Hari demi hari kehilangan keluarga mahupun orang tersayang akibat wabak Covid 19 semakin meningkat Sudah lebih 10 000 nyawa hilang kerana wabak ini Ada di antara mereka dijangkiti pada kategori tiga atau empat tapi masih terselamat kerana s...
Pemkot Makassar Tunggu Kiriman Vaksin Covid 19 Tambahan

Pemkot Makassar Tunggu Kiriman Vaksin Covid 19 Tambahan

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 208 hits
Koordinator Satgas Covid 19 Sulsel dr Arman Bausat mengatakan Pemprov Sulsel sudah menerima setidaknya 5 600 vial vaksin Moderna dari pemerintah pusat Nantinya vaksin ini akan didistribusikan ke 24 kabupaten kota di Sulsel
Bangladesh Batal Vaksinasi Mega Akibat Kekurangan Dos Vaksin Covid 19

Bangladesh Batal Vaksinasi Mega Akibat Kekurangan Dos Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 245 hits
DHAKA Bangladesh pada Isnin membatalkan program vaksinasi Covid 19 besar besarannya berikutan kekurangan dos vaksin lapor Agensi Anadolu Kami tidak meneruskan kempen vaksinasi mega akibat kekurangan dos vaksin Oleh itu istilah vaksinasi bes...
Wagub Dki Sebut 14 9 Persen Penyintas Covid Warga Jakarta Telah Menerima Vaksin

Wagub Dki Sebut 14 9 Persen Penyintas Covid Warga Jakarta Telah Menerima Vaksin

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 257 hits
Namun demikian politikus Gerindra itu enggan sesumbar Jakarta telah mencapai kekebalan komunal herd immunity Tetapi yang jelas katanya sasaran target vaksinasi di Jakarta sudah melampaui target yang ditetapkan
Kezaliman Apa Ini Sarjan Tentera Dipecat Kerana Tolak Vaksin Covid 19 Hilang Pencen

Kezaliman Apa Ini Sarjan Tentera Dipecat Kerana Tolak Vaksin Covid 19 Hilang Pencen

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 438 hits
K ParkaranWan Ramly Wan Seman percaya yang dia berhak menolak vaksin kerana kerajaan belum mewajibkannya PETALING JAYA Seorang anggota tentera berpangkat sarjan yang enggan mengambil suntikan vaksin Covid 19 diberhentikan secara tidak terho...
Menkes Ingatkan Pemda Tak Tahan Stok Vaksin Covid 19

Menkes Ingatkan Pemda Tak Tahan Stok Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 189 hits
Sebagai bentuk transparansi dia menyampaikan pemerintah telah membuat situs agar publik dapat memantau berapa dosis vaksin yang telah disuntikan di setiap daerah stok vaksin dengan beragam merek
Hubungi Wapres As Menkes Minta 10 Juta Vaksin Covid 19

Hubungi Wapres As Menkes Minta 10 Juta Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 209 hits
Budi menyebut AS sempat tidak mau memberi hibah vaksin Covid 19 untuk Indonesia Namun setelah dilakukan negosiasi akhirnya AS memberikan vaksin Moderna secara gratis
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation