Daging Masak Paprik Daun Selasih


Sejak sejak anak dah pandai makan daging ni,Barulah meriah sikit nak masak resipi berasaskan daging.Itupun sampai berair mata masa ayahnya mula-mula paksa makan daging kali pertama,Dah cuba makan, haa..boleh pun makan sebenarnya,Tapi masing masing tak berani mencuba.Penakut sangat masing-masing.Tak berani mencuba.Elok masuk rancangan Fear Factor budak budak ni..haha Sebenarnya, kalau masak daging ni,Lagi sedap kalau tak payah rebus dulu,Masak je dengan bumbu masakan kita tu,Lebih resap rasa bumbu dan rencah masakannya dalam daging tu.Cuma keadaan sekarang semua benda kena pantas lagi cergas,Lambat kalau masak cara tu.Jadinya, MY rebus aje siap-siap guna periuk tekanan barang 2 ke 3 kilo.Masa nak guna baru hiris nipis. Masa rebus jangan hiris nipis sangat.Biar dalam ketulan lebar-lebar sikit.Lepas tu simpan dalam peti beku.
Masa rebus tu letak garam sikit, Letak daun salam sikit,Letak daun kari sikit,Barulah wangi.Tapi jangan letak asam keping,Nanti daging jadi keras.Tak sodap.
Meh la temankan Mama Yan masak paprik daging,Kita masak sama sama ye,Resipi ada kat bawah ni.Siapa nak, boleh tiru, sebab MY pun tiru juga...
Resipi Daging Masak Paprik 300 gram daging 3 ulas Bawang putih2 sudu besar cili kering kisar1 biji bawang besar1 batang lobak merah4 tangkai kacang panjang3 tangkai cili hijau (kalau suka)2 sudu sos ikan3 sudu besar sos tiram2 sudu besar sos tomato1 batang seraiair suku cawan cawanMinyak untuk garam secukup rasa10 helai daun selasih
Cara-cara memasak:
Mula-mula rebus daging sampai empuk dan hiris. Ketepikan.
Hiris bawang putih. Kalau nak cincang atau nak ketuk aje pun boleh juga. Suami MY suruh hiris nipis sebab mak dia hiris. Maka kita hirislah. Kang kalau ketuk aje kang, jatuh durhaka pula. 
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili agak kering. Taruk serai. Masukkan pula daging dan air. 
Masukkan sayur sayuran yang ada.Sayur ni kalau ada banyak sayur masukkan sayur yang keras dulu.Macam MY letak kacang panjang dengan lobak merah je. Lobak merah tu MY dah hiris nipis bagi cepat lembut.Kacau sebati.
Masukkan garam, sos tiram, sos tomato dan sos ikan.Masak sehingga sayur lembut.Jika terlalu pekat dan kering boleh tambah sedikit air lagi.Cuba rasa masam masinnya. Kalau dah okay, masukkan daun selasih.Kacau kacau lagi sehingga daun selasih layu.Sedia untuk dinikmati.
Saja-saja MY nak cuba masak letak daun selasih.Selalunya letak daun limau purut aje.Tukar tukar selera.Tapi takde apa apa kelainan pun pada rasa.Lain cuma pada baunya.Tapi dua dua daun pun ada aroma yang membangkitkan selera
Sayur sayur tu, kalau ada banyak stok sayur kat rumah,Boleh la tambah lebih banyak lagi.Boleh taruk bunga kobis, putik jagung, kacang peas, capsicum, dan lain lain yang dirasakan sesuai.Tapi masa ni rumah MY cuma ada kacang panjang dan lobak merah aje.Jadilah kan.. Sayur ni, malas nak beli banyak banyak sebab anak anak tak makan sayur.Suruh makan sayur, siap bergenang air mata telan sayur.Macam mak apaknya suruh telan duri gayanya.
Nilah pokok kemangi atau daun selasih yang MY tanam dalam polibeg di tepi pagar rumah.Teringin nak makan daging goreng selasih,Dah tak payah pergi makan di Restoran Kemangi lagi,Boleh masak sendiri...hahaha... 
MY suka tau bercucuk tanam keliling rumah ala ala Jamie Oliver.Nak masa, petik petik je tepi rumah..hahaha...Nak masak kari, petik daun kari.Nak masak tomyam, petik daun limau purut,Nak masak rendang, petik daun kunyit,nak masak lemak, korek isi kunyit,nak masak daging, petik daun salam.Kalau boleh kelapa pun nak tanam tepi rumah.Nak guna serai, ambik je depan rumah.
Tapi MY bukanlah sejenis manusia yang rajin.Cuma sangat bersyukur dikurniakan suami yang rajin melayan keinginan bininya ni.Nak pokok itulah, inilah, tapi nak tanam malas.Nak jaga pun tak rajin.Suamilah yang tanam, suamilah yang letak baja,belek belek kalau ada penyakit,buang ulat bulu dan siput.Saya tolong ambik gambar dan tolong siram kalau lama tak hujan...hahaha







