Dafi Akui Tawaran Kerja Semakin Berkurangan Selepas Bapanya Bukan Lagi Perdana Menteri





Pelantun suara Bila Terasa Rindu, Dafi Ismail mendakwa dia kehilangan satu demi satu tawaran kerja sejak bapanya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah tidak lagi menjawat jawatan Perdana Menteri.

Memetik laporan Harian Metro, walaupun berasa kecewa, Dafi tidak mempersoalkan perkara ini dan menganggap rezekinya tiada untuk terbabit dalam projek yang awalnya dipersetujui bersama.


"Tawaran bekerja bukan tiada langsung. Memang ada, tapi ada juga yang dah dipersetujui tapi dibatalkan begitu saja. Tiba-tiba mereka beritahu tak jadi sedangkan sebelum itu beriya-iya bagi tawaran.


"Saya nak persoalkan sangat sebab perkara ini berlaku pun susah juga. Jadi, saya terima saja dan anggap tiada rezeki. Tahun lepas jadual saya kosong tiada apa-apa tawaran.


“Saya tak rasa sedih kerana dah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Cuma orang tak faham saya sebenarnya dari awal tak terbabit dengan karier politik ayah," katanya.


Menurutnya, dia langsung tidak terkesan apabila status bapanya bukan lagi Perdana Menteri seperti dulu. Namun begitu, dia turut terkilan kerana ramai yang datang kepadanya semasa bapanya memegang tampuk pemerintahan negara.


"Saya tak kisah sebab saya tak hadap (minta) pun. Saya dah ada orang-orang yang saya rasa perlukan dan akan kekal di situ. Tapi contohnya masa ayah ada kuasa, ramai yang datang.


"Saya sampai tak senang dalam hidup kerana nak melayan orang. Nanti dikata sombong, mereka datang dengan cara baik jadi saya layanlah.


“Semuanya saya jaga. Bila dah tiada apa-apa, semuanya lesap macam itu saja. Masa ayah dilantik jadi Perdana Menteri, saya balas mesej dari jam 5 petang sampai 9 pagi esok. Mereka yang dah lama hilang pun tiba-tiba bertanya khabar," katanya.


Dafi berkata, sepanjang bapanya menjadi Perdana Menteri, dia tidak pernah bercakap soal politik.


"Saya ada rasa hormat terhadap orang yang ikut saya dan peminat yang mungkin fahaman politik tak sama dengan saya. Tapi untuk harapkan orang terus hormat saya itu memang tiada.


"Orang selalu cakap Dafi senanglah sebab anak 'seseorang'. Bukan nak cakap besar, kalau saya nak guna ayah saya, mungkin kedudukan saya bawah sikit dari Datuk Seri Siti Nurhaliza.


"Tapi ayah saya bukan jenis begitu. Dia pun bermula dari bawah. Maknanya dia tahu rasa puas itu datang bila semua itu dapat sendiri. Kami anak-anak tak dapat apa keistimewaan pun," katanya.


Menurutnya, ramai yang tidak tahu situasi sebenar dan menganggap seolah dia menumpang kemewahan bapanya.


"Mereka tak tahu situasi sebenarnya. Malah waktu-waktu tiada tawaran kerja, saya pernah pecahkan tabung berisi duit syiling bawa ke bank untuk ditukar buat belanja sampai hujung bulan.


"Ayah tak bagi duit pun. Saya pun bukan jenis meminta-minta. Memang malu apabila dah besar masih mengharapkan mereka," katanya.


Sumber: Harian Metro


source https://www.thereporter.my/2023/03/dafi-akui-tawaran-kerja-semakin.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2023/03/dafi-akui-tawaran-kerja-semakin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Perdana Menteri Yang Mahathir Tidak Bergaduh

Tiada Perdana Menteri Yang Mahathir Tidak Bergaduh

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 84 hits
Oleh Adam MalikSemenjak kebelakangan ini media terlalu kerap siarkan kenyataan Tun Mahathir Seolah olah ada gerakan untuk memberi coverage kepada Mahathir Kenyataan kenyataan bertaraf sampah dan repeatative dari Mahathir pun semacam penting...
Mahathir Lupa Beliau Perdana Menteri Yang Pernah Diaibkan Oleh Pemimpin Negara Lain

Mahathir Lupa Beliau Perdana Menteri Yang Pernah Diaibkan Oleh Pemimpin Negara Lain

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 148 hits
Oleh Adam MalikApabila kisah lawatan Perdana Menteri ke10 Anwar Ibrahim ke Saudi Arabia menjadi bualan kerana di anggap sebagai diplomatic failure atas sebab gagal bertemu Raja Arab Saudi ataupun gagal bertemu Mohamad Bin Salman maka Tun Ma...
Anak Lelaki Saya Kata Semakin Dikenali Jung Sungil Ulas Populariti Selepas The Glory

Anak Lelaki Saya Kata Semakin Dikenali Jung Sungil Ulas Populariti Selepas The Glory

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 60 hits
Selepas The Glory Jung Sung il yang membawa watak sebagai Ha Do yeong semakin dikenali ramai kini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Jung Sung il telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Dazed Korea di mana dia berkongsi sedi...
Walau Ditegur Perdana Menteri Penjualan Tapak Bazar Ramadan Masih Berlaku

Walau Ditegur Perdana Menteri Penjualan Tapak Bazar Ramadan Masih Berlaku

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 218 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyentuh perkara ini dan beliau mahu aktiviti ejen memonopoli tapak perniagaan penjaja dan tapak bazar Ramadan dihapuskan di seluruh negara Katanya aktiviti itu menyebabkan penjaja dan peniag...
Dialog Perdana Menteri Bersama Anak Muda

Dialog Perdana Menteri Bersama Anak Muda

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 68 hits
Petang ini bakal berlangsung sebuah program Dialog Anak Muda bersiri dikenali sebagai Temu Anwar dimana program ini diadakan bersama dengan program forum dan eksposisi pemerkasaan anak muda 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang bermula...
Tarawih Perdana Ramadan 1444 Hijriah Ribuan Umat Muslim Penuhi Masjid Istiqlal

Tarawih Perdana Ramadan 1444 Hijriah Ribuan Umat Muslim Penuhi Masjid Istiqlal

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 96 hits
Pemerintah melalui Kementerian Agama memutuskan Ramadan 1444 H jatuh pada Kamis setelah melalui pemantauan Rukyatul Hilal Pada tahun ini Masjid Istiqlal menyelenggarakan salat tarawih perdana 1444 Hijriah tanpa pembatasan jumlah jemaah
Solat Tarawih Perdana Disambut Dengan Meriah Di Times Square New York

Solat Tarawih Perdana Disambut Dengan Meriah Di Times Square New York

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 83 hits
Imej agama Islam di negara Barat seperti Amerika Syarikat sering dikaitkan dengan amalan keganasan dan ekstremisme Kebanyakan dakwaan itu tidak benar tetapi isu ini masih menjadi stereotaip bagi sesetengah orang Dalam usaha untuk menampilka...
Apa Jadi Selepas Kematian

Apa Jadi Selepas Kematian

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 114 hits
Semasa membaca komen komen dalam trailer filem Mentega Terbang dalam YouTube tadi ada satu komen kata orang yang berfikiran rasional dan lojik tidak akan mempertikai filem ini Kalaulah dia tahu bahawa lojik dan rasional mengikut akal manusi...
Peja Koyah Dengan Penulisan Di Fb

Sun Life Malaysia Launches Celebration Of 10 Years Brighter Campaign

Senarai Bantuan Biasiswa Pelajar Lepasan Spm Mrsm Sbp Sekolah Harian

Kurnia Insuran Login Motor Car Insurance Kereta Online

Matematik Dicipta Atau Ditemui

Drama Perempuan Itu

Emergency Lane On Elite Highway To Be Used To Ease Congestion From June 1

Christina Perri A Thousand Years Chord



Biodata Siti Hariesa Pelakon Drama Berepisod Perempuan Itu Tonton

Resepi Ayam Masak Kicap Berempah Cepat Licin Kalau Jadi Lauk Kenduri

Biodata Penyanyi Farhan Shah Peserta Big Stage 2023 Musim 5

Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 5 Musim 5

Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 4 Musim 5


Promo Jun 2023 Suplemen Untuk Ayah Lelaki 40an 50an Remaja

Keychain Dari Turki Dan Taiwan

Filem Eraser Lakonan Terakhir Adibah Noor Di Prime Video

Safar Wanita Tanpa Mahram Dibolehkan Dengan Ketentuan Dan Syarat Benarkah

Senarai Filem Baru Menarik Untuk Bulan Jun 2023

Lg Leverages Revolutionary Innovations To Accelerates Its Advanced Material Business