Dah La Duit Sewa 7 8 Bulan Tak Bayar Bil Elektrik Sampai Rm2 000 Pemilik Rumah Dianiaya Bekas Penyewa
'Dah la duit sewa 7-8 bulan tak bayar, bil elektrik sampai RM2,000!' - Pemilik rumah dianiaya bekas penyewa
Berat hati netizen, lagi berat hati pemilik rumah yang melihat keadaan rumahnya dibinasakan oleh bekas penyewa (keluarga) yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Fikri, bil elektrik dan air tidak dibayar dan jumlah bil lebih dari RM2,400. Tidak cukup dengan itu, bekas penyewa dengan sengaja melakukan onar, membiarkan semua suis di bilik utama dihidupkan.
So I nk cari owner yang pernah menyewa rumah I before this. Kau buat perangai. Dh lh duit sewa 7-8 bulan tk bayar. Bil elektrik sampai 2k tak bayar, bil air RM400 tak bayar2. Pastu dh kene halau, buat perangai datang rumah aku, pegi turn on semua suis dekat master room. pic.twitter.com/6X8469IVjz— Fikri (@fqxzmn) February 24, 2019
"So I nak cari owner yang pernah menyewa rumah I before this. Kau buat perangai. Dahlah duit sewa 7-8 bulan tak bayar, bil elektrik smapai RM2,000 tak bayar, bil air RM400 tak bayar-bayar.
"Pastu dah kena halau, buat perangai datang ke rumah aku, turn on semua suis di master room.
"Kau nak sangat deal cara melayu ****** kampung, sini aku deal kau. Meh aku viralkan perangai kau satu family. Rumah kau tinggalkan dengan bau macam *****. Jijiklah s***
"Nak add on. End of December 2018 dah suruh keluar. Pastu early of December boleh pula kau buat wedding anak kau kan. Sewa, bil elektrik, bil air kau tak nak bayar ke *****? ****** melayu camni.
"Kau aniaya bapak aku. Mentang-mentang bapak aku bagi kau duduk free, kau boleh buat macam ni?"
Difahamkan, Fikri dan keluarganya berpindah ke rumah baru dengan segala kelengkapan baru, manakala barangan/perabot lama ditinggalkan di rumah lama untuk kegunaan penyewa.
So when we moved out from our old house, 90% is left there Sbb mmng dari awal nk sewa kan dekat orang. So mmng current house everything is new. But what we get is 10% left. My mom punya pinggan mangkuk, my mom punya langsir, dapur has, hub, almari, katil, kerusi makan All gone
— Fikri (@fqxzmn) February 24, 2019
Malangnya, selepas penyewa dihalau ekoran kegagalan mereka membayar sewaan bulanan, dari 90 peratus barang/perabot yang ditinggalkan di rumah itu pada awalnya, kini hanya tinggal 10 peratus sahaja yang kelihatan.
Fikri enggan terburu-buru menyebarkan gambar bekas penyewa itu kerana masih bertimbang rasa dan tambahan bekas penyewa mempunyai anak yang masih bersekolah.
Apa yang diminta adalah, bekas penyewa tampil memohon maaf kepada pemilik rumah di atas tindakan mereka yang jelas sekali tidak bertanggungjawab dan menganiaya serta menzalimi pemilik rumah.
"I tak nak viralkan muka orang tu sebab I tak minta banyak tapi nak dia minta maaf dekat ayah!
"Sebab masa diorang nak move in itu dalam keadaan rush, jadi tiada perjanjian hitam putih dan bapak I fikir sebab kakak dia baik dengan parents I. So ingat tak ada masalah. Dah jadi macam ni, macam-macamlah masalah. Nak kena betulkan itu ini.
"I tak nak viralkan muka diorang sebab dia ada anak yang masih bersekolah. Ini perangai mak bapak dengan anak-anak yang dah bekerja. Kesian anak dia yang bersekolah lagi. Kalau I nak viralkan, tak pasal-pasal budak tu kena bahan."
Sumber: Twitter Fikri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ceberita.blogspot.com/2019/02/dah-la-duit-sewa-7-8-bulan-tak-bayar.html