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2023/08/daging-masak-paprik-daun-selasih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Masak Kicap Pedas Sambal Khairul Aming

Ayam Masak Kicap Pedas Sambal Khairul Aming

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 259 hits
Resepi Ayam Masak Kicap 2023 Ayam dan Kicap antara gabungan yang menjadi viral kerana kombinasinya yang unik dari segi rasa serta aroma yang memukau The post appeared first on
Aku Sendiri Masak Resipi Ketupat Sotong Kelantan

Aku Sendiri Masak Resipi Ketupat Sotong Kelantan

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 224 hits
Antara menu makanan ikonik orang Kelantan ialah Ketupat Sotong Kalau balik kampung senang saja nak makan Ketupat Sotong tapi bila dah lama menetap di Kuala Lumpur agak terhad nak cari menu macam ni Sebab susah nak dapat aku terpaksa belajar...
Khairul Aming Masih Solo Tidak Risau Bakal Isteri Tak Pandai Masak

Khairul Aming Masih Solo Tidak Risau Bakal Isteri Tak Pandai Masak

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 383 hits
Siapa sahaja yang tidak kenal personaliti dan chef media sosia Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman yang sering berkongsi video masakan di platform media sosial miliknya seperti TikTok Twitter dan Instagram Setiap vi...
Masak Nasi Ayam Versi Rajin

Masak Nasi Ayam Versi Rajin

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 303 hits
Assalamualaikum WBTLEPAS pagi semalam hantar semula Pak Inche ke pusat servis Toyota Medini Sebelum tu singgah Mydin dulu Pak Inche nak makan Nasi Ayam Tak mahu guna stok ayam yang ada nak beli ayam lain dan condiments untuk melengkapkan na...
Perkep Masak Bubur Asyura 2023

Perkep Masak Bubur Asyura 2023

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 291 hits
PERKEP Masak Bubur Asyura 2023 The post appeared first on
Masak Mee 2 3 Minit Siap

Masak Mee 2 3 Minit Siap

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 137 hits
Ambil air panas masukkan dalam bekas bersama mee segera dan perencahnya dan tutup serta biarkan ia mengembang Tunggu dalam masa 2 3 minit mee segera boleh terus dimakan
Hiburan Masak Sempoi Suami Nak Balik Mengundi Miera Liyana Dipuji Pandai Ambil Hati Masak Lauk Kegemaran Anak Tiri

Hiburan Masak Sempoi Suami Nak Balik Mengundi Miera Liyana Dipuji Pandai Ambil Hati Masak Lauk Kegemaran Anak Tiri

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 242 hits
Pelakon Miera Liyana baru baru ini mencuri tumpuan apabila dia berkongsi beberapa hantaran di Instagram Story mengenai hidangan yang dimasak buat suami dan anak anak tersayang Meskipun dilahirkan dalam keluarga berada namun Miera dipuji ker...
Bubur Pedas Daun Mengkudu

Bubur Pedas Daun Mengkudu

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 171 hits
Assalamualaikum Selamat Pagi BUBUR PEDAS DAUN MENGKUDU Kalau semalam Fiza share cara nak kan harini Fiza nak share pulak pasal salah satu makanan yang terkenal di Sarawak iaitu bubur pedas Tapi bubur pedas yang Fiza share ni version Fizalah...
Daun Sup Khasiat Dan Perbezaan Dengan Daun Ketumbar

Daun Sup Khasiat Dan Perbezaan Dengan Daun Ketumbar

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 355 hits
Daun sup juga dikenali sebagai daun Laurus nobilis merupakan sejenis tumbuhan berdaun hijau yang kerap digunakan sebagai rempah dalam penyediaan hidangan Daun sup mempunyai aroma yang harum dan rasa yang tajam serta biasanya digunakan dalam...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba