Daftar Id Portal Muat Turun Borang Perkeso


DAFTAR ID PORTAL & MUAT TURUN BORANG PERKESO

Berdasarkan situasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), segala urusan berkaitan dengan majikan dan Perkeso perlu dilakukan secara atas talian untuk memastikan semua urusan berjalan dengan lancar. Lebih-lebih lagi banyak inisiatif baru yang kerajaan sediakan berkaitan dengan Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program – ERP) dan Program Subsidi Upah perlu diuruskan sebaik mungkin untuk kebajikan pekerja dan majikan. Maka menjadi keperluan kepada majikan untuk membuat pendaftaran  Id Portal Perkeso untuk memudahkan urusan majikan melaksanakan pelbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan. Bagaimanakah  cara DAFTAR ID PORTAL & MUAT TURUN BORANG PERKESO?

CARA DAFTAR ID PORTAL PERKESO
PERKESO telah menyediakan sebuah portal layan diri bagi majikan untuk menguruskan maklumat-maklumat majikan, pekerja dan caruman bulanan PERKESO. Bagi tujuan ini, majikan boleh memohon untuk menggunakan portal ini.
Untuk mendapatkan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) bagi menggunakan Portal ASSIST PERKESO, anda perlu muat-turun pdfBorang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal Assist dan bawa borang yang telah dilengkapkan ke Pejabat PERKESO yang berdekatan dengan anda.
Borang yang dilengkapkan hendaklah die-mel ke [email protected] atau bawa ke Pejabat PERKESO yang berdekatan .
Pejabat kami akan menyemak borang tersebut dan akan menjanakan akaun pengguna anda.
Anda akan menerima satu email dengan nama pengguna (username) dan kata laluan sementara (password) anda.
Semasa login pertama, anda akan diminta untuk menukar kata laluan (password) anda untuk tujuan keselamatan akan anda.
Sekiranya anda terlupa kata laluan anda, anda boleh menggunakan fungsi “Forget Password” yang terpapar pada skrin login portal tersebut.
Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan, sila hantarkan soalan anda ke [email protected]
CARA PENDAFTARAN MAJIKAN
Majikan dan pekerja baharu mesti didaftarkan dengan PERKESO dalam tempoh tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh Akta dipakai bagi perusahaan itu. Bagi tujuan pendaftaran, majikan dikehendaki mengisi Borang Pendaftaran Majikan (Borang 1) serta Borang Pendaftaran Pekerja (Borang 2) bersama dengan dokumen yang ditetapkan (sila dapatkan senarai semak menerusi laman sesawang atau pejabat PERKESO) dan mengemukakannya ke pejabat PERKESO berdekatan.
Jika berlaku perubahan nama, alamat, jenis, status ketuanpunyaan perusahaan atau pekerja, majikan hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada PERKESO.
CARA PENDAFTARAN PEKERJA
Majikan yang mengambil pekerja baru yang layak di bawah Akta hendaklah mendaftarkan pekerja tersebut menggunakan Borang 2, biarpun pekerja tersebut pernah berdaftar dan mencarum dengan PERKESO ketika bekerja di majikan terdahulu.
Rekod Daftar Pekerja
Majikan hendaklah menyelenggara dan menyimpan rekod daftar pekerja yang menunjukkan butir-butir berikut bagi tiap-tiap bulan untuk setiap pekerja:
Nama Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara Pekerjaan Butiran Caruman Gaji Bulanan Elaun-elaun Daftar pekerja dan semua rekod bayaran caruman hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun dari tarikh catatan terakhir.
PENDAFTARAN PEKERJA ASING
Majikan yang mengambil pekerja asing yang layak di bawah Akta hendaklah mendaftarkan pekerja tersebut menggunakan Borang Pendaftaran Pekerja Asing , biarpun pekerja tersebut pernah berdaftar dan mencarum dengan PERKESO ketika bekerja di majikan terdahulu.
PEMBERHENTIAN SEBAGAI MAJIKAN
Setiap majikan yang berhenti daripada menjadi majikan (majikan aktif tetapi tiada pekerja, majikan tutup sementara dan majikan tamat perusahaan) hendaklah memaklumkan kepada PERKESO dengan mengemukakan Borang Pemberhentian Sebagai Majikan (Borang 1A) bersama dokumen berkaitan dalam tempoh 30 hari dari tarikh tersebut.
BAYARAN BALIK CARUMAN
Mulai 1 Januari 2018, PERKESO telah memperkenalkan Portal ASSIST PERKESO bagi memudahkan majikan menguruskan pendaftaran majikan dan pekerja, rekod caruman dan pembayaran caruman.
Bagi menggunakan Portal ASSIST PERKESO ini, majikan perlulah mendaftar untuk mendapatkan ID Portal ASSIST PERKESO terlebih dahulu dengan melengkapkan Borang ID Portal ASSIST PERKESO yang boleh diperolehi menerusi laman sesawang PERKESO dan menghantarkannya ke pejabat PERKESO berdekatan.
Portal ASSIST PERKESO boleh dilawati dengan melayari www.perkeso.gov.my login Portal ASSIST.
Perbankan Internet
Majikan perlu berdaftar dan mempunyai akaun di bank-bank yang telah dilantik.
Kaunter Bank (menggunakan rujukan ACR dengan data caruman dikemukakan menerusi Portal ASSIST PERKESO).
Bank yang dilantik sebagai ejen pemungut adalah seperti berikut:
Maybank Berhad RHB Bank Berhad Public Bank Berhad (mulai 1 Mac 2018) Kaunter Pejabat PERKESO (menggunakan rujukan ACR dengan data caruman dikemukakan menerusi Portal ASSIST PERKESO).
Pembayaran caruman hendaklah dibuat dengan menggunakan cek atau kiriman wang atau wang pos sahaja.
Medium Bayaran:
PERKESO hanya menerima cek, kiriman wang atau wang pos yang lengkap dan amaun yang betul seperti ACR (Acknowledgement Contribution Received) dan ECR (EIS Acknowledgement Contribution Received). Sebelum membuat bayaran pastikan maklumat di bawah adalah lengkap:-
Bertarikh dalam tempoh sah laku Dibayar atas nama PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL atau PERKESO Jumlah bayaran dalam angka hendaklah bersamaan dengan jumlah dalam perkataan Telah ditandatangani Tempoh Pembayaran Caruman
Pembayaran caruman hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 15 hari bulan bagi caruman bulan sebelumnya (contoh; caruman bulan Julai 2017 hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2017).
Faedah Caruman Lewat Bayar
Faedah caruman lewat bayar akan dikenakan pada kadar 6% setahun bagi tiap-tiap satu hari caruman yang tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan.
MUAT TURUN BORANG-BORANG PERKESO
1) Borang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal Assist
2) Pendaftaran Majikan & Pekerja
Panduan Borang 1
Borang 1-Pendaftaran majikan
Panduan Borang 2
Borang 2-Pendaftaran pekerja
Lampiran-Surat Akuan Majikan
3) Pendaftaran Pekerja Asing
4) Pemberhentian Sebagai Majikan
5) Bayaran Balik Caruman
Borang Permohonan Bayaran Balik Caruman / FCLB / Kompaun – PKS(K)50
Jadual Butir-Butir Caruman Yang Tersalah Dibayar – PKS:(K)50A
Laporan Siasatan Bayaran Balik Caruman / FCLB / Kompaun – PKS:(K)51
Senarai Semak Dokumen Permohonan Bayaran Balik Caruman / FCLB / Kompaun
 
 
 
The post DAFTAR ID PORTAL & MUAT TURUN BORANG PERKESO appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/daftar-id-portal-muat-turun-borang-perkeso.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muat Turun Borang Permohonan Daftar I Akaun Kwsp Mohon Menerusi Email

Muat Turun Borang Permohonan Daftar I Akaun Kwsp Mohon Menerusi Email

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 415 hits
Umum telah mengetahui bahawa Kerajaan telah membenarkan para penyimpan dan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk mengeluarkan wang dari akaun 2 sebagai cara untuk menangani masalah kewangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksa...
Muat Turun Borang Permohonan Bsn Micro I Kredit Prihatin

Muat Turun Borang Permohonan Bsn Micro I Kredit Prihatin

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 2005 hits
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BSN MICRO i KREDIT PRIHATIN Apa itu BSN Micro i Kredit Prihatin BSN Micro i Kredit Prihatin ialah skim pembiayaan mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang Perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID ...
Muat Turun Borang Pengeluaran I Lestari

Muat Turun Borang Pengeluaran I Lestari

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 424 hits
MUAT TURUN BORANG PENGELUARAN i LESTARI MUAT TURUN BORANG PENGELUARAN i LESTARI APA ITU PENGELUARAN i LESTARI Pengeluaran i Lestari bagi Ahli merupakan satu kemudahan kewangan yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan ...
Muat Turun Surat Pelepasan Untuk Cod Barang Dalam Tempoh Pkp

Muat Turun Surat Pelepasan Untuk Cod Barang Dalam Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 4255 hits
MUAT TURUN SURAT PELEPASAN UNTUK COD BARANG DALAM TEMPOH PKP CONTOH FORMAT SURAT RASMI Negara kita baru sahaja memulakan pada 15 April 2020 Maka SOP PKP Fasa Ketiga lebih ketat dan agak detail dilaksanakan untuk mengekang penularan wabak Co...
Jangan Terpedaya Tawaran Muat Turun Aplikasi Whatsapp Gold

Jangan Terpedaya Tawaran Muat Turun Aplikasi Whatsapp Gold

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 391 hits
WhatsApp Gold kembali cuba memperdaya pengguna Ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menipu pengguna Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan hebahan k...
Deepin 20 Beta Dilepaskan Muat Turun Iso Di Sini

Deepin 20 Beta Dilepaskan Muat Turun Iso Di Sini

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 369 hits
Kalau nak merasa pakai macOS kena beli Mac MacBook Kalau nak pasang di peranti lain terpaksalah pakai cara Hackintosh Tapi kalau anda nak merasa OS yang digunakan oleh Matebook tak perlu pening kepala Ianya adalah sistem operasi sama yang a...
Bimbingan Haji Dan Umrah Lembaga Tabung Haji Muat Turun

Bimbingan Haji Dan Umrah Lembaga Tabung Haji Muat Turun

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 472 hits
BIMBINGAN HAJI DAN UMRAH SEJARAH DAN PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH DAN MADINAH PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DA UMRAH RUKUN HAJI NIAT IHRAM WUQUF TAWAF RUKUN HAJI SA IE BERCUKUR BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN WAJIB WAJIB HAJI N...
Apple Mungkin Membolehkan Anda Mencuba Aplikasi Tanpa Muat Turun Penuh Melalui Ios14

Apple Mungkin Membolehkan Anda Mencuba Aplikasi Tanpa Muat Turun Penuh Melalui Ios14

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 262 hits
Google sebelum ini telah sedia menawarkan ciri Google Instant Apps untuk Android 8211 membolehkan para pengguna mencuba sesuatu aplikasi dengan mudah tanpa perlu memasangnya terlebih dahulu Hal ini memberikan lebih kebebasan kepada pengguna...
Opensignal Kelajuan Muat Turun 4g Di Malaysia Menjunam Teruk Sepanjang Pkp

Opensignal Kelajuan Muat Turun 4g Di Malaysia Menjunam Teruk Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 360 hits
Kita kini di minggu ketiga perintah kawalan pergerakan dan pasti ramai menyedari kelajuan Internet selular yang dinikmati terasa lebih perlahan berbanding sebelum ini Apa yang rasakan kini disokong oleh data yang dikongsi di dalam laporan t...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner