Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam

Jom lah kita ulangkaji pasal Cuti Tanpa Rekod Kelompok sama-sama ye. Sebabnya, walaupun dah banyak Abe Kie kongsi, masih ada yang konfius, terutamanya selepas melihat soalan2 masa sesi FB Live JPA tempoh hari 😂😂
1. Kelayakan CTR Kelompok (CTRK) adalah 20 hari utk 1 tahun kalendar. Maksudnya, every year akan dpt kelayakan 20 hari.
2. 1 tahun kalendar adalah 1 Januari hingga 31 Disember. Setiap tahun.
3. CTRK TIDAK BOLEH DI CARRY FORWARD. Kalau tak digunakan, burn utk tahun tersebut.
4. CTRK ada yang fleksibel (boleh guna antara 1-20hari) dan ada yang telah ditetapkan tempohnya.
5. CTRK yang boleh fleksibel hanya ada 5 CTR iaitu :
- Cuti Isteri Bersalin
- Cuti Urusan kematian ahli keluarga terdekat
- Menjaga keluarga sakit
- Umrah
- Keagamaan
6. Fleksibel maksudnya boleh ambik 1 - 20 hari, bergantung kepada baki kelayakan dan kelulusan KJ.
7. CTRK KEAGAMAAN adalah untuk pegawai non muslim. Syarat cuti ni adalah SEKALI DLM PERKHIDMATAN sama mcm cuti Umrah. Jadi, nasihatkan kakitangan yang nak ambk CTR ni, jangan la guna utk pergi aktiviti church yg hanya sehari dua, rugi.
8. Setiap CTR ada SYARAT KHUSUS masing-masing. Contoh :
- Umrah : sekali dlm perkhidmatan sahaja
- Isteri bersalin : 5 kelahiran sepanjang perkhidmatan. Tak kesah la isteri awak brapa org ye, dia kira brapa kelahiran.
- Mengundi - pada hari pengundi sahaja
- Peperiksaan - pada tarikh peperiksaan/temuduga sahaja
- Mahkamah - hari perbicaraan dan hari perjalanan pergi dan balik
9. Ada 2 CTRK yg hendaklah bermula mengikut masa kejadian iaitu :
- CTRK isteri bersalin
- CTRK urusan kematian ahli keluarga
Masa bekerja adalah 7.30am - 6.00pm
(*kecuali hari khamis di Kedah, Kelantan, Terengganu 7.30am-4.30pm)
2 jenis CTRK ni akan bermula pada hari yg sama jika kejadian adalah sebelum 6ptg. Selepas 6ptg, CTRK akan dikira bermula keesokan harinya.
10. CTRK boleh diambil sekaligus 20hari, atau secara sikit2. Terpulang pd keperluan dan kelulusan KJ.
11. CTRK menjaga keluarga yang sakit perlu ada 2 dokumen atau perakuan:
- Perakuan doktor jenis penyakit keluarga. Kalau warded boleh guna discharge note
- Perakuan doktor bahawa keluarga perlu bantuan dan jagaan rapi
MC sahaja tidak memadai. Discharge note sahaja tidak memadai.
12. CTRK Perayaan hanya melibatkan LIMA perayaan dalam senarai dibawah sahaja. Selain dr dlm senarai contohnya Gawai, Kaamatan, masih guna pekeliling lama.
- Good Friday : utk pegawai Kristian yg bertugas di negeri yg tak ambik cuti Good Friday
- Deepavali : utk pegawai Hindu yang bertugas di negeri tak ambk Deepavali sebagai Cuti Umum
- Christmas Eve - sehari sblm Krismas, utk peg Kristian yg bertugas di negeri tak ambk cuti Christmas Eve. Jangan tny plak boleh tak ambk sehari selepas Krismas? Astagaaa Eve tu maksud nya apaaa?? 🤣🤣
- Cuti Raya Haji Kedua - ni pun sama, ada yg tanya boleh tak ambik sehari sebelum Raya Haji? Which part of "kedua" you didn't understand bro?
- Thaipusam - utk peg agama Hindu yg bertugas di negeri yg tak ambik cuti Thaipusam.
Apa HR kena buat sebelum sokong cuti2 ini? Semak HRMIS pegawai isytihar agama apa. Baru boleh tgk layak atau tidak.
13. Bagaimana kalau beberapa org ahli keluarga terdekat meninggal dlm tahun yg sama, boleh guna banyak kali?
BOLEH. Asalkan masih ada kelayakan dan keluarga dalam senarai "keluarga terdekat" spt takrifan pekeliling.
14. Macamana dengan ibu mertua, bapak mertua? Kalau dh pernah guna CTR ibu mertua meninggal, kemudian bercerai, kawin baru, ibu mertua baru pulak meninggal, boleh guna tak? TIDAK. hanya SEORANG ibu mertua/bapa mertua SEPANJANG PERKHIDMATAN.
15. Pegawai dah cerai, bekas mertua meninggal. Boleh tak? Tak boleh. Cerai, bukan lagi keluarga terdekat dlm takrifan. Kalau suami/isteri meninggal, pegawai tak kawin semula, dan mertua meninggal, boleh guna CTRK ni selagi belum berkahwin semula.
16. Tiada had untuk berapa kali nak guna CTRK ni ASALKAN masih ada kelayakan DAN diluluskan oleh KJ.
17. Kalau CTRK bersambung antara 2 tahun berbeza, contoh 28.12.2024 hingga 7.1.2025, kelayakan akan ditolak ikut tahun.
28.12.2024 - 31.12.2024 = tolak kelayakan 2024
1.12025 - 7.1.2025 = tolak kelayakan 2025
Kalau cuti isteri bersalin dan umrah, walaupun melangkau tahun, ia dikira telah menggunakan SATU kelayakan sebab bersambung. Bukan 2 walaupun melangkau tahun.
Hahhh panjangggg nota. Copy, salin, simpan, buat la apa pun, janji ingat 🤭😆 harap lepas ni tak konfius dah 🤭
www.zukidin.com {Estd 2012}
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2025/05/cuti-tanpa-rekod-penjawat-awam.html