Cuti Kuarantin Tempoh Untuk Covid Hfmd Influenza Campak


Tempoh cuti kuarantin 2024 terkini Untuk Covid HFMD Influenza Campak / chicken pox bagi penjawat awam dan pekerja swasta

Isu kesihatan menjadi isu utama yang perlu dititikberatkan oleh semua majikan di semua tempat kerja. Ianya signifikan untuk memastikan setiap pekerja bekerja dalam kesihatan yang baik.
Pekerja yang mempunyai masalah kesihatan akan diberikan cuti sakit sepertimana yang tertakluk di dalam Akta Pekerja 1955.
Namun begitu, ada sesetengah penyakit yang memerlukan seseorang pekerja bercuti untuk tempoh yang panjang kerana risiko keberjangkitan sesuatu penyakit tersebut adalah tinggi. Cuti ini dikenali dengan cuti kuarantin.
Cuti kuarantin merupakan cuti yang dibenarkan ke atas seseorang individu pekerja yang menghidap penyakit berjangkit seperti Covid-19, influenza, chicken pox, dan penyakit HFMD. 
Berapa Lama Cuti Kuarantin Covid 19 Untuk penjawat Awam & Pekerja Swasta Individu yang merupakan penjawat awam atau pekerja swasta boleh memohon cuti kuarantin jika menghidap Covid-19.
BACA SINI >> Pekeliling Cuti Bersalin Kerajaan 2024: Kelayakan 360 Hari BACA SINI >> Elaun Penjawat Awam 2024: Senarai Kadar Imbuhan BACA SINI >> Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024: Semakan Pelarasan Gaji Naik Cuti kuarantin bagi Covid-19 akan dibenarkan jika mempunyai perakuan kesihatan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta secara bertulis.
Oleh itu, cuti kuarantin yang dibenarkan ke atas penghidap Covid-19 adalah maksimum sehingga lima (5) hari bagi setiap kes atau selama mana tempoh yang diperakui oleh pegawai perubatan yang diiktiraf mengikut mana yang lebih rendah.
Cuti kuarantin ini termasuklah cuti rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan Am.
SUMBER Pekeliling cuti kuarantin: JPA
Berapa Lama Tempoh Cuti Kuarantin Influenza (Diri Sendiri) Pegawai kerajaan atau pekerja swasta akan diberikan cuti kuarantin jika mereka menghidap salah satu daripada penyakit berjangkit termasuklah diri sendiri.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menghadkan tempoh cuti kuarantin bagi penyakit influenza ini adalah maksimum lima (5) hari. 
Berapa Lama Cuti Kuarantin Menjaga Anak Influenza Pegawai kerajaan atau pekerja swasta yang mempunyai anak dan anak mereka menghidap penyakit berjangkit seperti Influenza dibenarkan untuk memohon cuti kuarantin.
Ianya penting untuk mencegah daripada penularan penyakit berjangkit ini.
Tempoh maksimum sebanyak lima (5) hari diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidap influenza in.
Namun begitu, cuti kuarantin ini akan berkuatkuasa ke atas anak yang berumur 18 tahun ke bawah atau anak yang masih belajar yang berumur 21 tahun ke bawah.
Akan tetapi, tiada had umur anak yang mempunyai kurang keupayaan seperti cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmine serta anak yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri.
Hanya golongan anak-anak ini boleh membenarkan ibu bapa sebagai pekerja untuk memohon cuti kuarantin.
TEMPOH KUARANTIN COVID TERKINI 2024 BERAPA LAMA
Sepertimana yang tertakluk di bawah Akta 342 Perintah Pemerhatian dan Pengawasan (HSO), tempoh kuarantin wajib bagi setiap individu yang berstatus positif Covid-19 adalah tujuh (7) hari. Namun begitu, berdasarkan Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43/35 Jld.12 (8), kerajaan telah menetapkan tempoh maksimum lima (5) hari bagi tujuan kuarantin terhadap penyakit Covid-19.
CUTI KUARANTIN CHICKEN POX BERAPA LAMA
Chicken pox juga tersenarai sebagai penyakit berjangkit yang memerlukan kepada kuarantin. Oleh yang demikian, tempoh maksimum lima (5) hari hanya dibenarkan untuk individu memohon cuti kuarantin.
SENARAI SAKIT YANG DAPAT CUTI KUARANTIN PENJAWAT AWAM 2024
Sepertimana yang tertakluk di dalam Lampiran SR.5.4.4(A), berikut merupakan senarai penyakit berjangkit yang memerlukan seseorang individu menjalankan kuarantin dan layak untuk memohon cuti kuarantin;
Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) Demam denggi Campak (Measles) Chicken Pox Difteria Malaria Covid-19 Mana-mana penyakit berjangkit yang diperaku oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta secara bertulis. Senarai Info Penyakit Yang Termaktub Di bwah Akta Kerja di Malaysia 1. Info Ringkas Sakit Influenza Influenza, atau lebih dikenali dengan selsema merupakan penyakit berjangkit burung dan mamalia disebabkan oleh berlakunya penularan virus RNA.
Penyakit ini boleh menular menerusi melalui titisan salur pernafasan apabila melibatkan percakapan antara individu lain.
Kesannya, ia akan menjejaskan salur pernafasan individu yang dijangkiti. Kompilasi terhadap penyakit ini boleh menyebabkan kematian.
Penyakit ini boleh dijangkiti kepada semua lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.
Oleh sebab itu, individu yang menghidap penyakit influenza ini perlu menjalani kuarantin untuk mencegahnya daripada terus merebak kepada individu lain.
Tuntasnya, setiap individu perlu mendapatkan vaksinasi  sekaligus menjaga kebersihan diri dan kediaman untuk mencegah dan mengurangkan risiko untuk dijangkiti penyakit ini.
2. Info Ringkas Sakit HFMD Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) merupakan salah satu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sekumpulan penularan virus.
Ianya merupakan penyakit yang dijangkiti dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke bawah.
Lepuhan berisi air akan muncul di bahagian anggota tubuh kanak-kank seperti kaki, tangan dan mulut. Ianya mula dijangkiti disebabkan oleh faktor kebersihan yang tidak dijaga dengan baik.
Penyakit ini juga memerlukan kanak-kanak dan ibu bapa yang terlibat melakukan kuarantin kendiri agar ianya tidak merebak kepada kanak-kanak yang lain.
3. Info Ringkas Sakit Chicken Pox Chicken pox atau nama lainnya; cacar air merupakan penyakit berjangkit menular disebabkan oleh virus Varicella.
Penyakit ini kebiasaanya boleh berjangkit dalam kalangan kanak-kanak, akan tetapi orang dewasa juga berkemungkinan untuk menghidap penyakit ini.
Penularan virus ini adalah menerusi sentuhan atau titisan cecair yang datang daripada orang yang dijangkiti.
Oleh sebab itu, individu yang menghidap penyakit ini diwajibkan untuk menjalani kuarantin untuk mengelakkan berlakunya penularan kepada individu lain jika berlakunya sentuhan di antara individu-individu lain.
Chicken pox ini boleh dikesan apabila terdapatnya bintik-bintik merah pada kulit individu yang dijangkiti.
Kesannya, penyakit ini boleh menyebabkan berlakunya keradangan kulit dan lain-lain penyakit kronik jika ianya tidak dirawat.
4. Info Ringkas Sakit Covid 19 Penyakit Covid-19 merupakan wabak penyakit berjangka yang mempunyai kadar penularan keberjangkitan yang tinggi dalam kalangan masyarakat.
Ia merupakan penyakit berjangkit yang berisiko tinggi yang diiktiraf di peringkat kesihatan global. Penyakit ini boleh memberi kesan kepada sistem penafasan dan boleh membawa maut.
Oleh itu, kuarantin perlu dilakukan oleh setiap individu yang menghidap penyakit ini.
Selain itu, menjaga penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka digalakkan apabila berada di tempat awam untuk mencegah daripada penularan virus tersebut.
Individu yang bergejala dan mempunyai simptom Covid-19 ini wajib menjalani ujian RTK-Ag COVID-19 untuk mengesahkan sama ada ianya positif atau negative Covid-19.
Kuarantin perlu dijalankan jika individu didapati positif Covid-19. Tuntasnya, Covid-19 diiktiraf sebagai suatu pandemik penyakit berjangkit yang wujud dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia.
Hukuman Majikan Tidak Benarkan Cuti Kuarantin Di Bawah Akta Kerja Penyakit berjangkit yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan individu yang dijangkiti untuk manjalani kuarantin. Hal ini kerana ianya boleh memberi kesan kesihatan kepada individu lain terutamanya golongan yang berisiko tinggi. Kemudahan cuti kuarantin ini telah ditetapkan dan berkuatkuasa ke atas semua individu yang bekerja sepertimana yang tertakluk pada Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43/35 Jld.12 (8). 
Namun begitu, majikan yang gagal membenarkan individu yang dijangkiti penyakit berjangkit ini untuk memohon cuti kuarantin boleh dikenakan tindakan undang-undang. Berdasarkan Seksyen 60F dan Seksyen 60E (1B) Akta Kerja 1955, pihak majikan wajib membenarkan pekerja untuk mengambil cuti apabila melibatkan perintah kuarantin. Ini kerana ianya adalah sebagai salah satu langkah untuk mencegah daripada berlaku penularan penyakit tersebut dalam skala yang besar.
Intihannya, setiap penyakit berjangkit yang memerlukan individu untuk menjalankan perintah kuarantin mestilah dibenarkan untuk cuti kuarantin untuk mewujudkan suasana kerja yang lebih sihat dan harmoni.
FAQ 1. Influenza B Perlu Kuarantin atau Tidak Influenza B adalah salah satu penyakit berjangkit yang disenaraikan dalam Lampiran SR.5.4.4(A) yang mana ianya diperakui oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan swasta.
Oleh yang demikian, individu atau tanggungannya menghidap influenza B perlu menjalani kuarantin dan digalakkan untuk memohon cuti kuarantin.
2. Kuarantin HFMD Berapa Untuk Berapa Lama Tempoh Untuk Penjawat Awam & Pekerja Swasta Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) tersenarai sebagai penyakit berjangkit yang boleh mengjangkiti mana-mana individu menerusi penularan virus penyakit tersebut.
Kuarantin perlu dijalankan jika individu atau anak tanggungan mereka menghidap penyakit ini. Ini kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan individu lain jika ianya berjangkit.
Kemudahan cuti kuarantin yang diberikan kepada penjawat awam dan pekerja swasta apabila menghidap penyakit ini adalah maksimum sehingga tempoh lima (5) hari.
Penyakit-penyakit ini mempunyai kadar keberjangkitan yang tinggi yang boleh merisikokan individu lain jika mereka tidak berkuarantin.
Oleh sebab itu, kerajaan telah memperuntukkan Perintah Am 24 Bab C (Cuti) kepada semua individu yang menghidap penyakit berjangkit dengan membenarkan mereka memohon cuti kuarantin sebagai salah satu langkah kesihatan dan keselamatan untuk mencegah berlakunya penularan penyakit berjangkit ini.
Akan tetapi, ianya tertakluk kepada perakuan yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan Kerajaan atau swasta untuk dikuarantin. 
Sumber Asal Yang Rasmi : Cuti Kuarantin: Tempoh Untuk Covid HFMD Influenza Campak
Portal Rasmi Mypt3 : Mypt3


