Daging Masak Kicap Halia



Macam dah lama takde entry masak masak rasanya..Tapi Mama Yan masak untuk keluarga hampir setiap hari ye.Cuma kadang tu kita buat kerja memasak ni berkejaran dengan masa dan tugas lain,Tak sempat pun nak pegang handphone,apalagi nak setting DSLR untuk ambil gambar memasak.Kalau sempat ambil gambar pun,Memang sebegitu ajelah gambarnya,Takde setting cahaya bagai.Gelap la..Malap la..Tak sharp la..Takde prop...Kalau siap masak siap nak prop bagai untuk sesi fotografi,aje sejuk makanan pakej kelaparan anak anak.Suami takpe,dia sangat memahami sebenarnya.Tapi dia pun gagal teruk bab ambil gambar ni.

Kali ni Mama Yan masak Daging Masak Kicap Halia.Daging masak kicap taruk halia cincang ni resipi tradisi keluarga suami.Daging masak kicap keluarga Mama Yan bukan macam ni.Lain sikit.Kalau keluarga suami,daging masak kicap diorang agak kering sedikit.Lain kali MY masak style Raub pulak.Hari ni kita belanja style Segamat...hihihiMasak masak kat rumah mentua Mama Yan ni simple aje.Takde bahan bahan yang rare..Semua ada jual kat kedai runcit dalam kampung.Sebelum ada menantu dari luar,Penambah perisa macam Sos tiram, pes tomyam, pes asam jawa adabi, serbuk serbuk lada hitam, semua tu tak pernah guna pun.Guna bahan asas aje.Kalau nak kena guna lada hitam, gunalah lada hitam, disangai atas kuali, kemudian tumbuk.begitu juga lada putih ke, ketumbar ke..Mana ada serbuk serbuk segera...Pes asam adabi yang takde biji tu pun baru je reti guna.sebelum ni gigih pilih asam jawa kurang biji.dipicit picit kampit asam jawa tu,cari yang kurang biji kata mak.Aji no moto pun mak mentua kenal masa datang rewang rewang rumah orang baru kenal.Lebih mudah masak masakan ringkas begini rasanya.tak susah nak cari bahan

Resepi Daging Masak Kicap Halia
Bahan - bahan:
500 gram daging2 biji bawang merah sederhana besar3 ulas bawang putih1 batang kecil kulit kayu manis1 kuntum bunga lawang2 biji bunga cengkih2 buah pelagasetengah cawan kicap lemak manis atau ikut citarasa3-4 inci halia 1 cawan airminyak untuk menumis
Cara Menyediakan:
Sebab kita nak masak daging,Hiris lah daging nipis nipis melawan arah urat supaya cepat empuk.Kemudian basuh daging dan toskan air daging.letaklah daging tu dalam bekas tapis.
Lepas tu, bersihkan halia, Potong 3 bahagian.racik halia halus seperti batang mancis terlebih dahulu.Ada ke yang tak kenal batang mancis?Harap harap masih kenal lah ye...Goreng halia dalam minyak sehingga agak kekuningan.Angkat dan ketepikan halia.
Hiris pula bawang merah dan bawang putih.Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang merah, bawang putih, rempah 4 sekawan ke dalam minyak.Apabila bawang dah layu,Masukkan daging dan masak sehingga air daging keluar serta kering.lepas air daging dah kering,tambah air dan kicap.Masaklah sehingga daging empuk.
Kalau air dah mula kering tapi daging belum empuk,tambah lagi air.Kalau guna daging batang pinang,dalam 20 minit empuklah.Kalau guna daging kerbau import dari negara India,mungkin ambil masa sekita 45 minit untuk masak sikit.Kalau masak banyak...Tak tahulah nak cakap berapa lama,Kalau masak banyak, MY campak masuk Noxxa aje.Tak terdaya membeli gas.
Apabila daging dah empuk, bolehlah masukkan halia yang telah digoreng awal tadi.Kuah pula, terpulang pada selera masing masing.Kalau nak berkuah,letak sikit lagi air.Kalau rasa macam tak cukup sifat,tambah sedikit gula atau garam sahaja.jangan tambah kicap lagi dah.Mama Yan gunakan kicap lemak manis Jalen.Jadi dah tak tambah garam atau gula lagi dah.Dah cukup dah rasa manis dan masinnya.

Kuali yang dah season ni dibeli oleh mak mentua Mama Yan masa kami mula mula nak hidup bersama suami 18 tahun lepas.Memang sangat kesayangan lah kuali ni.Memanglah nampak buruk, tapi bersih ya,Mama Yan dah cuci dengan pelbagai cara dah.Sabung cap buruh, sabun badang, sabun Hai O..Mujur tak tuang asid aje.tapi warnanya tetaplah begitu.

Biar aje daging tu empuk bersama air dan kicap.Barulah rasanya meresap sampai ke dalam.Daging jangan potong tebal sangat.Nanti lambat empuk.Nipis pun, janganlah serupa kertas pula.

Nampak tu... halia yang telah diracik dang digoreng.Mama Yan letak last sekali lepas daging dah empuk.Kacau rata,matikan api..Sedia untuk sesi fotografi.eh.. sedia untuk dinikmati bersama family.

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2024/08/daging-masak-kicap-halia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Siput Sedut Masak Kicap Memang Sedap Nikmat

Resipi Siput Sedut Masak Kicap Memang Sedap Nikmat

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 128 hits
Wow Nampak sedap Siput Sedut Masak Kicap ni Bias akita makan Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi je kan Saudari Wie Wien s kongsikan resipi yang selalu dimasak oleh ayahnya sewaktu kecil Katanya masa sedut tu memang nikmat Terasa manis isi si...
Ayam Masak Kandar Mudah Masak Dan Surr

Ayam Masak Kandar Mudah Masak Dan Surr

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 99 hits
Memang terangkat menu ni bila dihidang dengan nasi panas panas Ayam masak kandar ni bukan hanya sesuai dengan nasi putih malah makan dengan nasi biryani lagi surr Ayam Masak Kandar Bahan bahan 1 2 ekor ayam 3 sekawan 3 biji bawang merah 3 b...
Beras Basmathi Harga Khasiat Cara Masak

Beras Basmathi Harga Khasiat Cara Masak

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 81 hits
Beras basmathi atau turut dikenali sebagai raja beras merupakan beras yang berasal dari India Beras jenis ini mempunyai aroma yang wangi dan panjang panjang bentuknya Ia boleh dan sesuai untuk digunakan dalam pelbagai masakan antaranya iala...
Jom Lah Masak Dengan La Gourmet

Jom Lah Masak Dengan La Gourmet

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 124 hits
Assalamualaikum hai semua Biasanya alat memasak adalah salah satu antara perkara yang penting kita titik beratkan kat dapur kita kan Jadi kali nie Kak Sue nak ajak korang yang memang suka masak Jom lah Masak Dengan La Gourmate Haa rasanya k...
6 Sebab Kenapa Perlu Sarapan Dengan Telur Separuh Masak

6 Sebab Kenapa Perlu Sarapan Dengan Telur Separuh Masak

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 93 hits
Seringkali kita lihat telur menjadi makanan utama dalam menu sarapan Malahan ia menjadi kegemaran ramai untuk diambil sebagai pemula hari yang baharu agar lebih bertenaga untuk melakukan sebarang aktiviti Di sini kami kongsikan beberapa kha...
Masak Ayam Sambal

Masak Ayam Sambal

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 156 hits
Assalamualaikum WBT PAK Inche balik dari KL hari tu mulanya dia ajak makan nasi kat luar tapi entah macam mana boleh tanya ke nak masak nasi makan kat rumah aje ishhhh mulut ni Boleh juga masak Ayam Sambal ke cadang PI Iman terus mengeluh d...
Joy Revfa Hamil 10 Minggu Tak Sempat Pergi Honeymoon Kali Ini Tiba Tiba Rajin Masak

Joy Revfa Hamil 10 Minggu Tak Sempat Pergi Honeymoon Kali Ini Tiba Tiba Rajin Masak

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 91 hits
Joy Revfa 10 Minggu tak sempat pergi honeymoon kali ini tiba tiba rajin masak Usahawan kosmetik Joy Revfa berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dia kini sedang 10 minggu Joy Revfa Hamil 10 Minggu Tak Sempat Pergi Honeymoon Kali Ini T...
Masak Tempoyak Ikan Baung Lauk Lunch Hari Ini

Masak Tempoyak Ikan Baung Lauk Lunch Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 104 hits
Assalamualaikum SA dh sudah makan dh Hari ni bekal SA special skit semalam kan Pak Zain beli ikan baung dan tunggu SA balik baru masak kan SA buat masak tempoyak uolls mulanya nak buat asam pedas xde plak cili kisar erm Alhamdulillah sedap ...
Kat Sini Baru Semangat Nak Masak Speghetti

Kat Sini Baru Semangat Nak Masak Speghetti

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 99 hits
Sebelum nak review restoran Morocco yang kita pegi semalam nbsp kita upload dulu masakan sendiri Lepas maghrib baru sibuk kat dapur masak speghetti seafood bolognese mengenangkan tak de mood nak makan sayur betik muda yang hubby minta nbsp ...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Beg Sekolah Anak Kena Gunting Ibu Pesan Tanya Kelakuan Anak Dekat Sekolah Masa Perjumpaan Ibubapa

Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga