Cuti Sekolah Jom Kita Ke The Top Penang Menyaksikan Penampilan Khas Pinkfong Baby Shark Promo Tour
Wah...sejap jer...masa berlalu dan kita sudah hendak sampai ke hujung tahun kan? Hmmm...yang pastinya anak-anaklah yang paling happy time cuti sekolah..Yehh...holidaylah,,,,kita. Sapa yang pening kepala?Haaaa....pastinya ibubapalah sebab anak-anak dah mula plan suruh mak dorang bawak gi holiday bukan? Hmmmm....dah plan ke nak bawak dorang tu ke mana? Seri Wangi rasa gerenti panjang list holiday uoll kan? Dalam list tu ada tak nak bawak anak-anak bertemu dengan watak kartun animasi kegilaan ramai? Tak tau sapa?Haaa....budak jer.....yang tau lebih-lebih lagi kalau suruh ikut rentak lagu dorang tu.....apa lagi lain tak bukan watak 'Pinkfong & Baby Shark' suka kan?
Pinkfong & Baby Shark
Hah..anak-anak uoll tak sabarkan nak berjumpa dengan 'Pinkfong & Baby Shark' nanti dorang pasti happy dapat melihat dari dekat watak animasi kesayangan dorang di depan mata dan melihat sendiri persembahan tarian Baby Shark dan PinkFong serta bergambar dengannya. Ni....Seri Wangi nak bagi tau kat uoll pihak Only World Group Holding Berhad (OWD) dan ASTRO akan bekerjasama menjayakan program Pinkfong & Baby Shark Promo Tour yang akan berlangsung tidak lama lagi pada 15 Disember hingga 16 Disember 2018 bertempat di The TOP Penang.
Majlis Pelancaran Pinkfong &Baby Shark Promo Tour
Seri Wangi berkesempatan hadir di Majlis Pelancaran Pinkfong & Baby Shark Promo Tour pada 22 November 2018 lalu di Glenmarie Shah Alam dan dirasmikan oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OWG - Tan Sri Richard Koh serta turut sama iaitu Puan Sri Jean Koh, Keta Pegawai Operasi OWG dan Jeffrey Woo - Penolong Kanan Naib Presiden Ketua Digital TV - Jualan Media dari Measat Broadcast Network System. Di majlis tersebut ditampilkan persembahan khas tarian dari Pinkfong & Baby Shark...Seri Wangi rasa kalau ada budak-budak masa tu sudah tentu dikerumuninya Pinkfong & Baby Shark.
APA YANG MENARIK DI THE TOP PENANGTheme Park The TOP Penang menawarkan pelbagai jenis permainan dan hiburan yang pastinya akan menarik kanak-kanak pada musim cuti sekolah, dijangkakan 15000 pengunjung akan datang ke sini semasa 2 hari promo tour diadakan. Pengunjung pasti tertarik dengan tarikan baru di The TOP Penang terutamanya pelbagai permainan di Tingkat 3, 5 dan 6 serta hingga tempat tertinggi di tingkat 68, bangunan Komtar yang pastinya mencabar stamina dan mental. Untuk uoll sekeluarga pastinya akan teruja dapat masuk ke Jurasicc Research Centre, 7D Discovery Motion Theater, Tech Dome Penang, Top Boutique dan paling viral pengunjung dapat menikmati pemandangan indah Bandar Pulau Penang di Rainbow Skywalk yang paling menarik dan menakjubkan.
Pinkfong &Baby Shark Promo Tour
Tarikh
15 dan 16 Disember 2018
Waktu PersembahanSesi BergambarAutograf Bersama Peminat
15 Dis 2018 : 11am . 3pm . 7pm16 Dis 2018 : 11am . 3pm . 7pm
Harga Pakej Tiket Masuk
RM180 (1 Dewasa + 1 Kanak-Kanak)Makan Tengahari atau Makan Malam Percuma
Kanak-kanak akan terimaBarangan Eksklusif+ Baucer Tunai
Tel: +6042623800
Lokasi:
The TOP Penang1, Jalan Penang100000 George TownPenang
Laman WebTHE TOP
FBThe TOP Penang
HAPPY SCHOOL HOLIDAY
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2018/11/cuti-sekolah-jom-kita-ke-top-penang.html