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mypt3.com/cuti-kuarantin

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Ringkas Tiada Varian Baharu Covid 19 Dikesan Di Malaysia

Awani Ringkas Tiada Varian Baharu Covid 19 Dikesan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 133 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Covid 19 Cases Deaths Under Control Says Health Ministry

Covid 19 Cases Deaths Under Control Says Health Ministry

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 123 hits
Health minister Dzulkefly Ahmad says most Covid 19 cases exhibit mild symptoms and do not require hospitalisation PETALING JAYA Health minister Dzulkefly Ahmad today assured that the Covid 19 situation in Malaysia remains under control alon...
Covid 19 No New Variants Detected Situation Under Control Dzulkefly

Covid 19 No New Variants Detected Situation Under Control Dzulkefly

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 146 hits
No new Covid 19 variants have been detected in the country and the situation remains under control with most reported cases involving mild symptoms and not requiring hospital treatment said Health Minister Dr Dzulkefly Ahmad He said the var...
Vaksin Covid 19 Mulai Berbayar Ini Kelompok Yang Bisa Dapat Gratis

Vaksin Covid 19 Mulai Berbayar Ini Kelompok Yang Bisa Dapat Gratis

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 80 hits
Maxi berujar kelompok pertama yang bisa mendapatkan vaksin gratis adalah yang belum pernah menerima vaksin Covid 19 sama sekali
Anies Bandingkan Gaji Tni Polri Lebih Banyak Naik Di Era Sby Jokowi Beralasan Pandemi Covid 19

Anies Bandingkan Gaji Tni Polri Lebih Banyak Naik Di Era Sby Jokowi Beralasan Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 141 hits
Jokowi menjelaskan bahwa setiap keputusan pemerintah selalu memperhatikan kondisi ekonomi dan situasi keuangan negara
Kasus Covid 19 Naik Usai Libur Nataru Kemenkes Masih Level Aman

Kasus Covid 19 Naik Usai Libur Nataru Kemenkes Masih Level Aman

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 212 hits
Peningkatan kasus Covid 19 terlihat di Depok Jawa Barat dan sejumlah wilayah lainnya
Usai Libur Akhir Tahun Kasus Covid 19 Di Depok Naik 200 Persen

Usai Libur Akhir Tahun Kasus Covid 19 Di Depok Naik 200 Persen

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 163 hits
Saat ini tercatat ada 300 warga yang terpapar covid dari sebelumnya 100 kasus
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik