Daftar Myvac Cara Register Sukarela Bukan Kesihatan


DAFTAR MyVAC:CARA REGISTER SUKARELA BUKAN KESIHATAN(Elaun Harian RM50)

Kepada yang layak,anda boleh daftar MyVac untuk menjadi sukarela bukan kesihatan dan layak untuk dapat elaun harian sebanyak RM50.
Bagaimanakah cara untuk sertai SUKARELAWAN MYVAC untuk bertugas di Pusat Pemberian Vaksin seluruh Negara?
APA ITU MyVAC?
MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) merupakan satu inisiatif yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi.
Program mobilisasi sukarelawan ini akan menjadi instrumen yang amat penting dalam kempen vaksinasi Malaysia bagi mencapai “Herd Immunity”.
Maka,MySukarela ditubuhkan untuk menyokong pelaksanaan MyVAC dengan berkesan. Ia membantu mengisikan keperluan tenaga kerja bagi perlaksaanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan menempatkan sukarelawan yang rela dan bersemangat dari semua lapisan masyarakat.
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dilaksanakan di 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Malaysia. Dengan mendaftarkan diri, anda boleh memilih untuk berkhidmat di kawasan anda mengikut masa pilihan anda sendiri. Kami menyeru semua rakyat Malaysia yang bersedia dan berkemampuan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan bagi mengurus dan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan 2021.
SEMAKAN KELAYAKAN MyVAC
Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan.
Terdapat 2 jenis sukarelawan iaitu Sukarelawan Bukan Kesihatan dan Sukarelawan Kesihatan.
Sukarelawan boleh memilih sama ada menjadi sukarelawan kesihatan ataupun bukan kesihatan, berdasarkan kelayakan dalam melancarkan pergerakan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negeri dan daerah.
 
SKOP TUGASAN SUKARELAWAN MyVAC
Berikut adalah skop tugasan yang perlu dilaksanakan:
Sukarelawan Kesihatan: Vaksinator, mengawal sick bay/kecemasan dan konsultasi Vaksin Covid-19 Sukarelawan Bukan Kesihatan: Membuat saringan gejala suhu, janji temu, pendaftaran, mengawal ruang menunggu. Anda boleh membuat pilihan ini sewaktu pendaftaran di laman web. Bagaimanapun, untuk sukarelawan bukan kesihatan, bidang tugasan spesifik akan ditentukan oleh penyelia masing-masing di PPV nanti.
BAYARAN ELAUN SUKARELAWAN MyVAC
Bayaran saguhati sukarelawan akan diberikan mengikut kadar seperti di bawah:
00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama dua sesi atau sepanjang tempoh waktu operasi PPV. 00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama satu (1) sesi selama enam (6) jam. Kad pengenalan diri dan vest akan diberikan kepada setiap sukarelawan yang bertugas.
SIJIL SUKARELAWAN MyVAC
Di akhir program PICK, sijil untuk setiap sukarelawan juga akan dikeluarkan.
JANGKA MASA BERTUGAS MyVAC
Jangka masa bertugas setiap sukarelawan adalah terbahagi kepada dua (2) sesi iaitu:
Satu Sesi: Enam (6) jam satu sesi. Sukarelawan MyVac perlu bertugas sekurang-kurangnya enam (6) jam bagi mendapat bayaran token minimum; Dua (2) sesi: Maksimum 12 jam atau bergantung kepada waktu operasi PPV. Sekiranya terdapat PPV yang beroperasi kurang dari 12 jam, maka sukarelawan tersebut akan dianggap bertugas untuk satu hari. Setiap sukarelawan boleh memilih tarikh untuk bertugas. Setiap syif bertugas adalah untuk tempoh 6 jam.
 
Pemilihan boleh dilakukan di dalam laman web setelah berjaya dipilih menjadi sukarelawan.
 
Sukarelawan perlu bertugas sekurang kurangnya tujuh (7) hari berturut-turut.
 
Setiap sukarelawan boleh memilih kawasan bertugas, tetapi ia bergantung kepada kekosongan di lokasi tersebut.
Bagaimakah cara Kemaskini MySejahtera untuk ibu mengandung dan menyusu anak
CARA DAFTAR SUKARELAWAN MyVAC
Berikut adalah proses daftar sukarelawan MyVac:
Mendaftar minat anda untuk di www.myvac.com.my Mengesahkan pendaftaran anda melalui emel. Pengesahan APC oleh KKM akan dilakukan untuk Sukarelawan Kesihatan (jangkaan 5 hari bekerja). Seterusnya, anda perlu menghadiri satu latihan secara maya dan lulus. Hanya untuk sukarelawan kesihatan, satu taklimat khas akan diberikan secara maya (tarikh taklimat akan diketahui dalam laman profil anda). Lengkapkan profil anda dengan mengisikan butiran bank, butiran waris terdekat dan memuat naikan gambar profil anda. Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan (borang-borang ini boleh didapati di dalam laman profil anda. Kemudian anda dikehendaki untuk melaporkan diri anda ke Pejabat Belia dan Sukan berdekatan untuk menandatangi Surat Tawaran Sukarelawan dan mengambil kit sukarelawan. Membuat pilihan tarikh, masa dan lokasi untuk bertugas. Kesesuaian dan kekosongan tarikh, masa dan lokasi akan diketahui serta-merta. Tiga (3) hari sebelum tarikh lapor diri, anda dikehendaki untuk mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 di dalam laman profil anda Hadir sejam lebih awal di PPV pada waktu tarikh tugas bermula (atau seperti dipersetujui oleh penyelia PPV). SURAT SOKONGAN PELEPASAN MyVAC
Surat sokongan pelepasan boleh dikeluarkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
Anda boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah yang terdekat dengan anda setelah anda disahkan berjaya menjadi seorang sukarelawan MyVac.
Namun begitu, pelepasan daripada tempat kerja/belajar adalah dimuktamadkan oleh majikan/institusi pengajian masing-masing.
SOALAN LAZIM MyVAC
Adakah Sukarelawan MyVac dapat keistimewaan giliran vaksin lebih awal?
Tidak. Suntikan vaksin akan diberikan mengikut fasa yang telah ditetapkan.
Bila tarikh tutup daftar MyVac?
Buat waktu ini, tiada tarikh tutup yang ditetapkan untuk mendaftar sebagai Sukarelawan MyVac. Anda boleh mendaftar melalui link www.myvac.com.my.
Bagaimanapun, kekosongan untuk menjadi sukarelawan adalah bergantung kepada keperluan di PPV.
Sekiranya bilangan sukarelawan di setiap PPV adalah mencukupi, anda akan diletakkan di dalam senarai simpanan dan akan dimaklumkan kelak sekiranya ada kekosongan di PPV.
Siapakah yang boleh menjadi saksi untuk semua borang pengesahan MyVac?
i) Deklarasi Kesihatan – Disahkan oleh sukarelawan itu sendiri
ii) Borang Penepian Liabiliti – Disaksikan oleh sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas
iii) Borang Akta Rahsia – Disaksikan oleh pegawai penjawat awam (Gred 41 dan ke atas) dari Kementerian Kesihatan Malaysia atau Kementerian Belia dan Sukan. Anda boleh mengunjungi mana-mana Pejabat Belia dan Sukan/ Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan anda)
Adakah saya perlu menghadiri latihan MyVac?
Latihan sukarelawan akan diberikan secara maya.
Kesemua sukarelawan haruslah menghabiskan kesemua modul yang diberikan dan juga lulus kuiz yang termaklum dalam semua modul.
Adakah saya perlu melakukan sebarang pemeriksaan kesihatan sebelum menjadi Sukarelawan MyVac?
Tidak, Sukarelawan hanya perlu melakukan pengesahan deklarasi kesihatan di dalam laman web.
Boleh ke pilih kawasan untuk berkhidmat  sukarelawan MyVac?
Anda boleh memilih untuk berkhidmat di kawasan anda mengikut masa pilihan anda sendiri.
 
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
MySukarela Hotline
Waktu Operasi : 9am – 6pmEmail : [email protected]
Whatsapp (Message Only) : (+60) 17-303 9042
The post DAFTAR MyVAC:CARA REGISTER SUKARELA BUKAN KESIHATAN(Elaun Harian RM50) appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/daftar-myvac.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Daftar Takaful Malaysia Register Login Mytakafulcustomer

Cara Daftar Takaful Malaysia Register Login Mytakafulcustomer

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 314 hits
CARA DAFTAR TAKAFUL MALAYSIA REGISTER LOGIN myTakafulCustomer Adakah anda seorang pelanggan Takaful Malaysai Jika ya sudahkah anda register dan login myTakafulCustomer Perkhidmatan myTakafulCustomer ini memudahkan pelanggan untuk melihat po...
Kemaskini Mysejahtera Cara Update Status Kesihatan Ibu Mengandung Menyusu Bayi

Kemaskini Mysejahtera Cara Update Status Kesihatan Ibu Mengandung Menyusu Bayi

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 592 hits
KEMASKINI MySEJAHTERA CARA UPDATE STATUS KESIHATAN IBU MENGANDUNG MENYUSU BAYI Untuk makluman setiap rakyat Malaysia anda wajib membuat kemaskini status kesihatan di Bagaimanakah cara kemaskini MySejahtera BAGAIMANA JIKA GAGAL MEMBUAT KEMAS...
Bil Air Online Selangor Kl Cara Daftar Login Semak Dan Bayar Bil

Bil Air Online Selangor Kl Cara Daftar Login Semak Dan Bayar Bil

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 348 hits
BIL AIR ONLINE SELANGOR KL CARA DAFTAR LOGIN SEMAK DAN BAYAR BIL Sekiranya anda warga selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya tentu dah kebanyakannya sebelum ini kebiasaannya untuk membuat pembayaran bil air dengan menggunakan Online Banking me...
Tutorial Cara Daftar Intellifluence Untuk Jana Pendapatan

Tutorial Cara Daftar Intellifluence Untuk Jana Pendapatan

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 265 hits
Tutorial Cara Daftar Intellifluence Untuk Jana Pendapatan Akhirnya baru saya ada kesempatan untuk berkongsi Tutorial Cara Daftar Intellifluence Untuk Jana Pendapatan bagi anda yang suka menulis Bayaran dari Intellifluence ni adalah dalam US...
Pikas Miti Register Daftar Semakan Status Program Imunisasi Industri Covid 19

Pikas Miti Register Daftar Semakan Status Program Imunisasi Industri Covid 19

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 337 hits
PIKAS MITI REGISTER DAFTAR SEMAKAN STATUS PROGRAM IMUNISASI INDUSTRI COVID 19 Program Imunisasi Industri COVID 19 Kerjasama Awam Swasta bagi sektor pembuatan akan dilancarkan pada Fasa 4 Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan bermula 16 Jun ...
Myvac Kerja Kosong Sukarelawan Kesihatan Diperlukan Di Seluruh Negara

Myvac Kerja Kosong Sukarelawan Kesihatan Diperlukan Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 892 hits
MyVAC KERJA KOSONG SUKARELAWAN KESIHATAN DIPERLUKAN SEBARKAN kepada semua Malaysia Vaccine Support Volunteers menawarkan KERJA KOSONG SUKARELAWAN KESIHATAN DI SELURUH NEGARA Antara syarat utama berumur 18 tahun ke atas Gaji RM25 RM50 sehari...
Cara Daftar Sarawakpay Online 2021 Dengan Mudah

Cara Daftar Sarawakpay Online 2021 Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 446 hits
Cara Daftar SarawakPay Online Rakyat Sarawak khususnya sudahkah anda mendaftar dengan aplikasi SarawakPay SarawakPay ini mengaplikasikan konsep cashless seperti eWallet dimana anda boleh menggunakan perkhidmatan pembayaran bil utiliti pembe...
Ezbiz Ssm Login 2021 Cara Daftar Renew Ssm Online

Ezbiz Ssm Login 2021 Cara Daftar Renew Ssm Online

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 394 hits
ezBiz SSM LOGIN 2021 CARA DAFTAR RENEW SSM ONLINE Anda boleh membuat secara online sahaja melalui ezBiz SSM Bagaimanakah caranya Anda hanya perlu login ezBiz SSM APA ITU SISTEM ezBiz SSM Ianya dibangunkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization