Dah Hampir 9 Bulan Terpancar Seri Ibu Mengandung Nynaa Tunggu Masa Bersalin
Lama tak dengar khabar pelakon Nynaa Harizal. Dikhabarkan kini sedang sarat hamil cahaya mata pertama dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi.
Menurut laporan Utusan Online, pelakon berusia 27 tahun itu mengesahkan perkara tersebut ketika ditemui pada sebuah majlis hiburan, baru-baru ini.
Difahamkan, Nynaa hanya menghitung hari untuk melahirkan anak sulung dengan usia kandungan sudah mencecah hampir sembilan bulan sekali gus terpancar seri ibu pada wajahnya.
Bagaimanapun, pelakon drama Isteri Bukan Untuk Disewa itu mengakui belum bersedia untuk ditemu bual bagi berkongsi perkembangan terkini terutama kepada peminat.
Namun begitu, dia berjanji akan mengumumkan kehadiran zuriatnya termasuk jantina sebaik selamat bersalin tidak lama lagi.
Terdahulu, hubungan Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal dan suami Mohamed Fahmi Ilyas berdepan konflik dalam perkahwinan mereka walaupun baru saja mendirikan rumah tangga.
Nynaa pernah memfailkan perceraian secara baik dengan Fahmi pada November 2021, namun berjaya menyelesaikan konflik sebelum kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk tidak berpisah.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos 2021 dalam satu majlis yang diadakan secara kecil-kecilan di ibu kota mengikut prosedur operasi standard (SOP) disebabkan pandemik Covid-19.
Sumber: Utusan Online; OMM & Instagram Nynaa Harizal
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Dah Hampir 9 Bulan, Terpancar Seri Ibu Mengandung. Nynaa Tunggu Masa Bersalin appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/dah-hampir-9-bulan-terpancar-seri-ibu-mengandung-nynaa-tunggu-masa-bersalin/