Daging Bakar Dan Air Asam Pencicah
Saya memesan daging bahagian Harimau Menangis untuk dibakar. Daging bahagian ini ada sedikit lemak yang menjadikan daging bakar lebih sedap dan juicy. Jika daging bakar, selain dimakan begitu sahaja, ianya pasti lebih sedap jika dimakan dengan dicicah air asam pencicah.
Air asam pencicah yang sedap mesti lah pekat dan secukup bahan bahannya. Bila dicicah daging bakar atau ikan bakar, bahan cincang dan air asamnya melekat di daging, barulah meletop. Jadi adalah sangat perlu untuk separuh dari bahan bahannya dikisar dan separuh lagi dihiris halus atau dicincang lumat. Satu lagi tips untuk air asam lagi sedap ialah menggunakan sedikit gula Melaka. Ia akan memberi rasa manis lemak.
Air asam jawa juga dibancuh pekat. Jika mahu lebih sedap, masukkan sedikit belacan. Yang ini, memang tidak dapat dinafikan. Tapi kami tak boleh makan belacan kerana masalah resdung dan alergi. Jadi belacan terpaksa dilupakan dalam masakan yang saya sediakan.
Versi air asam pencicah saya ni lebih berupa air asam tapi ada juga versi air asam pencicah yang berupa sambal belacan yang juga sedap dimakan dengan ikan bakar atau daging bakar. Saya makan sambal pencicah di rumah hutan Bonda Rozita. Insya Allah, saya akan cuba resepi beliau dan kongsikan di entri akan datang. Memang sedap, bahan lebih kurang sama cuma portion penggunaan bahan bahan sahaja yang berbeza.
Air asam pencicah saya hari ini sedaplah pada selera saya. Yang menjadikan air asam sedap atau tidak adalah rasa yang seimbang antara masam, masin dan manis. Ini yang dikatakan air tangan yang membezakan satu masakan dengan masakan seorang yang lain.
Memasak menggunakan resepi yang sama, belum tentu menghasilkan keenakan dan rasa yang sama. Jadi kenalah adjust di sana sini kerana ianya bergantung kepada kepekatan air asamnya dan rasa yang seimbang juga.
Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Sangat mudah dan cepat sahaja untuk menyediakannya. Selamat mencuba....
Daging Bakar dan Air Asam PencicahOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 kg dagingGaram1 inci kunyit hidup
Bahan air asam:1 kepal asam jawa 1 biji bawang besar - potong dadu1/2 biji buah tomato - cincang4-5 tangkai cili padi - hiris halus 1 tangkai cili merah - hiris
Belacan - opsyenalGula
Gula Melaka Garam1/2 biji limau nipis
Cara cara:Daging dilumur dengan garam yang ditumbuk dengan kunyit hidup. Perap seketika sebelum dibakar. Saya hanya bakar dalam kuali ajaib sahaja.
Asam jawa dibancuh dengan air secukupnya. Separuh dari bahan air asam dikisar bersama air asam jawa dan separuh lagi dihiris dan dicincang halus.
Satukan bahan kisar dengan bahan hiris dalam satu bekas, Masukkan garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali, perah air limau nipis dan sesuaikan rasa. Sedia untuk dicicah dengan daging bakar atau ikan bakar.
Nota:Air asam mestilah sedikit pekat, barulah sedap.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aziekitchen.com/2018/11/daging-bakar-dan-air-asam-pencicah.html